Monday, October 1, 2012

Step by step

Assalamualaikum.

Nak jadi muslimah itu susah.
Nak jadi mujahidah itu Super Susah.
Nak istiqamah lagi lah susah.
Namun,takkan ku gentar. Takkan ku rebah. insyaAllah.
Kerana ku tahu,
Akhirnya itu Menang Atau Jannah :)

Semuanya KeranaMu Ya Allah..
Semoga hamba ikhlas..
Hanya untukmu Ya Allah..
Ya Allah.. Engkau lah yang membolak balikkan hati ini...
Semoga hati ini teru di landasan yang sebenar benarnya Ya Allah..
Aamiin................:')

(gambar hiasan)

Doakan aku ya,supaya boleh jd mcm ni suatu hari nanti. insyaAllah.
Bersihkan hati,jaga hati,jaga iman~! 



Saturday, September 29, 2012

Tra lala~

Assalamualaikum WBT. Selamat Malam. Sanah Helwah to myself. Alhamdulillah,dah masuk 16 tahun 2 hari dah aku sekarang. Usia tak melambangkan kematangan seseorang tu kan? Atas diri masing masing lah. Bagi aku,aku tetap macam dulu. Tidak Mature. haha.

Ramadhan dah habis.
Syawal pun dah habis. :'(

Dah lama aku tak update blog. sampai dah terlupa cara cara nak menaip. idea dah kosong. haha.
tapi takpe, aku nak cerita sikit jer dalam entri ni. Alhamdulillah, 2012 ni merupakan tahun yang sangat mencabar bagi aku. Bermulanya episod fasa kematangan diri berlangsung dalam hidup aku,dalam keadaan sedar dan tidak sedar. Tahun ni jugak aku banyak sangat belajar benda baru.

Belajar untuk meletakkan ALLAH SWT sebagai SATU SATUNYA SANDARAN utama ku, belajar untuk tidak berharap pada manusia,belajar berkasih sayang,dan yang paling penting,belajar mendalami ilmu Agama. Ya,manusia kan bermula dengan sifat kejahilan. Ohh ada lagi,belajar untuk menyukai Chemistry :')
Belajar berkawan,belajar untuk menjadi anak,kakak,cucu yang lebih baik,belajar utk menjadi rakan yang baik,dan macam macam lagi lah..

Memang dalam tempoh 'proses pembelajaran' itu,banyak sangat air mata aku keluar. Hati perempuan kan rapuh :') Walaupun perit,aku cuba mencari "kunci" kekuatan itu,dan Alhamdulillah,aku berjaya jumpa. Allah lah kunci kebahagiaan aku sekarang. aku dah semakin pulih,dah semakin bangkit,aku yakin, semua ujian itu adalan kerana Allah rindu pada aku.. MasyaAllah .. :')

Something yang pahit pada awalnya itu,akan jadi manis jik kepahitan itu lebih mendekatkan kamu kepada Allah... Allahukabar!!

Okay.. itu sahaja kut untuk entri ini.. Ohh btw.. aku berniat..selepas ini aku nak berhijrah..untuk memakai jilbab labuh.. doakan aku okey? Aku hanyalah insan kerdil..yang lemah.. aku harap korang boleh doakan aku okay? Terimakasih.. semoga Allah memberkati hidup anda semua. Aamiin ~

#final exam lagi seminggu lebih. Doakan aku sukses! :D

Wednesday, August 15, 2012

love storie :)

Assalamualaikum wbt.. selamat malam korang dan selamat bersahur untuk esok.. MashaAllah,tinggal 3 hari je lagi untuk kite berpuasa. Haihh cepat nya masa berlalu kan...

hehe btw jom baca doa ni..aku copy and paste je,tapi aku sangat suka doa ni sebab sangat lah sesuai dengan jiwa aku sekarang :')



Ya Allah..
Yang membolak-balikkan hati kami.. Selama ini aku tidak pernah
tahu bagaimana rasanya bercinta, namun ku berharap, bila cinta hadir
menyapaku, aku tidak akan kehilangan Engkau..
Ya Allah..
Selama ini aku hanya berharap, semoga dapat mencintai orang
yang memiliki cinta luar biasa pada-Mu..
Ya Allah..
Selama ini aku juga berharap, semoga akan dicintai oleh orang
yang dapat mengarahkanku menuju keredhaan-Mu..
Pintaku Ya Allah..
Izinkan aku memiliki rasa ini hingga ia menjadi indah di dada
kami, tanpa menghilangkan rasa cinta kami pada-Mu..



Ya Allah..lindungilah dia selalu..sayangilah dia Ya Allah..jagalah htinya daripada maksiat.. benihkanlah cintanya hanya untuk Mu semata mata.. Aamiin Ya Rabbal Alamin..

''Saya suka je awak. Tapi biar lah Allah saja yang aturkan :') "



Saturday, August 11, 2012

lelaki Hensem

Assalamualaikum wbt dan selamat petang. perghh tengok entri bunyik cam gempak semacam je. eheh. mana ada. aku nak tambah pahala la,nak puji ciptaan Allah banyak banyak ni. Eheh. lelaki hensem. puji la tuu kan?
Well,hensem itu subjektif sebenarnya. ada pndapat yang kate kalau hidung mancung tu mesti hensem  kan? tapi ada gak yang kate hidung kembang tu hensem . Oh yeke? aku pon tak tahu sape yang kate tu. keh3

And ade yang kate lelaki tinggi tu hensem.  tapi ade jugak pendapat mengatakan lelaki pendek lagi hensem sbb nampak cute. Ohh betulke? Betul la tu kot. tapi bagi aku lelaki hensem mestila tinggi kan. hehehe and ade jugak yg suka lelaki yang takde bulu. i mean,yg muka bersih dari sebarang bulu. tapi bagi aku, lelaki hensem mestilah at least ade janggut sejemput! kalau takde pape tu nampak cam jambu la pulak.hehe and aku tak minat yang cerah sangat,yelah,nanti tak sepadan dgn aku yang tak berape nak cerah ni.hehe
well tak kisah la macam mana pon fizikal seseorang itu,tapi yang penting,semua ciptaan Allah tu indah belaka.. :D

