Patutkah aku menangis?
Mengenangkan sesuatu yang sudah berlalu?
Patutkah aku menangis?
Meratapi diri yang semakin hari semakin lemah?
Mampukah aku hadapi semua ini?
Sesuatu yang baharu bagiku. Sesuatu yang penuh kejutan. Sesuatu yang telah merobek hati ku. Sesuatu yang telah menghancurkan segenggam hatiku yang terlalu rapuh. Sesuatu yang telah meninggalkan luka yang paling dalam di satu sudut hati ku.
Adakah aku terlalu lemah?
Lemah kah aku? Aku masih setia mencuba, menguatkan diri ini. Hari demi hari.
Lemahkah aku kerana aku masih tidak mampu menahan diri dari mengalirkan air mata apabila mengenangkan semua ini? Lemahkah aku!?
Kejamkah aku kerana aku masih belum bisa melihat diri mu tersenyum,kerana bagiku senyumanmu itu ibarat sembilu yang telah meninggalkan seribu tangisan di hatiku.
Kejam kah aku kerana berasa demikian? Kejamkah!?
Jahatkah aku kerana masih belum bisa melupakan semua kesalahanmu sedangkan hati ku kian mendesak untuk memaafkan mu? Jahatkah aku kerana masih belum ikhlas memaafkan mu!? Jahatkah aku kerana masih belum bisa melupakan semua ini!? Kejamkah aku kerana setiap detik,setiap perbuatan dustamu, setiap perbuatan mu terus terlayar dalam memori aku?!
Ya..
mungkin aku kejam,mungkin aku jahat..
Aku terlalu lemah dalam menempuh semua ini..
aku hanyalah insan yang kerdil, insan yang lemah,
hatiku terlalu rapuh, terlalu lemah,..terlalu mudah dijentik..
Walaupun aku sentiasa berusaha, sentiasa cuba untuk melupakan semua itu, tapi tidak terlalu mudah.tidak semudah itu..
Dan bila nafasku mula sesak, sesak dek tangisan yang terlalu ditahan, sesak kerana terlalu marah, sesak kerana terlalu penuh dengan amarah terhadapmu, akhirnya aku tewas. Tewas dalam mempertahankan air mata ku. Akhirnya air mata ku tumpah jua..walaupun telah ku berjanji pda diri ini tidak akan lagi menangis kerana mu, namun tidak semudah itu. tidak semudah yang dibayangkan..
Hari demi hari.. aku berdoa pada yang Maha Berkuasa supaya diberikan kekuatan kepadaku dalam menghadapi semua ini.. agar diberikan aku kekuatan untuk memaafkan mu.. hari itu akan tiba jua..hari di mana aku akan terus melupakanmu, memaafkan mu.. insyaAllah.. dengan izin Allah..
Berbahagialah kamu..
Pergilah..pergi lah mencari kebahagiaan mu sendiri.. terimakasih untuk luka ini. terimakasih. Dengan luka ini, aku akan menjadi gadis yang lebih kuat. Dengan luka ini juga aku akan terus mempertahankan cinta aku yang hanya lah untuk Allah, untuk keluarga ku, untuk kawan2 ku, dan untuk yang halal untukku, iaitu jodoh yang telah tertulis untukku di Luh Mahfuz. Dengan luka ini, hati ini tidak akan mudah dibuai lagi.. terimakasih..
Allah Maha Mengetahui tentang segala sesuatu. Ada kalanya sesuatu yang kita suka itu amat buruk bagi diri kita, dan adakalanya sesuatu yang kita benci itu amat baik untuk diri kita. Berdoalah..berdoa lah supaya sentiasa di bawah rahmatNya..berdoa lah untuk terus menjadi makhluk yang disayangiNya..
Ujian yang ditimpakan itu mungkin kerana Allah rindu pada kita..rindu mendengar suara hambaNya berdoa padaNya.. Ikhlaskan hati dalam memiliki cinta Allah.. insyaAllah kita mampu..
Kepada mu,
terimakasih untuk luka ini.. :)
dengan luka ini, aku akan terus melangkah di atas muka bumi Allah ini..
melangkah dengan cemerlang, akan kubuktikan gadis ini bukan sembarangan gadis yang telah kau perkatakan, akan ku buktikan siapa aku yang sebenarnya. Terimakasih ! Terimakasih Ya Allah! Allahuakbar!
Telah banyak air mata ku menitis kerana mu..
akan ku usahakan supaya tiada lagi tangisan itu,,tangisan yang terlalu pedih untukku tempuh semula.. :)
semuanya berlaku kerana kelalaianku sendiri...
Syukurlah semuanya telah berakhir.
teruskan menapak, menuju ke depan dan terus maju ke depan tanpa berpaling lagi .
Teruskan impian.. teruskan cita-cita itu..
Semoga aku,adik adik,dan rakan2 serta keluargaku dapat menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.. Aamiiin..
Just Go On Mina. Go On with yourself, your life, your SPM. :')
Alhamdulillah Ya Allah..
Sincerely,
Nur Najmina Nashihin Nazri
Sunday, 8.7.2012
No comments:
Post a Comment