Monday, October 1, 2012

Step by step

Assalamualaikum.

Nak jadi muslimah itu susah.
Nak jadi mujahidah itu Super Susah.
Nak istiqamah lagi lah susah.
Namun,takkan ku gentar. Takkan ku rebah. insyaAllah.
Kerana ku tahu,
Akhirnya itu Menang Atau Jannah :)

Semuanya KeranaMu Ya Allah..
Semoga hamba ikhlas..
Hanya untukmu Ya Allah..
Ya Allah.. Engkau lah yang membolak balikkan hati ini...
Semoga hati ini teru di landasan yang sebenar benarnya Ya Allah..
Aamiin................:')

(gambar hiasan)

Doakan aku ya,supaya boleh jd mcm ni suatu hari nanti. insyaAllah.
Bersihkan hati,jaga hati,jaga iman~! 



Saturday, September 29, 2012

Tra lala~

Assalamualaikum WBT. Selamat Malam. Sanah Helwah to myself. Alhamdulillah,dah masuk 16 tahun 2 hari dah aku sekarang. Usia tak melambangkan kematangan seseorang tu kan? Atas diri masing masing lah. Bagi aku,aku tetap macam dulu. Tidak Mature. haha.

Ramadhan dah habis.
Syawal pun dah habis. :'(

Dah lama aku tak update blog. sampai dah terlupa cara cara nak menaip. idea dah kosong. haha.
tapi takpe, aku nak cerita sikit jer dalam entri ni. Alhamdulillah, 2012 ni merupakan tahun yang sangat mencabar bagi aku. Bermulanya episod fasa kematangan diri berlangsung dalam hidup aku,dalam keadaan sedar dan tidak sedar. Tahun ni jugak aku banyak sangat belajar benda baru.

Belajar untuk meletakkan ALLAH SWT sebagai SATU SATUNYA SANDARAN utama ku, belajar untuk tidak berharap pada manusia,belajar berkasih sayang,dan yang paling penting,belajar mendalami ilmu Agama. Ya,manusia kan bermula dengan sifat kejahilan. Ohh ada lagi,belajar untuk menyukai Chemistry :')
Belajar berkawan,belajar untuk menjadi anak,kakak,cucu yang lebih baik,belajar utk menjadi rakan yang baik,dan macam macam lagi lah..

Memang dalam tempoh 'proses pembelajaran' itu,banyak sangat air mata aku keluar. Hati perempuan kan rapuh :') Walaupun perit,aku cuba mencari "kunci" kekuatan itu,dan Alhamdulillah,aku berjaya jumpa. Allah lah kunci kebahagiaan aku sekarang. aku dah semakin pulih,dah semakin bangkit,aku yakin, semua ujian itu adalan kerana Allah rindu pada aku.. MasyaAllah .. :')

Something yang pahit pada awalnya itu,akan jadi manis jik kepahitan itu lebih mendekatkan kamu kepada Allah... Allahukabar!!

Okay.. itu sahaja kut untuk entri ini.. Ohh btw.. aku berniat..selepas ini aku nak berhijrah..untuk memakai jilbab labuh.. doakan aku okey? Aku hanyalah insan kerdil..yang lemah.. aku harap korang boleh doakan aku okay? Terimakasih.. semoga Allah memberkati hidup anda semua. Aamiin ~

#final exam lagi seminggu lebih. Doakan aku sukses! :D

Wednesday, August 15, 2012

love storie :)

Assalamualaikum wbt.. selamat malam korang dan selamat bersahur untuk esok.. MashaAllah,tinggal 3 hari je lagi untuk kite berpuasa. Haihh cepat nya masa berlalu kan...

hehe btw jom baca doa ni..aku copy and paste je,tapi aku sangat suka doa ni sebab sangat lah sesuai dengan jiwa aku sekarang :')



Ya Allah..
Yang membolak-balikkan hati kami.. Selama ini aku tidak pernah
tahu bagaimana rasanya bercinta, namun ku berharap, bila cinta hadir
menyapaku, aku tidak akan kehilangan Engkau..
Ya Allah..
Selama ini aku hanya berharap, semoga dapat mencintai orang
yang memiliki cinta luar biasa pada-Mu..
Ya Allah..
Selama ini aku juga berharap, semoga akan dicintai oleh orang
yang dapat mengarahkanku menuju keredhaan-Mu..
Pintaku Ya Allah..
Izinkan aku memiliki rasa ini hingga ia menjadi indah di dada
kami, tanpa menghilangkan rasa cinta kami pada-Mu..