Topik sekarang ialah lelaki hensem. lelaki hensem didefinisikan sebagai lelaki yang tak pernah tinggal solat wajib,berpuasa penuh di bulan ramadhan,berlumba lumba mengejar pahala Allah,berjihad di jalan Allah,penyabar ,sopan,lembut (bukan lelaki lembut tapi die sntiase lembut dgn istri die) , bukan seorang pemarah dan yang penting Bertaqwa yakni melakukan segala suruhan Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya. Well,ni pendapat aku lah. Korang camne? eheh semua lelaki soleh tu hensem,tapi tak semue lelaki hensem tu soleh. Ohh pandainya aku berkata kata..ha..ha..ha.. and lelaki yg bertegas berkenaan akhirat dan berlmbut berkenaan dunia dengan isteri die pon dikira hensem bagi aku..hihihi

Ohh sekarang aku sangat lah berminat dengan lelaki berkaca mata yang mempunyai janggut sejemput serta memakai kopiah. nampak sangat sweet lah.hehehe. Jujur, aku sangat suka tgok laki pakai kopiah. Memang jantung terus jadi dup dap dup dap. Semenjak bulan puase ni,tiap kali aku pergi masjid memang ade je yang berjaya buat aku cuak semacam sebab berdebar. ade jeee yang sweet2 tu sebab rate2 lelaki yg aku jumpe semuanya ade janggut and pakai kopiah. Subahanallah,indah ciptaan Mu Tuhan :')

nak tgok contoh lelaki hensem? Hehe silakan! makhluk Allah ini sungguh hensem pd pandangan aku. errr hehehee

Ashraf Muslim

Sangat hensem,berkaca mata,mempunyai rambut hitam yang lurus lagi lebat.yeah,cuma takde janggut je. huahe. aku pilih dia bukan sebab wajah semata mata,tapi sebab die salah sorang artis yg kesolehannya semakin terserlah. Alhamdulillah :)

Harry Potter

Juga berkaca mata dan mempunyai rambut hitam lurus yang lebat! tapi sayang ,tak soleh..hukhuk hahahaha

Okeylah, i think i nak out dulu. tamat sahaja entri lelaki hensemm ini . Salam Alaykum! 






Friday, August 10, 2012

Lailatul Qadar

Assalamualaikum wbt. Hehe akhirnya kita bertemu lagi. Korang apa khabar? sihat? kalau sihat, syukur Alhamdulillah :) Aku pun sihat ,tapi hati aku tak berapa nak sihat lagi. Masih pedih dan luka itu masih ada. Waduh! Hahaha

Harini aku nak cakap sikit fasal Malam lailatul Qadar. Well, bulan Ramadhan pun dah hampir tiba di penghujungnya. Sungguh,umat Islam mana yang tak sedih? Bulan yang penuh dengan rahmat dan barakah dah nak tinggal kita. Bulan di mana pintu syurga dibuka seluas luasnya dah nak pergi. Sape tak sedih? Ya Allah semoga tahun depan aku masih berkesempatan menikmati bulan Ramadhan..aamiin.. :'(

Herm. harini dah 21 Ramadhan. bermakna,cuma tinggal 8 atau 9 hari je lagi bulan ramadhan ni. Herm tapi takpe, sementara 10 malam terakhir ni jom kita sama2 tingkatkan lagi amalan kita! Jom kita sama sama 'cari' malam Lailatul Qadar! Rugi tau sape terlepas. Yes,kita memang tak tahu mana satu malam tersebut tapi takpe,yang penting kita kena betul2 yakin bahawa malam tu betul2 wujud, dan yang paling penting teruskan lipatgandakan ibadah anda sepanjang 10 malam terakhir ni. insyaAllah sangkut la tu malam lailatul Qadar tu...hehehe


Waktu Terjadinya Lailatul Qadr
Tentang waktunya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Al-Bukhari, Muslim) Dan di kesempatan lain beliau bersabda: “Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR. Al-Bukhari, Muslim dan lainnya).
Yang dimaksud dengan malam-malam ganjil yaitu malam dua puluh satu, dua puluh tiga, dua puluh lima, dua puluh tujuh, dan malam dua puluh sembilan.
Lalu kapan tanggal pasti lailatul qadar terjadi? Ibnu Hajar Al Asqolani rahimahullah telah menyebutkan empat puluhan pendapat ulama dalam masalah ini. Namun pendapat yang paling kuat dari berbagai pendapat yang ada sebagaimana dikatakan oleh beliau adalah lailatul qadar itu terjadi pada malam ganjil dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan dan waktunya berpindah-pindah dari tahun ke tahun (Fathul Bari, 4/262-266). Mungkin pada tahun tertentu terjadi pada malam kedua puluh tujuh atau mungkin juga pada tahun yang berikutnya terjadi pada malam kedua puluh lima, itu semua tergantung kehendak dan hikmah Allah Ta’ala. Wallahu a’lam.
Para ulama mengatakan bahwa hikmah Allah menyembunyikan pengetahuan tanggal pasti terjadinya lailatul qadar adalah agar orang bersemangat untuk mencarinya. Hal ini berbeda jika lailatul qadar sudah ditentukan tanggal pastinya, justru nanti malah orang-orang akan bermalas-malasan.
Doa Ketika Menjumpai Lailatul Qadar
”Katakan padaku wahai Rasulullah, apa pendapatmu, jika aku mengetahui suatu malam adalah lailatul qadar. Apa yang aku katakan di dalamnya?” Beliau menjawab,”Katakanlah: ‘Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni’ (Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku).” (HR Tirmidzi, Ibnu Majah)
Tanda-tanda Lailatul Qadar
1. Udara dan angin sekitar terasa tenang. Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Lailatul qadar adalah malam yang penuh kemudahan dan kebaikan, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar tidak begitu cerah dan nampak kemerah-merahan.” (HR Al Baihaqi)
2. Malaikat turun dengan membawa ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelezatan dalam beribadah yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.
3. Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebagian sahabat.
4. Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar [yang menyilaukan]. Dari Ubay bin Ka’ab, ia berkata, ““Malam itu adalah malam yang cerah yaitu malam ke dua puluh tujuh (dari bulan Ramadlan). Dan tanda-tandanya ialah, pada pagi harinya matahari terbit berwarna putih tanpa sinar yang menyorot.” (HR Muslim)
Bagaimana Menyikapi Lailatul Qadar?
Lailatul qadar adalah malam yang penuh berkah. Barangsiapa yang terluput dari lailatul qadar, maka dia telah terluput dari seluruh kebaikan. Sungguh merugi seseorang yang luput dari malam tersebut. Seharusnya setiap muslim mencamkan baik-baik sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
“Di bulan Ramadhan ini terdapat lailatul qadar yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa diharamkan dari memperoleh kebaikan di dalamnya, maka dia akan luput dari seluruh kebaikan.” (HR. Ahmad 2/385)
Semoga bermanfaat.





