Wednesday, July 4, 2012

Its a LONGGGG timeee~~

Assalamualaikum semua. hihi.

Masa berlalu begitu pantas. musim hujan dah lepas, musim sejuk pun dah lepas. errk sejak bila Malaysia ada musim sejuk nihh? erkk abaikan saja lah. Sekarang giliran musim panas mendominasi bumi Malaysia, dan yeahhh panas seperti hati ku yang dah lama terbakar dek perbuatan insan yang sorang tuu. 

Oh ya, selamat bertemu kembali kengkawan! Setelah hampir setahun aku menyepikan diri akhirnya hari ni aku muncul kembali dengan membawa perwatakan yang sedikit mature berbanding dahulu. Muahaha :P i'm not fifteen anymore! and almost Sixteen babes. pasti ramai yang tertanya2 mengapakah si budak comel ni dah tersangat lama tak updte blog kan? hihi jawapannya ialah si budak comel ini terlalu malu untuk berhadapan dengan pembaca2 blog ini yang sudah semestinya menanti nantikan result pmr 2011 aku seperti yang digembar gemburkan pada entri sebelum ini. Ohh sila scroll down bawah sikit ya :P

Eh kenapa malu kak? tak dapat straight A's ke kak? hahah mestilah dik :') kalau akak dapat 8a, hahh mesti akak dah tayang dah slip akak tuu. dek kerana kesedihan,kekecewaan dan kemaluan yang terlampau, aku membuat keputusan untuk "buang" terus blog ni dari hidup aku. muahahaha. tapi tak lame pon buang kan, 7 bulan jerkk :P jadi harini, setelah mendapat semangat baru sejak masuk form4 ni, aku dah berani tampil semula di sini. dan untk pengetahuan korang,aku dapat 7a je masa Pmr tahun lepas. haha. sedih tak? ololo of course la sedih dik! rasa macam takleh hidup dah time tu. haha. tapi Allah kan ada :') Alhamdulillah kekuatan dan semangat baru tu muncul. dalam duk menangis kekecewaan tu, Allah anugerahkan aku sahabat2 yang tak putus2 bagi aku semangat supaya aku bangkit semula. dan tahniah kepada kengkawan aku yang rata2 berjaya dapat result yang cemerlang dalam Pmr korang :') usaha lagi yeww sampai Spm! yes!!! SPM pulak!!


hihi ni time trip gi singapore bulan april baru2 ni. kat Universal Studio time ni. :D
kawan2 yang sentiasa anda di samping aku. thanks korangg :'
from left Aina,fara,Aku (mina),Yana and najihah.

kita bukak buku baru pulak lepas ni. Spm. So, Najmina Nashihin, ko nak kecewa lagi ke? ohh 6 bulan dah ko bazirkan begitu sahaja dgn suck things yang membazirkan. get up syg, kejar balik semula. masih belum terlambat lagi. yang dah pergi tu, jgn dikenang lgi. terus ke dpan dan jgn undur kembali ok.

ohhh dushhhhh. sampai di sini sahaja untuk harini. actually banyak sangat benda aku nak share, tpi masa amat mencemburui aku. Sehingga bertemu kembali, Assalamualaikum! :D





'things happen because a reason'

Saturday, December 17, 2011

Allah.. resultku guane cite :/

Assalamualaikum kawan2. Semoga anda sentiasa sihat sejahtera selalu dan sentiasa di bawah rahmatNya.. InsyaAllah. Wahai korang semua. Aku hari ni, tiba2 dalam mood berdebar kembali. padahal dah 2,3 hari aku dah tenang. tapi harini. errr kembali berdebar. 4 hari lagi weh. sekarang hari Ahad, 12.47 am. FUHH! 4 hari lagi!

