Monday, August 8, 2011

study


Alhamdulillah,malam ni aku dah start study, tapi yelah..masih lagi berblog, berfacebook,dan sebagainya lah..
pernah terlintas dalam fikiran aku , yg aku nak deactive fb. so,semalam aku pun dah betul2 berazam nak deactivate malam tu jugak . tapi..urghh entah kenapa lah tiba tiba je fb dh jadi semakin baru ,sampai aku dah tk jumpa lagi tempat nak deactivate. bengang gile aku time tu. -.- 

maybe ada,tapi aku tk reti nak cari kat mana. aku dah try dah cari kat account ,yg tmpat asal dia tu,tapi tkder pun? ggrrr. kpd sesiapa yang tahu tu,tolongler bagitahu aku okay? aku muak jugak hari hari online,tapi aku tk boleh nak halang diri aku dari meng-onlinekan diri aku.-.-

hoh, tadi aku study sc. sikit je.tapi aku rasa puas hati jugaklah sebab sekurang2nya aku dah mula minat belajar. kan? tapi,dalam time time aku tengah study tu,tiba tiba air mata aku mengalir keluar. perasaan aku waktu tu..hiba,sedih...kecewa pun ada. aku sedih bila ingat balik aku tk macam dulu lagi. aku bukan seperti aku dulu yang bagus, rajin, dan yg penting aku dulu aku best student jugak ah. ceh hewhew .

apa yang aku nak cakapni,bukan untuk bangga diri,or menunjuk nunjuk tapi sebagai renungan untuk diri aku sendiri. (:

masa form1 : aku masuk sekolah ss dalam pertengahan bulan 4 , 2009 .asalnya aku duk Mrsm K.Terengganu. oleh sebab aku ni manjeww bangat masa tu, so mak bapak aku keluarkan aku dari sana . alasan aku,aku tk suka duk asrama padahal pada mulanya aku jugak yang nak masuk mrsm -.- 

lepas tu,mak aku mintakkan Sheikh Abdul Malek untuk aku. aku mcm WOW,aku memang nak gila gila ah sekolah tu. tapi sebab masa tu dah bulan 4, sekolah tu dah penuh. so, nak taknak, aku kena lah masuk SS. tu je pilihan terbaik untuk aku. aku pun tk de r kisah mana,sebab sspun bagus kan?

tapi rasa takuttu ada,sebab dgr cerita lah ss ni Social School or whatever lah . padahal bila masuk,biasa biasa je kot.tkde r teruk macam orang cerita. ekceli orang yang buat cerita ni sebab dia dengki kan? haha

masa aku masuk ni, asalnya aku akan ditempatkan di kelas 1 Bestari. *auww auwww hehe . tetapi,tidak jadi sebab, cikgu Hasnah cakap,kelas tu penuh dengan Komputer segala,jadi tkde ruang . kalau aku nak masuk tkpe,tapi sempit sikit . -.-  jadi aku dengan rela hatinya,menolak lah. bukan rezeki lagi :)

jadi, nak taknak,aku kena lah masuk 1 Ikram, sebab kelas tu je satu satunya ada pelajar yang baru keluar,jadi adlah ruang kosong untuk aku. aku happy duk kelas tu. sedikit perasaan menyesal pun pernah keluar dari benak fikiran aku.

tapi aku tetap berazam unutk naik kelas 2 Bestari untuk tahun berikutnya. setiap kali aku lalu kelas tu,mesti aku berangan2 aku yg ad dlm kelas tu. betapa nak nya aku kat 2B dulu. jadi, aku mestilah kena rajin belajar semua kan? dan Alhammdulillah,masa formm1 tu jugak aku selalu dapat ranking top 20 dan hasilnya, untk tahun 2010 aku ditempatkan di kelas impian aku, 2 Bestari :)

form 2 : siapa tak hepy bila impian jadi kenyataan kan? aku bersyukur sangat2 impian aku dimakbulkan. satu lagi, aku rasa hepy giler sebab budak2 kelas tu baik dengan aku, dan tk sampai sebulan pun,aku dah ada geng.hewhew. :D 