Ya Allah..lindungilah dia selalu..sayangilah dia Ya Allah..jagalah htinya daripada maksiat.. benihkanlah cintanya hanya untuk Mu semata mata.. Aamiin Ya Rabbal Alamin..

''Saya suka je awak. Tapi biar lah Allah saja yang aturkan :') "



Saturday, August 11, 2012

lelaki Hensem

Assalamualaikum wbt dan selamat petang. perghh tengok entri bunyik cam gempak semacam je. eheh. mana ada. aku nak tambah pahala la,nak puji ciptaan Allah banyak banyak ni. Eheh. lelaki hensem. puji la tuu kan?
Well,hensem itu subjektif sebenarnya. ada pndapat yang kate kalau hidung mancung tu mesti hensem  kan? tapi ada gak yang kate hidung kembang tu hensem . Oh yeke? aku pon tak tahu sape yang kate tu. keh3

And ade yang kate lelaki tinggi tu hensem.  tapi ade jugak pendapat mengatakan lelaki pendek lagi hensem sbb nampak cute. Ohh betulke? Betul la tu kot. tapi bagi aku lelaki hensem mestila tinggi kan. hehehe and ade jugak yg suka lelaki yang takde bulu. i mean,yg muka bersih dari sebarang bulu. tapi bagi aku, lelaki hensem mestilah at least ade janggut sejemput! kalau takde pape tu nampak cam jambu la pulak.hehe and aku tak minat yang cerah sangat,yelah,nanti tak sepadan dgn aku yang tak berape nak cerah ni.hehe
well tak kisah la macam mana pon fizikal seseorang itu,tapi yang penting,semua ciptaan Allah tu indah belaka.. :D

Topik sekarang ialah lelaki hensem. lelaki hensem didefinisikan sebagai lelaki yang tak pernah tinggal solat wajib,berpuasa penuh di bulan ramadhan,berlumba lumba mengejar pahala Allah,berjihad di jalan Allah,penyabar ,sopan,lembut (bukan lelaki lembut tapi die sntiase lembut dgn istri die) , bukan seorang pemarah dan yang penting Bertaqwa yakni melakukan segala suruhan Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya. Well,ni pendapat aku lah. Korang camne? eheh semua lelaki soleh tu hensem,tapi tak semue lelaki hensem tu soleh. Ohh pandainya aku berkata kata..ha..ha..ha.. and lelaki yg bertegas berkenaan akhirat dan berlmbut berkenaan dunia dengan isteri die pon dikira hensem bagi aku..hihihi

Ohh sekarang aku sangat lah berminat dengan lelaki berkaca mata yang mempunyai janggut sejemput serta memakai kopiah. nampak sangat sweet lah.hehehe. Jujur, aku sangat suka tgok laki pakai kopiah. Memang jantung terus jadi dup dap dup dap. Semenjak bulan puase ni,tiap kali aku pergi masjid memang ade je yang berjaya buat aku cuak semacam sebab berdebar. ade jeee yang sweet2 tu sebab rate2 lelaki yg aku jumpe semuanya ade janggut and pakai kopiah. Subahanallah,indah ciptaan Mu Tuhan :')

nak tgok contoh lelaki hensem? Hehe silakan! makhluk Allah ini sungguh hensem pd pandangan aku. errr hehehee

Ashraf Muslim

Sangat hensem,berkaca mata,mempunyai rambut hitam yang lurus lagi lebat.yeah,cuma takde janggut je. huahe. aku pilih dia bukan sebab wajah semata mata,tapi sebab die salah sorang artis yg kesolehannya semakin terserlah. Alhamdulillah :)

Harry Potter

Juga berkaca mata dan mempunyai rambut hitam lurus yang lebat! tapi sayang ,tak soleh..hukhuk hahahaha

Okeylah, i think i nak out dulu. tamat sahaja entri lelaki hensemm ini . Salam Alaykum! 