Tuesday, July 31, 2012

Imam saya :p

Assalamualaikum wbt dan Selamat tengah hari kepada korang semua. hehe korang bersahur tak pagi tadi ni? Kalau bersahur, bagus! Kalau tak bersahur tuu,esok bersahur lah ye. Sesungguhnya sahur itu banyak keberkatannya walaupun hanyalah dengan segelas air kosong :)

Ohhh entri ni sangatlah special jadi sila baca sampai habes okey! Hehehe
di sini saya nak berbicara tentang... lelaki. errr. Yes, lelaki . Erm, maksud saya,ciri ciri lelaki soleh idaman saya. Highlight Soleh tu ye. Hehe

Soleh. yes, semua gadis mesti mengimpi impikan lelaki yang soleh sbgai pasangan hidup masing2 kelak kan? Begitu juga dengan aku. lelaki yang baik tak semestinya soleh,tapi lelaki yang soleh mesti baik kan? Hehe.

 Lelaki soleh dijelaskan dalam Al-Qur’an adalah sebagai berikut:
 “Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”. (Ali Imran 133-134).
Biasanya, tanda – tanda orang yang soleh adalah:
  • Seseorang secara tekun dan sabar menunaikan kewajiban pokok, seperti solat 5 waktu, zakat dan puasa Ramadhan. Kemudian dia menjalankan ibadah tambahan, baik berupa solat sunat, puasa sunat serta bersedekah dijalan kebaikan.
  • Seseorang yang menjauhi perbuatan dosa besar, seperti membunuh, berzina, sihir, memakan harta riba, menganiaya anak yatim, derhaka kepada orang tua, dan  sumpah palsu.
  • Seseorang yang cakna dengan keadaan sekelilingnya. Ketika disekitarnya banyak orang yang meninggalkan kewajipan, dia mengajak mereka mengerjakan kewajiban itu. Begitu pula ketika disekelilingnya banyak orang melakukan perbuatan dosa, dia mencegah agar perbuatan itu dijauhi atau dihentikan. Jika dia memiliki ilmu, dia memberi nasihat dengan perkataan atau melalui tulisan. Singkatnya, hatinya tidak tenteram ketika melihat perintah Allah diabaikan dan larangan Allah dikerjakan.
  • Seorang yang sentiasa bersemangat untuk menambah kebaikan, baik ilmu, keimanan dan amalan. Dia tidak merasa puas dengan kebaikan yang sudah diperoleh dan tidak merasa jenuh untuk berbuat yang lebih baik. Setiap kali kita bertemu dengannya, dia akan selalu lebih baik dari sebelumnya.
  • Seorang yang mendedikasikan dirinya untuk sungguh-sungguh untuk menjalankan solat tahajjud di akhir malam. Dalam solat itu dia bacakan ayat-ayat yang mampu dia hafal dari Al Qur’an. Jika boleh, hafalannya selalu bertambah dari waktu ke waktu. Namun tidak bererti jika apa yang dihafalnya, hilang kembali.
 Oleh itu, kepada kaum wanita, jika anda ingin mendirikan rumah tangga, carilah lelaki yang soleh. kerana secara teori kita boleh berkahwin dengan siapa saja yang kita sukai. Tetapi ciri – ciri  suami yang benar-benar akan membimbing kita meraih tujuan kebahagiaan itu hanyalah lelaki solehJika pernikahan hanya untuk hidup bersama-sama, makan minum bersama, berketurunan, serta bersenang-senang bersama, tentu dengan lelaki manapun boleh.  Namun percayalah,  lambat laun akan bermasalah jua.
  • Seorang lelaki soleh tidak akan membiarkan di dalam rumahnya ada perilaku-perilaku buruk yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.
  • Seorang lelaki soleh tidak mungkin akan berbuat zalim kepada saudara semuslim, apalagi kepada orang tua, mertua, isteri dan anak-anaknya. Tidak semua suami boleh memenuhi kewajipannya terhadap keluaraga secara adil, tetapi bagi seorang lelaki soleh, dia akan berusaha sekuat kemampuannya. Dia hanya akan berhenti berusaha jika sudah tidak ada lagi jalan yang boleh ditempuh. Jika usaha maksima telah ditempuh, tetapi hasilnya tidak memadai, dengan lapang dada dia akan meminta maaf atas kekurangan dirinya. Singkatnya, mustahil dilakukan oleh seorang lelaki soleh untuk membiarkan keluarganya menderita, bahkan terlintas dalam fikirannya pun tidak. Seorang lelaki soleh akan menghargai pendapat atau pandangan isterinya dan keluarganya, meskipun tidak semestinya akan selalu menurutinya.
  • Seorang lelaki soleh bersikap lapang dada dan memaafkan kekurangan isteri dan anak-anak beserta keluarganya. Seorang lelaki soleh tidak akan membuka aib-aib keluarganya di depan umum. Membuka aib keluarga sama dengan membuka aib diri sendiri. Seorang lelaki soleh tidak akan mengkhianati kepercayaan keluarganya. Didepan keluarganya dia baik, dan ketika jauh dari keluarganya pun, dia tetap baik.
Rasulullah bersabda“ Sesempurna  keimanan seorang mukmin, ialah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian ialah yang paling baik kepada isteri – isterinya “. ( HR. At-Tirmidzi )
“ Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya (isteri dan anak-anaknya ), sedang aku adalah yang paling baik kepada keluargaku “. ( HR. Ath-Tharbawi dan Al-Hakim )
Jadi  pernikahan yang penuh barakah, akan terlaksana jika rumah tangga dibina bersama – sama lelaki soleh serta disempurna dengan wanita soleh :)
.


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/lelaki-yang-soleh/#ixzz22H1SoFv4


Panjang bebeno  kan. hehe aku copy paste je tu, BUT HEY! Copy paste pon aku rasa sumber ni betul tau..hehe :') Kalau soleh, hensem ,memang ckup lengkap lah kot. Kala hensem tapi err perangai tak elok buat pe kan?

Hehe sehingga bertemu lagi slps ni! Salam Alaykum! :D

Saturday, July 28, 2012

Feeling tak best!