Ya Allah semoga result pmr hamba Mu ini, 8a. dan juga buat rakan-2 ku yang lain. Demi Allah aku tak sanggup tengok kalau ada kawan aku yang gagal, sedangkan aku berjaya. semoga kami sama-2 straight A ehh? :') InsyaAllah. Mina! Allah Maha Mengetahui.. insyaAllah.. yakin lah Mina.. yakin yakin.. Aamiin!!!!!!!!!!!!!!!!

kawan2, sementara masih ada masa untuk kita berdoa ni, meh lah kite berdoa sama-2. jangan lupa doakan saya erk? saya sayang korang semua :'D

Aamiin. insyaAllah kejayaan itu milik kita eh kawan2? :D
kbai. Salam

lols enough =='

When I don't even understand what they r singing about, but I can feel whats the lyrics is about thru their voice. There is a say, when u hear a song of who have real talent, u can understand what the song is about thru their voice. Because when they sing, they put all emotional on their face or on their voice.


 I'm addict to DBSK. DBSK u r amazing. AMAZING


crazy enough :'D 
Dbsk always keep the faith!!


Tuesday, December 13, 2011

Hati Aku

Assalamualaikum semua. Apa khabar? ermm dalam entri hari tu aku cakap aku mlas nak updte dah kan? HAHA sembang je tu. cakap kosong. Tapi kali ni aku betul2 perlukan diari Online ni . aku ada something untuk diceritakan. senang cerita, aku perlu luahkan benda ni. Sebab benda ni takde org yg fahami aku. Aku buntu memendam mende ni terlalu lama ==' tapi sebelum tu,sungguh2 aku ckp nih, aku mmg tengah emotional skrg. jd mungkin entri kalini berbunyi emotional gak. Maaf kalau ada terkasar. DAN! entri ni dijamin berjela2, dan juga ada'babak' gedikk sikit. Maaf lagi.kalau kau rasa kau boleh tahan kat budak gedik yg tgh emotional, kau teruskan ah baca smpai habis. kalau tak, its okay. aku tak kisah pun :')

ermm camne nak mula arh. mende ni tak penting sangat pun. tpi berkaitan hati aku yg dah jadi pieces sekarang. tapi aku tak nak ah cerita detail. ni peribadi kan. sekadar berikias2. hehe. Macam ni ah sebenarnya. semenjak beberapa hari ni, hati aku resah sangat. resah sangat2, tapi aku tak tahu nak cerita kat manusia mana. cuma Allah je lah yang tahu. tapi manusia gini ah,tetap nak luahkan sesuatu mende tu kat manusia lain. dipendekkan lah, tetap nak cerita kat kawan kan? Tapi aku serba salah nak cerita kat orang. aku tk tahu nk cerita kt sape. so, aku cerita kat sini je ah. at least aku lega sikit. hurm..aku ada la 2,3 orang kwn yg aku selalu kongsi cerita.. tapi mende ni..aku tk tahu nak cerita mcmne. sbb rumit sgt, dan semuanya mmg salah aku kot. lagipun aku malu r nak cite, sebab kwn2 aku selalu nasihatkan mcm2 kat aku. kalau aku cerita ni, nanti aku dilabel gila lok =='
yang sorang tu..selalu nasihat aku. yg sorang lagi selalu salah fhm dengan mende yang aku cuba smpaikan. err mungkin dia tak slh fhm, tapi aku yg slh faham dgn apa yang dia faham. huhu faham tak? hehe

Perkara utama yang buat aku resah ialah, tak lain tak bukan, mesti ah RESULT PMR ! 9 hari lagi sayang.. Ya Allah brdebar gila kot >.< harapan aku, Aku dan semua kwan aku dapat straight A's.. Aamiin!! Mende ni aku takleh pikir sangat. jadi bertmbah takut. malam semalam aku dah siap mimpi pasal result. Semua kawan baik aku dapat 8a, tapi aku punya tak sempat nak tgok sebab aku terjaga dulu . haihh macam2. semakin lah berdebar aku dibuatnya ==' Wahai hati, tenanglah.. Ya Allah.. tenangkan lah hati yang resah ini.. :')