Friday, August 10, 2012

Lailatul Qadar

Assalamualaikum wbt. Hehe akhirnya kita bertemu lagi. Korang apa khabar? sihat? kalau sihat, syukur Alhamdulillah :) Aku pun sihat ,tapi hati aku tak berapa nak sihat lagi. Masih pedih dan luka itu masih ada. Waduh! Hahaha

Harini aku nak cakap sikit fasal Malam lailatul Qadar. Well, bulan Ramadhan pun dah hampir tiba di penghujungnya. Sungguh,umat Islam mana yang tak sedih? Bulan yang penuh dengan rahmat dan barakah dah nak tinggal kita. Bulan di mana pintu syurga dibuka seluas luasnya dah nak pergi. Sape tak sedih? Ya Allah semoga tahun depan aku masih berkesempatan menikmati bulan Ramadhan..aamiin.. :'(

Herm. harini dah 21 Ramadhan. bermakna,cuma tinggal 8 atau 9 hari je lagi bulan ramadhan ni. Herm tapi takpe, sementara 10 malam terakhir ni jom kita sama2 tingkatkan lagi amalan kita! Jom kita sama sama 'cari' malam Lailatul Qadar! Rugi tau sape terlepas. Yes,kita memang tak tahu mana satu malam tersebut tapi takpe,yang penting kita kena betul2 yakin bahawa malam tu betul2 wujud, dan yang paling penting teruskan lipatgandakan ibadah anda sepanjang 10 malam terakhir ni. insyaAllah sangkut la tu malam lailatul Qadar tu...hehehe


Waktu Terjadinya Lailatul Qadr
Tentang waktunya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Al-Bukhari, Muslim) Dan di kesempatan lain beliau bersabda: “Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR. Al-Bukhari, Muslim dan lainnya).
Yang dimaksud dengan malam-malam ganjil yaitu malam dua puluh satu, dua puluh tiga, dua puluh lima, dua puluh tujuh, dan malam dua puluh sembilan.
Lalu kapan tanggal pasti lailatul qadar terjadi? Ibnu Hajar Al Asqolani rahimahullah telah menyebutkan empat puluhan pendapat ulama dalam masalah ini. Namun pendapat yang paling kuat dari berbagai pendapat yang ada sebagaimana dikatakan oleh beliau adalah lailatul qadar itu terjadi pada malam ganjil dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan dan waktunya berpindah-pindah dari tahun ke tahun (Fathul Bari, 4/262-266). Mungkin pada tahun tertentu terjadi pada malam kedua puluh tujuh atau mungkin juga pada tahun yang berikutnya terjadi pada malam kedua puluh lima, itu semua tergantung kehendak dan hikmah Allah Ta’ala. Wallahu a’lam.
Para ulama mengatakan bahwa hikmah Allah menyembunyikan pengetahuan tanggal pasti terjadinya lailatul qadar adalah agar orang bersemangat untuk mencarinya. Hal ini berbeda jika lailatul qadar sudah ditentukan tanggal pastinya, justru nanti malah orang-orang akan bermalas-malasan.
Doa Ketika Menjumpai Lailatul Qadar
”Katakan padaku wahai Rasulullah, apa pendapatmu, jika aku mengetahui suatu malam adalah lailatul qadar. Apa yang aku katakan di dalamnya?” Beliau menjawab,”Katakanlah: ‘Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni’ (Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku).” (HR Tirmidzi, Ibnu Majah)
Tanda-tanda Lailatul Qadar
1. Udara dan angin sekitar terasa tenang. Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Lailatul qadar adalah malam yang penuh kemudahan dan kebaikan, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar tidak begitu cerah dan nampak kemerah-merahan.” (HR Al Baihaqi)
2. Malaikat turun dengan membawa ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelezatan dalam beribadah yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.
3. Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebagian sahabat.
4. Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar [yang menyilaukan]. Dari Ubay bin Ka’ab, ia berkata, ““Malam itu adalah malam yang cerah yaitu malam ke dua puluh tujuh (dari bulan Ramadlan). Dan tanda-tandanya ialah, pada pagi harinya matahari terbit berwarna putih tanpa sinar yang menyorot.” (HR Muslim)
Bagaimana Menyikapi Lailatul Qadar?
Lailatul qadar adalah malam yang penuh berkah. Barangsiapa yang terluput dari lailatul qadar, maka dia telah terluput dari seluruh kebaikan. Sungguh merugi seseorang yang luput dari malam tersebut. Seharusnya setiap muslim mencamkan baik-baik sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
“Di bulan Ramadhan ini terdapat lailatul qadar yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa diharamkan dari memperoleh kebaikan di dalamnya, maka dia akan luput dari seluruh kebaikan.” (HR. Ahmad 2/385)
Semoga bermanfaat.