Assalamualaikum korang. Heh. kekurangan idea untuk menconteng di sini. tapi aku nakkk jugakkk contengggg. Kih2. Dah Blog aku kan. Korang tgok jelah hasilnya kayy? :') Nothing special about this entry tapi aku nak kongsi satu bende yang buat aku gelak sorang2. heh. Rasa macam diperbodohkan pon ade. Hukhukk



Kbye. Ini sahaja untuk harini. *batuk dan pengsan

Wednesday, July 25, 2012

Not fine

Assalamualaikum Wbt dan Selamat Malam semua. Korang dah niat puasa untuk esok belum? kalau belum,sila niat sekarang, bersama sama saya Hehe

Okay dah niat? Good Job then :')


Pada malam ini,izinkan aku mencoretkan kata kata yang sedikit puitis,izinkan aku bermadah pujangga ohhh aceceh,izinkan aku melakar kenangan acecehhh (ayat ntahapapa) Aku cuma sedikit sedih,sedikit kecewa namun sangat banyak gembira. hermm. I dont know how to mention this but yes,i`m quite angry right now and feel like i want to kill someone with AVEDA KEDAVRA and aku rasa aku akan lebih feeling better kalau itu memang betul betul terjadi. You kow what? When you keep forcing yourself to forgive someone,eventhough you cant forget EVERY SINGLE THING that they did to you, you are just like KILLING YOUR HEART and in the same word,you are just like BREAKING YOURSELF.
Haa dah keluar sudah Broken English akuuuu. And yeahhh I`M BREAKING MY SELF.

Allah. Aku tak nak jadi manusia yang sombong lagi angkuh di atas muka bumi ini. Sedangkan Allah yang Maha Perkasa itu memaafkan hamba hambaNya,kenapa aku manusia yang hina ni sangat susah nak maafkan manusia yang lain? Kenapa!? I had tried to forgive orang tu,tapi quite hard sebab setiap hari, aku mesti ingat balik yang dia buat kat aku. And Allah Maha Mengetahui segala sesuatu,sungguh aku merasakan seperti aku ni perempuan yang sangat hina diperlakukan sedemikian. Allah. Berilah hambaMu ini kekuatan dan kesabaran. Herm. Be strong Mina, bukan teruk sangat pun kan.. Herm. Aku akan cuba lawan semua ini. Ni bulan Ramadhan, bersihkan hati,muhasabah diri, aku akan cuba..akan setia mencuba, Ingat aku suka ke rasa benda2 camni? Sakit tahu tak?

Sabar Mina. Sabar. Lama lama nanti,insyaAllah okay. Ingat,its just a matter of time. Dalam 2,3 bulan lagi, mina akan recover balik. insyaAllah, Aamiin! Harap sangat! :')




Aku cuma manusia biasa. Yang ada hati, ada perasaan. Aku ialah seorang gadis remaja yang biasa. hatiku terlalu rapuh. mudah dijentik. Apa yang aku mampu buat skrg ialah berdoa dan terus berdoa agar diberi kekuatan untuk melupakan everything dan memaafkan dia dengan seikhlas yang boleh! insyaAllah.

I think i need to sleep now. Ohh sebelum terlupa. HEHE semalam kan, aku mimpi best sangat. Aku mimpi kan,aku jafi Girlfriend Harry Potter. Betul ni,takde tipu punya. Dalam mimpi tu,Harry bawak aku terbang naik firebolt dia. Dia pakai jubah Hogwarts time tu. Aku pun pakai jubah tuu. dan dalam mimpi tuu kan,aku manja sangat dengan Harry siap peluk dia lagi. Haha. Tak sangka aku dapat mimpi camtu. :')

Hahaha. Malam ni pon harap mimpi cam gitu ah. Hehe. Salam Alaykum! Selamat Berpuasa semua! Sebelum tido jangan lupa baca kursi,doa tido tau. Bye bye .

Lots of Love From,

Mina Potter.
(haha gedik nak mampos)



Tuesday, July 24, 2012

Daniel aka Harry

Assalamualaikum wbt dan Selamat petang semua! Ohh ya, entri ni nak bebel sikit je. aceceh. cume nak kongsi satu benda yang tak penting pon ( bagi aku penting kot) Ngehehe.

Pagi tadi duk belek belek handphone,lepas tu check calendar sebab rasa macam something yang aku terlupa je. haha. Rupanya...............semalam Birthday Harry Potter!! :'D Ohh silap, birthday Daniel Radcliffe! Yang ke 23. Oh My God sekejap je masa berlalu kan. Rasa mcm baru semalam aku tengok Harry Potter and the Sorceres Stone yang masa tu dia baru jee 11 tahun. Ohh dia dah dewasa my Harry :') The Boy Who Lived has become a mannn and turn 23 yesterday (oh nada excited di sini) <3

Harry :')
11 years

Harry :')
23 years dy.

Ohh i'm freaking Love Harry Potter novels/movies muchhh :*
Happy birthday to youuuuu the best wizard ever! ( walaupun hp tak wujud :') 

K bye. Salam Alaykum! :D




Monday, July 23, 2012

Untunglahhh :'D

Assalamualaikum wbt.. Selamat berbuka puasa ya korang. hehe aku nak cakap sikit jee ni,pasal Video ni jelah. Seriously mula2 tengok tu aku macam tak percaya ! Biar betuuul kecik cinonet lagi ,tapi dah kahwin. Si pengantin lelaki tu pulak sebaya dengan aku. Haishh,bertuahla korang kan.hahaha :'P

Apa apa pun,kahwin di usia muda ni sangatlah bagus. Syaitan pun menangis.


Friday, July 20, 2012

Dia Dah Datang :')

Assalamualaikum Wbt. Pada saat aku sedang menaip untuk hari ini,azam Magrib baru sahaja berkumandang. Alhamdulillah, RAMADHAN telah pun membuka tirainya. Ya Allah Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menikmati Ramadhan pertama ini. Semoga hari esok dan seterusnya masih ada buat ku. insyaAllah.

Pada bulan ini,syaitan syaitan pun dibelenggu, yang tinggal hanyalah nafsu dalam diri. Kita yang mengawal nafsu itu,jadi ,cubalah kawal dengan hati,dengan akal yang diberiNya. Bukn berdasarkan keiinginan dan perasaan semata mata. Pada bulan yang mulia ini,marilah kita sama sama menjadi salah seorang hambaNya yang sentiasa berlumba lumba untuk menuju padaNya dan berluma lumba untuk syurgaNya. InsyaAllah :')

Bulan ni,kene limitkan tau benda benda yang tak berfaedah. Dan lebihkan benda yang berfaedah. Contohnya mengaji, berzikir, mendalami ilmu agama , dan lain lain lagi. Dan kalau boleh tu,usahalah supaya tak miss Terawih sehari pun. hehe. Aku bukannya orang yang baik,tapi aku nak jadi lebih baik. insyaAllah!