Huh. yang ni masuk part rumit. Hati aku kan. hati aku.. kenapa mudah tersentuh sangat ah? ermm dah ah cepat terguris. tapi mujur aku ni bukan jenis pemarah. kalau aku terguris.. aku diam je.. senyap je.. senyap lebih baik dari balas balik. tapi kelemahan aku, orang senang tahu kalau aku not in mood. contohnya kalau aku diam, mesti kawan aku tanya 'nape mina eyh? diam je..' fuhh susah2. aku mmg senang terasa gak. walaupun aku tahu orang tu nak bergurau je, tapi aku selalu simpan mende tu. aku akan ingat. tapi lama kelamaan mende tu akan hilang gk ah dari memori aku, cuma mengambil masa yg lama. Ramai yang kata aku jenis sensitif. err sensitif erh? Yelah. barangkali betul kot aku sensitif. takpe, aku tak kisah ah. selalunya kalau aku geram, marah, aku nangis je. dgn menangis segala rasa sakit aku boleh hilang. seperti terapi untuk aku ah menangis tu. tapi kalau org suka nangis, sinonim dengan sifat Manja op? Ye ke manja? aku tak rasa aku manja pun ==' manja untuk budak2 kecik yang selalu nangis sebab nak sesuatu benda je op? kan? hahaha takpelah. manja pun, manja je lah. tak kisah.. setiap org tu ada cara dia tersendiri untuk pulihkan kekuatan dia.

Tapi skrg jiwa aku resah sangat. Mungkin ni ujian lagi. errrrrrghh sesak nafas aku nak taip benda ni. =='
aku pernah terbaca,kalau kita jatuh cinta, tak semestinya orang tu jodoh kita atau seumpama dgnnya lah kan. tapi mungkin tu ujian Allah SWT,nak tgok macamne hambaNya handle cinta yang dia bgi tu. nak tgok macammane hamba Dia uruskan cinta tu. ermm mungkin tu yang aku sedang lalu sekarang. Allah, aku jatuh cinta lagi :O erghh tobak macam lega je sekarang ==' tapi bende ni macam bodoh je bila pkir balik. cinta kali ni..erghh gila. mmg gila. T_T idk what happen to myself! bende  ni lah yang aku susah nak cerita kat kawan2 tuh. Yeahh aku jatuh cinta lagi... dekat..... errghhh apesal bangang sgt aku ni? bila aku nak berubah nih!!??
Aku jatuh cinta lagi. dekat.. Dong Ban Shin Ki ! :'( wai wait. mmg gila kan. erghhh aku rasa mcm kepala aku nak pecah. nak explode! Aku rasa mcm aku jatuh cinta kat diorg mcm aku jtuh cinta kat Superjunior dgn Beast dll dulu. aku takut. aku tknak bertmbah gila dgn bende ni. aku kalau boleh nak kurangkan sikit pengaruh besar kpop dlm hidup aku ni. Ya Allah.. bukan kat Dong Ban Shin Ki je, tapi kat SJK gak :'( tak perlu tahu ah siapa SJK.hurm..

Aku ada ah mesej kat sorang kwn aku ni.. aku kata.. ' hai C, saya suka SJK.' C balas. ' takpe ah suka.. jgn obses ngat..nati nangis lok..' erghhhhhhhhhhhhh~~~~~~~~ terkejut aku baca. memang betul dgn benda tu. dia nasihat aku dah tu wei. lepas tu aku mmg rasa bersalah. budak ni dah byak nasihat aku. dulu mmg aku marah kalau dia nasihat aku gitu, hurmm jahat kan aku. haha. tapi sekarang dah tak mrh dah , sebab bende tu untuk masa depan aku. kalau aku suka dia gane2 pun, bukan aku boleh kwin dgn dia? yg lebih teruk, dia Kafir. Say Goodbye lalu ah. tapi ni.. ermm ahhhhh ujian yang sungguh2 ujian. tapi takpe. Allah hanya akan bagi ujian yang boleh ditanggung kat hamba2Nya.. Allah Maha Mengasihani.. take it in ur mind Mina.. :)
tapi nih.. Dong Ban Shin Ki ni macam dah pengaruh aku. mereka telah mempengaruhi waktu tidur aku.. faham kan? :( so sad!

