Wednesday, January 23, 2013

Maulidur Rasul.

Assalamualaikum!
Have a niceeee dayy everyonee! Senyum :)
Senyum tu kan sedeqah. hehe. Amacam cuti? Best tak?

hurmm. taknak cakap bnyak. lets Go to the Point terus.

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalahnabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
( sumber daripada Encik Google )

Banyakkan berselawat pd hari ni. yes. Kita mnusia biasa. we all need the Syafaat from him. Allah dah janji, sekali kita berselawat pd Rasullullah Saw, kita akan dpt 10 Rahmat dpdNya. Kalau tak silap lah, i take it from Hafiz Hamidun's . insyaAllah!

So,di sini aku nak kongsi sedikit Gambar Rajah yg insyaAllah akan dtgkan plbgai mnfaat kpd korang smua :)






Semoga kita semua sama2 mendapat syafaat dpd nya di akhirat kelak. 
InsyaAllah! :)

Teruskan berselawat......

Need to go.
Bye2, Assalamualaikum <3





Monday, January 21, 2013

Pelangi senja

Assalamualaikum wbt.
just nak pop out sikit jer. Seriusly letih sangat2 sbb tadi ade ltihan mrentas pantai. penat sangat :'(
tapi takpe,boleh kurus sikit.insyaAllah,hahahaha
Lepas ni nak buat homework! :D

Ganbatte Mina. ManjaddaWajadda. SIAPA BERUSAHA DIA DAPAT . insyaAllah!

Cantik sangat kan? Subhanallah. Mmng cantik,dpt berlari eh salah,aku berjalan je sebenarnye,lenggang kangkung gitu :p hehe. tgk langit,biru,lawa sangat2... tgk ombak...pun lawa sangat2.. ciptaan Allah ni .. tiada cacat celanya pun :') siap ada helang lagi bertebangan kt ats langit tuh.

Sebab tu kan, kalau kita tgok pemandangan yang meluas dpn mata, eh salah, tak tunggu pemandangan luas pun. tgok je apa2 dpn mata,cuba kaitkan 'benda' tu dgn kekuasaan Allah :) sambil2 jalan kt pntai tadi ada verangan sikit2 sambil ingat2 balik lagu pelangi senja.haha. sedap jer lagu tu kan.hahaha. whatever.


Nah. baca ni. at least ade jugak manfaat korang baca blog aku. sorry deh. Blog aku ni byk sgt2 kekurangan, :'( 

K dah. Homework memanggil... <3 <3 <3


I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use
The tools and gifts we got, yeah, we got a lot at stake
And in the end, you're still my friend at least we did intend
For us to work we didn't break, we didn't burn
We had to learn how to bend without the world caving in
I had to learn what I've got, and what I'm not, and who I am  :p


Assalamualaikum. ManJaddaWajjada. ingat! SIAPA BERUSAHA DIA DAPAT SO TERUSKAN USAHA ANDA!!  SPM!!

Sunday, January 20, 2013

Hmm

Assalamualaikum wbt.

Hari ahad yang memenatkan di sekolah. hmm. Takpelah. penat sikit jer. insyaAllah hasilnya manis sampai bila bila :') Aamiin!

Tiba tiba terbit rasa nak berkongsi sedikit pengalaman saya kat sini. Eceh. tetiba je dapat impulse dari otak suruh tulis blog hari ni. Sekarang pkul 5.00 ptg. Balik dri sekolah around pkul 3.45 ptg,lepas tu pergi rumah nenek jap,makan tengah hari. dalam kul 4 lebih jugak lah balik rumah sendiri.

Penat. Yes, penat sangat. nak buat homework tapi otak kata dia nk rehat dulu. Jadi sekarang aku di sini,menaip sesuatu utk dikongsi setelah dpt arahan dpd otak kanan.

Hurm.
Macam ni.

Pernah tak korang? Meet some guys yang berjubah,berkopiah,lepas tu ada janggut sikit2 ke?
pernah tak? apa pendapat korang bila lihat laki laki gaya cenggitu? hermm pastu tambah2 diorg pakai spek. Korang rasa acane tu?

Actually dah jdi lumrah bgi aku dan sahabat aku yang sorang ni (nama dirahsiakan). Bila terserempak laki laki macam tuh, mesti dalam hati ni terbit sikit rasa mcm 'aduh....segan nak tgok die, nampak mcm suci gila'
Yes. bila jumpa laki laki sebegitu, serius rasa mcm tak lyak terus nak tgok diorang. Entah kenapa.