New moon..hahaha

Jom kita sama sama jadi baik! Allah kan Maha Pengampun.. :D
Sehingga bertemu kembali, niat puasa jangan lupa tahuuuu. Ohh,esok klau sahur lewat lewatkannya ya. Sunat tu. 

p/s: tadi tgok Movie Ketika Cinta bertasbih dengan Naskhah cinta Rasulullah. Memang banyaklah air mata aku menitis :') sangat best! haha Salam Alaykum!

Thursday, July 19, 2012

[Film] Naskhah Cinta Rasulullah - IPG's First Box Office Film



A very good movie for Us. For Teenagers. Sungguh movie ni sangat bagus untuk kita semua. :')  Words can't describe how I feel when I watched this film. Terima kasih sbb buat filem mcm ni. May Allah bless all of you always. Aamiin. 

Mina ...............

Assalamualaikum. Selamat malam korang :)

Tengah tengah malam ni, angin malam dah datang serbu aku dah. Tahu apa maksudnya? Hahaha. Angin malam bermaksud di mana sikap anda yang agak 'gatal' datang menyerpa. Ooppsss, bukan 'gatal' sangat ok. Gatal sikit sikit je. Hahaha actually takde menda sangat pun. Tadi duk terjah blog blog orang,tetiba terbaca la satu page akak ni, umur dia 19,tapi dia macam tak sabar sangat nak berkahwin. hahaha banyak jugaklah entri dalam blog dia pasal nikah kawen ni. Aku apa lagi, mestilah jadii excited nak baca kan :P

Kalau boleh nak kawen sekarang jugak hahhhh. Umur dah nak masuk 16 dah ni hah. Dah besar dah pun. Hahaha seee? Angin malam aku tuuu. Nak jugak bermanja dengan suami sendiri kan :') Kite taknak bermanje dengan boyfren, lagipun kite takde boyfren. Kalau manje2 dengan boyfren dapat Dosa, kalau manje2 dengan suami dapat pahala kan. Heeeee stopppp mina. Spm pun tak lepas -_-

Pengantin ni umur berapa la agaknye -_-
Hermmm muda nya diorang kan,untunglah...
Sweet pulak tuuuuu

Yes! SO TRUE.

Alahai cik Mina...muda muda dah fikir kawen dah..hahaha ape la nak jadi ko ni 10 tahu akan datang ye.. entah entah dah beranak 6 time tuuu. hahaha okey je pon :P

Sebelum aku merapu dengan lebih parah,lebih baik aku pergi masuk tidoq dulu. Bantal busuk aku tu dah terbayang bayang di ruang mata. Hehehe Salam Alaykum. Entri kalini memain sahaja ya! Aku nk study,capai cita2 dulu la..tapi kalau dah ditakrdirkan aku nikah awal ke, manatahu kan? hahahah Only Allah knows. Hehehe hahahaha just pray for the best! Allahuakbar! 

K,masuk tidoq dulu..baca kursi,doa tido dan bermimpi lah kamu sehingga subuh...jangan terbabas subuh sudah ya!! Assalamualaikum wbt <3



Ramadhan.

Assalamualaikum. Good Evening semua :)
Pengakhiran petang yang agak indah pabila langit pun menandakan hujan bakal tiba,,,
Alhamdulillah, masih hidup pada harini. Ya, Allah masih beri aku peluang untuk hidup,peluang untuk terus mencari cari pahala kebaikan sebagai modal untuk akhirat kelak. Err. Ayat dramatis aku bagi ni hahhh. Hehehe

Hari demi hari,sejak bulan lepas lagi,korang mesti duk hitung tarikh nak start puasa kan? Hehe same goes to me :) Malam ni dah tengok anak bulan dah, kalau ada anak bulan,insyaAllah sabtu ni kite semua sebagai umat Islam,akan start berpuasa. Honestly tahun ni aku rasa paling beestttt dan tak sabar sekali nak sambut Ramadhan. Sebab ape erk? Haha mungkin sebab aku dah semakin dewasa, dah semakin rasa bertanggungjawab,dah semakin rasa aku ni dah besar sangat dah,dah boleh kawen dah pon,jadi aku mestilah kena ada cita cita untuk jadi salah seorang dari hamba Allah yang 'solehah' kan? Hehe insyaAllah.. Bulan ramadhan ni lah pintu syurga akan dibuka seluas luasnya,peluang untuk beribadah nii mestilah kene kejar tau! Kalau terlepas,rugi korang nanti. Ramadhan, i'll wait for you :')





jom tukar, tanda anda pelajar Universiti Ramadhan ^^ medan latihan buat kita utk menjadi lebih baik :’)

Sehingga bertemu lagi yaaa! Salam Alaykum :D

Monday, July 16, 2012

Sometimes,silent is the best action

Assalamualaikum dan Good Evening to youuuuuuuuuuu :P
How are you? I`m not really fine here. kadang2 okay,kadang2 tak okay. Because of what? Because of YOU lah! Hah. Gurau je. Aku sihat walafiat je, Alhamdulillah aku masih hidup pada harini.

Harini aku nak cakap pasal benda yang agak sensitif ni sikit.
about..
HOW TO HANDLE HATERS!!!?? Atau untuk mudah difahami untuk mengawal orang2 yang benci/tak suka/kuat kutuk kita lah...hah....sensitif tak? 


Actually SETAHU aku lah,rata rata orang yang suka kutuk kita ni, tak berani nak kutuk kita depan depan. Diorang semua ni kutuk dari belakang jerkk, sebab diorang takut kita kan? Tapi kan kan kenapa ko tak kutuk depan depan terus je kalau ko nak kutuk sangat kan? Kenapa mesti ko cite kat orang lain? Kenape!? Ko pengecut eyhhh... ( cakap kt diri sendiri je ni)

Hahaha aku saja je nih nak cakap pasal benda ni. sebab sejak kebelakangan ni aku dah jumpa beberapa orang yang mempunyai talam yang banyak di atas mukanya. Haha kasihan kan sape yang ada kawan cenggitu. Hishh. Sebagai orang islam, kita sepatutnya TAK BOLEH CAKAP KESALAHAN ORANG DEKAT ORANG LAIN! Ibnu Abbas ada menyebutnya di dalam hadis. Mungkin sama lah kot hukum nya dengan menyebarkan aib orang. Betul ke? hermm aku pon musykil, kalau buat hukum sendiri nanti berdosa pulak kan. tapi memang betul ada dalam hadis ni .