Aku tak tahu ah camne aku boleh jatuh cinta kat diorang. yelah, memang dah lama aku kenal diorang. tapi baru2 lepas pmr ni perasaan suka tu muncul sikit2, dan hasilnya skrg ah. dah jadi gile. aku harap yang ni yang terakhir.

masuk pasal Dong Ban Shin Ki ni.. singkatannya DBSK. kat korea dikenali sbg Dbsk. kat Jepun lak Tvxq. Tohoshinki. 'warna' diorang ialah Merah. ermm bagus lah ==' btw, grup ni dah berpecah sejak tahun lepas. sebab ade beberapa kes yang harus diadili. penyebab kes tu mesti ah syarikat diorang kan. pasal kes tu, xpe lah. malas nak cerita lagi,hehe. akhirnya diorang berpecah, 2 orang terus kekal sbg dbsk, 3 orang lagi tubuhkan grup lain yang bernama Jyj. aku tak kesah ah jyj ke, dbsk ke, yang penting aku anggap diorang masih Dbsk yang sama. tapi, dbsk yang dh tinggal 2 org skrg ni lebih dikenali sbg Homin. Bias aku dlm grup tu, aku x tahu ah sebab aku suka semua. memang ujian kan ==' dulu aku suka max dgn hero je kot. sekarang dah semua. haihh. semuanya sebab suara. aku tak kisah mana rupa, apa kelas kalau muka smart suara mcm bapuk? haha suara kena ah kelakian gak kan :p grup ni semua suara best. lepas tu tegap belaka (Y) aku tak suka laki kurus kering. hehehe.

Dbsk,
di sisimu aku terdiam seribu bahasa,
di hatiku bergetar sejuta rasa.

SJK,
nafasku terhenti bia melihat diri mu,
Terasa pantas degupan jantungkuuuu~~

LOl <3 wakakakaka gedik =='

K, whatever. yang penting aku hrp yang ni last. berkenaan sjk. ermm. entah lah. aku harap x kekal lama,sebab dia bukan penyanyi. yang kekal lama dgn aku biasanya penyanyi je. ggrrrrrrrrrrrrrr =='

kalau lah boleh upload gambar, mmg aku dah upload belaka. masalahnya tak boleh. takpe lah. aku pun dah nak blah. So, Assalamualaikum semua yer. :) aku tak mintak kau fhm aku pun, aku cuma nak luahkan sebab mende ni takde org pun yang akan fhm. aku memang sukar difahami. kdg2 aku sendiri tak fhm dgn diri aku. Takpe, semua ketentuan Allah belaka. Yang aku hrp, tolong doakan aku dpt 8a eh? :') Terimakasih. Bye~

Once a cassies, always be a cassies!! <3
Cassiopea! Hwaiting~ LOLZZZ babai

Friday, December 9, 2011

Happy Birthday ^^

Assalamualaikum You Alls. ehehe harini aku takde cerita best yang nak disampaikan. lololoz hari-2 aku berjalan seperti biasa sahaja,cuma yang membezakan aku rasa seakan-2 dunia ni terbalik O_o sebab, malam untuk aku berjaga,siang untuk aku tidur. Oh,aku amat risau klau tabiat pelik aku ni berlarutan lagi bila bukak sekolah nanti =='

By the way, entri kali ni pendek aje. hehe erm,korang perasan tak? aku dah lama gila tak wish birthday orang kat blog aku. hehe time tu aku malas nak hiraukan blog, hehe. So,hari ni aku nak wish kat seorang Abang Flaming Charisma aku <3 Coi Minho From SHinee! <3

Hehe Happy Birthday Oppa! Shawols will always supports You ! :)
Happy 20th Birthday ^_^

Oh tu je untuk harini. Aku blah dulu. Err Blog aku ada masalah besar. takleh Upload gambar T_T
So,tiba masa untuk aku menyepikan diri lagi. Assalamualaikum. see you next year. tu pun kalau blog ni dah okay. :'D

Wednesday, December 7, 2011

Specky? O_o

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian. aceceh. dan makan? sihat tak nih? well, aku dah beransur sihat kot, hehehe tapi petang tadi tiba-2 demam balik O_o its okay, ada hikmah lah tuu :')