Tuesday, July 31, 2012

Imam saya :p

Assalamualaikum wbt dan Selamat tengah hari kepada korang semua. hehe korang bersahur tak pagi tadi ni? Kalau bersahur, bagus! Kalau tak bersahur tuu,esok bersahur lah ye. Sesungguhnya sahur itu banyak keberkatannya walaupun hanyalah dengan segelas air kosong :)

Ohhh entri ni sangatlah special jadi sila baca sampai habes okey! Hehehe
di sini saya nak berbicara tentang... lelaki. errr. Yes, lelaki . Erm, maksud saya,ciri ciri lelaki soleh idaman saya. Highlight Soleh tu ye. Hehe

Soleh. yes, semua gadis mesti mengimpi impikan lelaki yang soleh sbgai pasangan hidup masing2 kelak kan? Begitu juga dengan aku. lelaki yang baik tak semestinya soleh,tapi lelaki yang soleh mesti baik kan? Hehe.

 Lelaki soleh dijelaskan dalam Al-Qur’an adalah sebagai berikut:
 “Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”. (Ali Imran 133-134).
Biasanya, tanda – tanda orang yang soleh adalah:
  • Seseorang secara tekun dan sabar menunaikan kewajiban pokok, seperti solat 5 waktu, zakat dan puasa Ramadhan. Kemudian dia menjalankan ibadah tambahan, baik berupa solat sunat, puasa sunat serta bersedekah dijalan kebaikan.
  • Seseorang yang menjauhi perbuatan dosa besar, seperti membunuh, berzina, sihir, memakan harta riba, menganiaya anak yatim, derhaka kepada orang tua, dan  sumpah palsu.
  • Seseorang yang cakna dengan keadaan sekelilingnya. Ketika disekitarnya banyak orang yang meninggalkan kewajipan, dia mengajak mereka mengerjakan kewajiban itu. Begitu pula ketika disekelilingnya banyak orang melakukan perbuatan dosa, dia mencegah agar perbuatan itu dijauhi atau dihentikan. Jika dia memiliki ilmu, dia memberi nasihat dengan perkataan atau melalui tulisan. Singkatnya, hatinya tidak tenteram ketika melihat perintah Allah diabaikan dan larangan Allah dikerjakan.
  • Seorang yang sentiasa bersemangat untuk menambah kebaikan, baik ilmu, keimanan dan amalan. Dia tidak merasa puas dengan kebaikan yang sudah diperoleh dan tidak merasa jenuh untuk berbuat yang lebih baik. Setiap kali kita bertemu dengannya, dia akan selalu lebih baik dari sebelumnya.
  • Seorang yang mendedikasikan dirinya untuk sungguh-sungguh untuk menjalankan solat tahajjud di akhir malam. Dalam solat itu dia bacakan ayat-ayat yang mampu dia hafal dari Al Qur’an. Jika boleh, hafalannya selalu bertambah dari waktu ke waktu. Namun tidak bererti jika apa yang dihafalnya, hilang kembali.
 Oleh itu, kepada kaum wanita, jika anda ingin mendirikan rumah tangga, carilah lelaki yang soleh. kerana secara teori kita boleh berkahwin dengan siapa saja yang kita sukai. Tetapi ciri – ciri  suami yang benar-benar akan membimbing kita meraih tujuan kebahagiaan itu hanyalah lelaki soleh. Jika pernikahan hanya untuk hidup bersama-sama, makan minum bersama, berketurunan, serta bersenang-senang bersama, tentu dengan lelaki manapun boleh.  Namun percayalah,  lambat laun akan bermasalah jua.