Hadith - Bukhari's Book of Manners #329
... Ibn 'Abbas said, "If you wish to mention the faults of your friend, mention your own faults first."


Ya Allah Ya Allah.. walaupun kita dah tahu benda ni,kita tetap buat kan? kan? Kenapa manusia macam ni ya? Selalu lupa.. Astaghfirullah hal azim.. Semoga kita dapat berubah menjadi lebih baik dari semasa ke semasa..insyaAllah..

So here! Back to the topic! Kepada yang berpengalaman mempunyai haters, atau berpengalaman kena kutuk, You all just buat donno je lah. Bersabar. Jangan lawan dan jangan kutuk diorang balik. Bersabar. yes, be patient and just pray to Allah supaya terus diberi kekuatan supaya dapat bersabar. Korang pikir la,kalau kita bersabar, Kita dapat PAHALA dan yang kutuk kita tu dapat apa? Mestila dapat dosa kan? So terang tang tang lah,kita bersabar jelah yer..biarla diorang nak kutuk ape pon, kita diam jelah. :')

Don’t get upset with people or situation. Both are powerless without your reaction.




Alhamdulillah for my eyes, Alhamdulillah for my hands, Alhamdulillah for my mouth, Alhamdulillah for my heart. If Allah didn’t love us, why is He still keeping us alive? If Allah didn’t like us, why is He giving us sustenance to every minute that we are alive. If Allah didn’t love us, why are we here today?


Ingat,Allah SWT sentiasa ada dengan kita,. terlalu dekat,terlalu hampir, Dia ada di sini. di hati kita. jantung kita berdegup keranaNya. Allahuakbar. Jangan duk pikir sangat pasal manusia kat sekeliling kita . biarlah. biarkan mereka sahaja. Setiap kali berasa sedih,kecewa, ingatlah, KITA ADA ALLAH yang takkan pernah tinggal kita,melainkan kita yang tinggal Dia. Allahuakbar. 



Entri yang agak emotional..hahaha :'D i`m just trying to motivate myself and of course untuk korang jugak. Akhir kata, Salam Alaykum. semoga bertemu kembali di lain harriiiii~~



Monday, July 9, 2012

Minaa Potter since Fourteen.

Assalamualaikum to all readers! Its 12.00 am, and dah masuk 10.7.2012 dah. Currently sakit perut sikit sebab baru lepas telan mi hun sup yang pedas lagi banyak. Ni semua silap abah sebab bungkus banyak sangat untuk aku. Tengok tuu! tetap nak salahkan orang lain walaupun diri sendiri yang salah sebab tamak nak makan banyak banyak -_-

Ohh sebelum tu, Happy Birthday to my beloved oppa from Super Junior. Tak lain dan tak bukan, tentulah Kim Heechul!!! Happy 29th birthday :') Miss you oppa,long time no see sejak you masuk miliatary tahun lepas. sobsobsob untunglah aku masih sayang lagi Heechul aku :')

Pagi esok parents aku bertolak ke Kl, sebab ibu aku ada konvokesyen kat Putrajaya this Wednesday. Alhamdulillah setelah 4 tahun ibu aku habis habisan belejar, akhirnya tamat jugak. Congrates to my mum. You alls sila tepuk tangan!! Hehe. Ikut plan asal memang aku nak ikot, tapi bila fikir semula, aku rasa macam rugi pulak kalau tinggal sekolah. yelah,3 hari kot skip sekolah. Siapa nak tolong kalau aku terlepas tajuk baru addmath ke, chemy ke, siapa nak tolong bertanggungjawab!? Tuisyen? ohhh bagi aku cikgu tuisyen dengan sekolah lain lah. masing2 ada kelebihan dan kekurangannya. Jadi aku ubah plan,aku tak jadik ikot ibu aku. Sorry. hermmm.

Lepas solat magrib tadi family aku keluar, pergi makan makan and then pergi jalan2 kat Giant kot, cari barang sikit. aku memang nak ikot, tapi nasib aku malang,aku kena tinggal sebab lambat sangat bersiap. hermm its okay lah. So, aku decided untk sambung buat nota pai. Dahla duk sorang2, cuak jugak tadi. tiba2 terpandang Cd Harry Potter And The Goblet Of Fire kat atas rak buku. and jeng jeng *angkat kening*. ,Guess what? hahaha. Kepala duk ligat berfikir. Dah lama gak ni aku tinggal terus HP. Apa kata kalau ulang tayang balik? kih3.

And finally aku berjaya habiskan cd tu malam ni!! Tepuk tangan semua! Hahahaha. Kalau dah memang gila tu,tetap gila jugak lah. Feeling habisan aku tadi sampai meleleh air mata I you alls! hahahaha rindu sangat sangat :') Teringat zaman form2 dulu, duk struggle nak habiskan ketujuh tujuh buah novel Harry Potter tu. Hahahaha lepas tuu kalau kawan yang minat jugak Hp ni nak pinjam cd,taknak kasi laa sebab jealous :P 'mana boleh rampas hak orang!' dulu2 la.hahahah. sekarang mature dah sikit,heheheheh malu i you alls. And honestly speaking memang takde Novel/Movie punya yang dapat lawan Harry Potter ni. Harry Potter memang THE BEST lah! Kepala J.K Rowling memang banyak channel la kot. Hehehe

Okay i adore you very much much much much Mr Daniel Raddclife AKA Harry Potter! :')

The world can be a crazy place at times. We all need things to talk about, think about and most important of all – laugh about. That’s what we do.


Okay itu sahaja untuk malam ini. Sehingga bertemu kembali, Salam alaykum and Good night!
*mintak2 la dapat mimpi jadi bini Harry ke. Muahahaha link blog pon ada Potter tuuuwwww



Chemistry

Assalamualaikum! Today i want to talk about one of the important subject that i learn in form 4. Ladies and Gentlemennnnnnnnnn this subject is quite difficult for me, and honestly i said, i hate this subject and my mum always keep up blabbbering meeeee because of this subject.