Btw, hari ni, aku keluaq dengan rakan-2 aku yang dikasihi. keluaq berenam. tapi pulangnya berempat. Pagi tadi gather dekat Giant Kuala Terengganu pukul 11.30 pagi, lepas tu balik rumah pukul 6.00 petang . Maaf abah, Mina dok ingat jalan pulang tadi,haha Lol. Saja-saja je keluar dengan kawan-2 tadi, hanya sekadar melepaskan rindu dendam, aceceh :p tak ah, jumpa sebab nak bincang something ah. aku tak rindu kawan aku. kawan aku rindu aku. wakaka ^_^

erm. tadi kan, entah macammane, dan entah siapa lah dulu yang tiba2 start nak buat checkup mata. You know mata? Your eyes la weh. Saja nak check, mana tahu kan kot2 mata aku rabun ke, ape ke. Tapi sebelum check tu aku mcm hundred percent yakin aku TAK RABUN. Mata aku masih NORMAL. huhuhuh. So, lepas kawan aku check semua, aku pun turut join. hehe.and, and.. grrr resultnya. Aku rabun!! Dan, silau sekali !! O_o

Omg susah aku nak caya. huhuhuh tadi kan kiteorang jalan enam orang, keenam-enam tu dah dipastikan rabun tadi. ggrrr. dah la selama ni tidak pernah kami tahu yang kami ni rabun. wohohoh. tapi ada lah seorang tuh, dia rabun sikit je, sikit sangat. tapi still rabun kan? :p

Power aku, ermm aku tak ingat dah berapa. 75-50 kot? ermm entah. tapi kakak tu cakap aku sepatutnya buat speck ah, kalau tk, makin bertambah power. GGRRR?? i`m still tak caya. kau percaya tak? Nur Najmina Nashihin yang selama ni tak pernah ada masalah penglihatan walau sedikit pun, tiba2 diisytiharkan kena pakai cermin mata! Walao. Pelik lah weh. mentang2 dah nak masuk upper form, tiba2 kena ubah penampilan, pakai spek. konon ah, dah besar, kena ah tunjuk muka dewasa sikit. Pakai spek O_O

Oleh sebab kiteorang mmg duduk lama kat kedai spek tu, aku dgn kawan2 aku yang lain yg dah diisytiharkan kena pakai spek, terus pilih ah tadi. spek yang menawan lagi colourful tersusun di depan kami. Wahahah tinggal pilih je :p selama ni, kalau mak aku ajak teman pergi kedai spek mesti aku buat-2 muka simpati. wuu ibu rabun, tgok mina normal je, xyah pkai spek, wuuuuuuuu tapi dalam hati je lah. skrg tengok? aku pulak yang kena. tapi serius weh, penglihatan aku biasa je. normal je weh. tapi result tu kata aku rabun, siap silau lagi? O_O ermm takper. takdir Allah SWT. setiap apa yang berlaku, ada hikmahNya :)

sekarang ni masalahnya. Muka aku sesuai ke pakai spek? O_O i cant.. Imagine. wei aku tknak pakai spek T_T seriously i du want ! Huk3.. tadi kan, masa test2 spek.. takde pun aku berkenan.. takde pun sesuai ngan aku. maybe ade yg sesuai, tapi aku tkde smgt nak pakai spek T_T nanti tkleh berenang.. huk3 :'(
ni mesti sebab aku mengadap laptop lama sangat. So, aku nasehatkan kat pengadap laptop di luar sana tu, pergi la rajin2 skit check mata anda. mane tahu,anda pun rabun. Kite tak tahu kite rabun kan, baik pegi check. Aku pun tk pernah sgke aku ada rabun dan silau. huhuhu :'D takpe, ada hikmahnya!! <3

Btw, Boyfriend dah release 3rd single diaorang. tapi tu Boyfriend aku. Boyfriend kau ader? :p
i need to go. 22 December, please be nice to me. Aamiin! :')

Sunday, December 4, 2011

Wahahahaha :D

Assalamualaikum! Entri ini hanyalah sekadar sampingan di samping untuk meluahkan Ke-excited-an aku. Hehe. Lets scream together Bestfriendss! Boyfriend are back with their new 3rd digital single! xD


The End. heheh babai