dan.. time tu gembira2 tu lah aku dah mula tk sedar diri. aku.....dah mula lalai terhadap pelajaran. dan kelalaian aku terbukti bila tau result oti1 . aku ingat lagi . time tu aku dapat 4a3b1c. C tu mestilah sejarah. ranking aku terus merudum jadi 40. balik rumah aku terus menangis.huuu. aku berazam nak jadi budak baik semula. and.. time tu facebook tengh berleluasa,plus aku duk giler Harry Potter sampai tk baca buku masa nak exam, tapi sibuk baca HP. gila kan? aku just baca sejarah je,sebab subjek tu aku lemah masa tu. and lastly aku dapat 91 sejarah,tapi subjek lain terus cendeng, Geografi dpd B terus jadi D. result aku terus merudum rudum jatuh jadi 2a5b1d. SHIT . balik rumah menangis lagi lah. hewhew.  dapat result mcmtu, aku bukan salahkan diri aku tapi salahkan facebook.

lepastu aku dah mula sedar diri sikit. aku takut turun kelas masa form 3 . jadi aku banyakkan baca buku pelajaran lah masa tu. aku harap gile aku tk turun kelas. time time nak dekat exam akhir tahun tu, aku rasa aku dah jadi baik mcm dulu semula. tapi,aku masih lagi kecewa..... at first aku ingat aku dapat 6a2b waktu final exam 2010 tuh . tapi masatu ekceli pai je yang tk tahu lagi. tapi aku yakin aku bolehnya A pai,sebab masa form2 dari oti1 sampai oti3 aku tk pernah B pun pai,jadi mustahil bagi aku dapat B tiba tiba kan? masa tu aku dah dapat 5a2b. jadi aku confidentlah pai aku mesti A punyer,dan mestilah aku dpat 6A2B kan? 

tapi semuanya tak betul mcm aku sangka. aku dapat B pai masatu. mana tk frustnya aku. masa tu hari last sekolah. lepas kawan aku bgtau aku dapat 5a je,aku terus menangis masa tu jugak. WHY? WHYY!?  dahlah rank aku 44. masatu...aku dah redha je,dlm hati.. aku fikir.. tkpelah kalau aku turun kelas pun masa form3.at least aku harap kelas 3 Cekal je.  duhh---

form3 : lepas dah tahu semunya kelas mana mana, last last aku kelas 3 Harmoni. aku menangis mcm orang gile masa tu. tkpe ah, pengetua dah explain dah pasal aliran semua2 tu,jadi aku pn tkde aa kisah sgt. mula mula sedih jugak,dh la tkde geng. tapi Alhamdulillah, sekarang aku dah rapat gile kot dengan Opie. aku pn mcm tk caya je.haha . masa form2 dulu aku bukannnye baik sgt dengan dia, walaupn classmate.hewhew. ada jugaklah geng aku akhirnya. dan hasil bila aku rapat dgn opie, secara automatiknya aku pn jadi rapat dengan Qaisara . whatevr :P

naik form3 ni.. aku semakin suka bermain2. berfoya foya macam org tk sedar diri nak pmr tahun ni.,aku mlas buat homework,time nak exam aku tk baca buku, aku memang malas gila,aku pn tk tahu  SEBAB APA AKU JADI BEGINI ?selalu tidur lewat,tapi bukan sebab study,tapi tengok cerita or Vd2 Kpop. ok lah..aku malas nak fikir perkara yg dah lepas. yang aku tahu, form3 ni tahun paling teruk dlm sejarah aku jadi budak sekolah menengah.  aku malas nak salahkn sesiapa. sebab aku dah tahu,kalau tnya pendapat manusia,manusia tu mesti berkata salah kau ialah apabila kau terlalu addicted dengan Kpop. betul tak? jadi maknanya kena salahkan Kpop lah ni?  mesti kau nak kata macam tu kan? tapi aku tknak salahkan benda tu. sebab dia tk salah. aku yang salah sebenarnya. *still nak bela Kpop -.-  sebab aku yang benarkan diri aku dijangkiti virus tu .aku cuma nak ingatkan diri aku sekarang, Pmr tinggal sebulan lebih je lagi. ni lah masa aku nak study gle2. kalau tk bila lagi? 
jadi,aku nak mengundurkan diri lah skrg. apa yang aku cerita ni tkda niat nak menyinggung persaan mana mana pihak... sekiranya ada tersilap, aku pohon maafkan lah aku. aku pun manusia,ada buat salah :)

SALAM,dan Gudluck in your future bebeh ! :)

p/s : tajuk entri sepatunya Peristiwa Kejatuhan Mina . :(  

* iloveKpop* :P


No comments:

Post a Comment