Ibu : Camne ko nak jadi doktor kalau Chemy ko FAILED!!!??
Princess: Errr....
Ibu: Takyah sekolah ah senang..benda kacang camni pon failed..gi nikah lalu ah..lagi bagus
Princess: Errr. Err 
Ibu: Ibu tak pernah pon failed chemy ni dulu ok. kalau ko failed memang terang tang tang ibu lagi terror laa...
Princess: Err...er...Errr......
Ibu: Lepas ni jangan baca ah novel novel cinta semua tu.. tak berguna langsung.. buat makin khayal ade lah. budak budak nak ambik exam ni mana ada masa dah baca buku TAK GUNE gitu.
Princess: K.
Ibu: Lepas ni kalau failed lagi siap la ko..
Princess: K.


See?! Memang betul cakap ibu aku. bukanke syarat nak ambik medik, Bio dengan Chemy mesti strong kan? dah tu.. chemy aku weak ni camne :'( camne nakkk pandai chemistry nih.. Masa awal tahun dulu memang aku boleh dikatakan paling semangat belajar dalam kelas untuk subjek ni. tapi, time nak masuk pertengahan tahun terus aku lari dari tajuk....nak salahkan siapa? diri sendiri atau cikgu?! Hehehe kalau nak ikutkan murid2 ramai yang cakap cikgu kitorang tak reti mengajar, tapi kenapa ade je dapat A!? Masih nak salahkan cikgu lagi ke? haishh..salahkan diri sendiri saja lah..takyah nak libatkan orang lain.. Bawak bawak la sedar diri sikit yang ko tu memang tak reti chemy.. -____________-

Jadi harini aku nak cakap sikit....HOW TO GET A IN CHEMISTRY!!??


Learn from your mistakes.
Many students have a tendency to get back an exam, look at their score, get upset and use that energy to make them more nervous on the next exam. This is missing a very important opportunity to do some serious learning. When you get an exam back and after you have gotten over the shock of the grade, it is time to look at your mistakes and ask yourself what went wrong. Were you concentrating? Were you nervous? Were you clueless about the material? Did you know the answer but have trouble writing what you thought you knew? Did you think that all your answers were correct until you got the exam back? Would you give the same answers if you took the exam again? Most of these situations can be remedied with the advice above. A bad exam score is trying to tell you something, stop and listen to what it is. If you can truly say that you did your best, then you need to change the way you study. This is a golden opportunity to improve your performance next time.

Write everything out.
It would be foolish for a musician to watch someone else play a piece or to glance at a piece of music and say "that doesn’t look too hard, I can do that". The concert would be a very bad place to realize that they couldn’t play it. You don’t really know how hard it is until you try it yourself. In chemistry, you must work it out for yourself in writing. Solve the problem on paper or write out your explanation before you are being tested. What you think you know and what you can successfully write down may not be the same. The test is a terrible place to find this out.

Practice daily.
Wouldn’t it seem ridiculous for an athlete to put off practicing until the night before the competition and then stay up all night "cramming" for the event? Not only is there insufficient preparation but the problem is compounded by not getting enough sleep. Several shorter practices spread out over a period of time will do much more good than a marathon session where your progress is impaired by fatigue. When studying, don’t be afraid to take a short break and then return to your work.
Don’t forget that the quality of your study time is as important as the quantity of your studies. If athletes put on their gear and spend two hours standing around drinking Gatorade, they should not claim to have practiced for two hours. Likewise, a student sitting in the library with the book open but socializing should not kid themselves into thinking that they are studying. Find a place where you can work with out being interrupted. Being a full time college student is a full time job with lots of overtime involved. (And that does not even include the extracurricular activities). It takes a lot of effort, but the rewards are enormous.


Concentrate on your work and let the grade take care of itself.
The best performances in music or athletics require total concentration. Paying attention to the score of the game or what the audience is thinking takes away from you doing your best job. When studying or taking a test, give it your complete attention. There will be plenty of time later to think about the grade. The students who seem to do the best in class give their full attention to learning the material and, in the end, are often surprised by how good a grade they get.

And the rest is your fikir la sendiri..what can i say that sekarang aku memang tengah berguling2 nak mulakan sesi peperangan untuk chemistry,physics,addmath,biology and modern math. Modern math aku pun kadang2 gagap lagi. untuk yang memang pro modern math tu, bersyukurlah :') 


Keep in your mind that SPM is EVERYTHING!
jangan anggap mementang kita ni budak form4, lepak aa dulu.. NO WAY! Kita sepatutnya mula dari sekarang. Pakwe makwe tu boleh sambung kemudian hari. tak lari pun gunung dikejar. aceceh. 


Itu sahaja untuk harini. sekian terimakasih. * ikat tali di kepala,mau berperang dah ni!! Just wish me luck okay babes!!! Muahhh 



Sunday, July 8, 2012

Hurt me. A LOT

Assalamualaikum.

Patutkah aku menangis?
Mengenangkan sesuatu yang sudah berlalu?
Patutkah aku menangis?
Meratapi diri yang semakin hari semakin lemah?
Mampukah aku hadapi semua ini?
Sesuatu yang baharu bagiku. Sesuatu yang penuh kejutan. Sesuatu yang telah merobek hati ku. Sesuatu yang telah menghancurkan segenggam hatiku yang terlalu rapuh. Sesuatu yang telah meninggalkan luka yang paling dalam di satu sudut hati ku.


Adakah aku terlalu lemah?
Lemah kah aku? Aku masih setia mencuba, menguatkan diri ini. Hari demi hari. 
Lemahkah aku kerana aku masih tidak mampu menahan diri dari mengalirkan air mata apabila mengenangkan semua ini? Lemahkah aku!?
Kejamkah aku kerana aku masih belum bisa melihat diri mu tersenyum,kerana bagiku senyumanmu itu ibarat sembilu yang telah meninggalkan seribu tangisan di hatiku.
Kejam kah aku kerana berasa demikian? Kejamkah!? 

Jahatkah aku kerana masih belum bisa melupakan semua kesalahanmu sedangkan hati ku kian mendesak untuk memaafkan mu? Jahatkah aku kerana masih belum ikhlas memaafkan mu!? Jahatkah aku kerana masih belum bisa melupakan semua ini!? Kejamkah aku kerana setiap detik,setiap perbuatan dustamu, setiap perbuatan mu terus terlayar dalam memori aku?! 