  • Seorang lelaki soleh tidak akan membiarkan di dalam rumahnya ada perilaku-perilaku buruk yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.
  • Seorang lelaki soleh tidak mungkin akan berbuat zalim kepada saudara semuslim, apalagi kepada orang tua, mertua, isteri dan anak-anaknya. Tidak semua suami boleh memenuhi kewajipannya terhadap keluaraga secara adil, tetapi bagi seorang lelaki soleh, dia akan berusaha sekuat kemampuannya. Dia hanya akan berhenti berusaha jika sudah tidak ada lagi jalan yang boleh ditempuh. Jika usaha maksima telah ditempuh, tetapi hasilnya tidak memadai, dengan lapang dada dia akan meminta maaf atas kekurangan dirinya. Singkatnya, mustahil dilakukan oleh seorang lelaki soleh untuk membiarkan keluarganya menderita, bahkan terlintas dalam fikirannya pun tidak. Seorang lelaki soleh akan menghargai pendapat atau pandangan isterinya dan keluarganya, meskipun tidak semestinya akan selalu menurutinya.
  • Seorang lelaki soleh bersikap lapang dada dan memaafkan kekurangan isteri dan anak-anak beserta keluarganya. Seorang lelaki soleh tidak akan membuka aib-aib keluarganya di depan umum. Membuka aib keluarga sama dengan membuka aib diri sendiri. Seorang lelaki soleh tidak akan mengkhianati kepercayaan keluarganya. Didepan keluarganya dia baik, dan ketika jauh dari keluarganya pun, dia tetap baik.
Rasulullah bersabda“ Sesempurna  keimanan seorang mukmin, ialah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian ialah yang paling baik kepada isteri – isterinya “. ( HR. At-Tirmidzi )
“ Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya (isteri dan anak-anaknya ), sedang aku adalah yang paling baik kepada keluargaku “. ( HR. Ath-Tharbawi dan Al-Hakim )
Jadi  pernikahan yang penuh barakah, akan terlaksana jika rumah tangga dibina bersama – sama lelaki soleh serta disempurna dengan wanita soleh :)
.


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/lelaki-yang-soleh/#ixzz22H1SoFv4


Panjang bebeno  kan. hehe aku copy paste je tu, BUT HEY! Copy paste pon aku rasa sumber ni betul tau..hehe :') Kalau soleh, hensem ,memang ckup lengkap lah kot. Kala hensem tapi err perangai tak elok buat pe kan?

Hehe sehingga bertemu lagi slps ni! Salam Alaykum! :D

Saturday, July 28, 2012

Feeling tak best!

Assalamualaikum korang. Heh. kekurangan idea untuk menconteng di sini. tapi aku nakkk jugakkk contengggg. Kih2. Dah Blog aku kan. Korang tgok jelah hasilnya kayy? :') Nothing special about this entry tapi aku nak kongsi satu bende yang buat aku gelak sorang2. heh. Rasa macam diperbodohkan pon ade. Hukhukk



Kbye. Ini sahaja untuk harini. *batuk dan pengsan