Ya..
mungkin aku kejam,mungkin aku jahat..
Aku terlalu lemah dalam menempuh semua ini..
aku hanyalah insan yang kerdil, insan yang lemah,
hatiku terlalu rapuh, terlalu lemah,..terlalu mudah dijentik..
Walaupun aku sentiasa berusaha, sentiasa cuba untuk melupakan semua itu, tapi tidak terlalu mudah.tidak semudah itu..

Dan bila nafasku mula sesak, sesak dek tangisan yang terlalu ditahan, sesak kerana terlalu marah, sesak kerana terlalu penuh dengan amarah terhadapmu, akhirnya aku tewas. Tewas dalam mempertahankan air mata ku. Akhirnya air mata ku tumpah jua..walaupun telah ku berjanji pda diri ini tidak akan lagi menangis kerana mu, namun tidak semudah itu. tidak semudah yang dibayangkan.. 


Hari demi hari.. aku berdoa pada yang Maha Berkuasa supaya diberikan kekuatan kepadaku dalam menghadapi semua ini.. agar diberikan aku kekuatan untuk memaafkan mu.. hari itu akan tiba jua..hari di mana aku akan terus melupakanmu, memaafkan mu.. insyaAllah.. dengan izin Allah.. 


Berbahagialah kamu.. 
Pergilah..pergi lah mencari kebahagiaan mu sendiri.. terimakasih untuk luka ini. terimakasih. Dengan luka ini, aku akan menjadi gadis yang lebih kuat. Dengan luka ini juga aku akan terus mempertahankan cinta aku yang hanya lah untuk Allah, untuk keluarga ku, untuk kawan2 ku, dan untuk yang halal untukku, iaitu jodoh yang telah tertulis untukku di Luh Mahfuz. Dengan luka ini, hati ini tidak akan mudah dibuai lagi.. terimakasih..


Allah Maha Mengetahui tentang segala sesuatu. Ada kalanya sesuatu yang kita suka itu amat buruk bagi diri kita, dan adakalanya sesuatu yang kita benci itu amat baik untuk diri kita. Berdoalah..berdoa lah supaya sentiasa di bawah rahmatNya..berdoa lah untuk terus menjadi makhluk yang disayangiNya..
Ujian yang ditimpakan itu mungkin kerana Allah rindu pada kita..rindu mendengar suara hambaNya berdoa padaNya.. Ikhlaskan hati dalam memiliki cinta Allah.. insyaAllah kita mampu..


Kepada mu,
terimakasih untuk luka ini.. :)
dengan luka ini, aku akan terus melangkah di atas muka bumi Allah ini..
melangkah dengan cemerlang, akan kubuktikan gadis ini bukan sembarangan gadis yang telah kau perkatakan, akan ku buktikan siapa aku yang sebenarnya. Terimakasih ! Terimakasih Ya Allah! Allahuakbar!


Telah banyak air mata ku menitis kerana mu.. 
akan ku usahakan supaya tiada lagi tangisan itu,,tangisan yang terlalu pedih untukku tempuh semula.. :)
semuanya berlaku kerana kelalaianku sendiri...
Syukurlah semuanya telah berakhir.
teruskan menapak, menuju ke depan dan terus maju ke depan tanpa berpaling lagi .
Teruskan impian.. teruskan cita-cita itu.. 
Semoga aku,adik adik,dan rakan2 serta keluargaku dapat menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.. Aamiiin..


Just Go On Mina. Go On with yourself, your life, your SPM. :')
Alhamdulillah Ya Allah.. 




Sincerely,
Nur Najmina Nashihin Nazri
Sunday, 8.7.2012








Friday, July 6, 2012

Wedding

Ohhhh Bila Najmina Nashihin dah stat berjiwa jiwa........

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu
(mood jiwang tak habes habes)
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/m/melly_goeslaw/butterfly.html ]
Assalamualaikum! Huahaha setelah lebih 30 minit kot aku berehat kini aku muncul semula! Hahaha biasa lah, kebosanan sangat2. Fb pon dah hampir 2 minggu deactivate :') Twitter? Ohh aku memang tk pernah aktif pun twitter tu. saya jakun sikit, tak reti pon guna twitter tuuuuuu.

Entri ni saya nak bercakap pasal Kak Irene Nadia Marcello!! Amboiii 'kak' segala tuuu,bajet rapat lettewww. Hehe mana ada, dah dia lagi tua dari aku, panggil la 'kak' kan. Ngeh2. Siapa tak kenal dia ni!? Gadis blog yang cun melecunnnnn,berumur 20 tahun dan baru bergelar isteri seminggu yang lepas! Untunglah,umur 20 dah kahwin..huhuhu :')

Ni time majlis tunang dia. Lawa gile kan? Yeah, she`s sooo sweeeet :')
kalau korang nak lebih kenal die, follow lah blog die ni kayy http://irinenadia.blogspot.com

Oh untunglah,suami dahla handsome :') Ohhh semoga berbahagia hingga ke anak cucu.. Aamiin!

Berdasarkan observation aku,ramai gak yang nikah awal2 ni sekarang. aku ambik contoh, Kak Dena Bahrin(,http://denakamarulbahrin.blogspot.) pon umur 20, dan kahwin awal Mei haritu. ohhh seorang lagi, Kak Farah Lee,(http://farahinlee.blogspot.com/) kahwin awal tahun baru ni dan berumor 23 tahun.. ohh kiranya aku pon kene la kahwin awal kan? kah2..tapi.. siapa yang nak kahwin ngan akuuuuuu? hahahaha :') study dulu lah wei..........


Zayn Malik pon dah kahwin ni haaaa. ko bile lagi? :P
eh tipu je,bukan Zayn Malik nih. Muahaha tapi awal2 bukak pic ni tadi,aku ingat Zayn jugak awal2 tadi. ade iras kan? kah2

Kau punya yang mana? Sila tick sekarang :'D

yeahhh this is RIGHT! 
Jaga hati,jaga iman,jaga akhlak dulu!!
dan jangan lupa study duluuuuuuuuuuu!

HAHAHA*evil laugh. I think I gonna be a love doctor gak suatu hari nanti nih. aishh, apa2 jelah. hahaha,biasa lah, remaja :') aku out dulu lah, mahu buat homework. kalau duk layan jiwang ni sampai malam besok pun tk sudah2 lagi ni. Salam Alaykum and do follow kak Irene,kak Dena dgn kak Farah tu yeee. heee siap promote nih. Dan jgn lupa follow aku sekali! Bye2 <3