Memang betul. untuk judge manusia, kita x boleh tgok dari luaran. Thats right. Siapa kita nak terus hukum manusia sedangkan hati manusia, Allah saja yang tahu kan? Aku pun setuju . Aku rasa,amatlah tidak patut cntohnya bila kita anggap,hanya lelaki berkopiah sahaja solat cukup lima waktu. No!
Siapa kita nak judge manusia? tidakkah ini namanya kejam? menghukum sebelum mnyiasat. Ingat. Hati manusia Allah sahaja yg tahu ! :)

Okay back to the topic.
Pernah seketika aku terfikir. 'acane eyh nak dapat laki macam tu?'
Aku fikir balik tentang diri aku. Dalaman,luaran aku. Aku kaji semula. No no. Tak layak langsung.
Ketawa pun tak reti nak cover . Sembang dgn kawan2,anggap macam berbisik tapi hakikatnya satu kelas dngar. Suara aku memang jd kuat bila excited. Bertepuk tampar kawan. Kawan jadi mangsa. Layakkah aku ni? Ahh pedihhhh.........

Aku pernah terbaca.
Jika mahu mendapatkan yang soleh,kurangkan agenda mencari si soleh. tapi cuba utk jadi yg solehah dulu. terbatukkkkkkkk uhukkkkkk. Sapelah aku ni. Tapi ingat. Niat sebab Allah!

Cakap pasal laki laki tadi.
sebenarnya, aku bercakap ni bukan dari persepsi aku sorang,tapi aku rasa kbyakkan orang pun macam aku. Bila kita tgok lelaki macam tu, automatik dlm diri kita rasa mcm waaa diorang mesti baik kan.
yes. dari penampilan diorang tu la.

pernah jugak berlaku situasi macam ni.

Senah A : Mina ,tadi aku nampak sorang laki ni, pkai jubah, paras die biase2 saje tp bila tgok dia, hati aku rasa mcm tenang jer...

Senah B: Mina,laki tuh saya rsa mgkin baya umur kita, dhla handsome pastu mcm ustaz je.........


Hmm.
Perempuan.
Perempuan dan lelaki.
Allah dh ciptakan berpasan pasangan.
Dari surah An Nur, Allah dah berfirman (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik

Jadi kalau nak yang baik,cuba utk,jdi baik.
Jaga hbgn dgn Allah, dan juga dgn manusia.
letakkan niat kerana Allah SWT semata mata. jagn sebab manusia kita brubah. Jangan! itu semua tidak akan kekal melainkan hanya kerana Allah sahaja. Masih belum terlambat untuk ubah niat kita tu :)

Post yang ala2 nak kahwin dah. Berminat nak kahwin awal ke? eh mane ade :p
kejar cita2 dulu, hahha tapi kan,kahwin awal kan sunnah Rasulullah. tak salah kan? :p hahaha.

There`s a boy yg sama form dgn aku,sama tuisyen,haha,lagi same ape lg erk. herm rumah pun lebih kurg 1 area jugaklah, Cinaringgg tuh haaaaa :p Daripada main2 je boleh jd serius pulak aku ni. cehhh. jaga HATI Mina! Suka sikit2 tu takpelah.. jangn sampai tak fokus study sudah lah. =='

Mata dah rasa mcm nak pejam.
tgn dh penat.
otak pun dh penat cari idea.
Maaf atas isi yang kurg bernas. :'(

Bye2,
Asslamualaikum :p

i love you all for the sake of Allah Swt <3






Thursday, January 17, 2013

Busy

Assalamualaikum wbt.
Salam Jumaat :)

Hm. Kelas tuisyen tamat jam 10.45 pagi tadi. lepas tu pergi Pustaka Seri Intan sebab nak beli buku latihan addmath pastyear. Tapi dah habis. kecewa. frust. Tak dapat beli buku pergi beli pen. Lepas tu pergi tuisyen my sister,tungu dia habis kelas dalam setengah jam lagi. . Belek balik latihan chemy bab Rate of reaction sementara tunggu my sister. Bosan.

Lepas tu balik rumah. kemas rak buku yang dh mcm sarang tikus. letih. bosan lagi. belek modul Biologi yg sepupu bagi. hmm. rase mcm nak lemas. esok kene gi skolah, practice drama utk competition this 30 January. Malam ni tuisyen Biology. Aahhh!! the point is my life now is sooooooooooooooo BUSYY and stressful!! :'(

Kbye, Assalamualaikum.

Friday, January 11, 2013

Dream

Assalamualaikum wbt.
Salam Jumaat semua :)
apa khabar Iman anda? Masih seperti sediakala atau adakah sudah semakin meningkat? Atau barangkali sudah semakin menurun?
Usah risau. Usah rasa kecewa kerana iman manusia biasa itu memang ada turun dan naik.
Tetapi. itu adalah tanggungjawab kita utk memastikan Iman kita semakin naik dan jgn sesekali putus asa apabila merasakan iman kita semakin mundur. Jangan! Bangkitlah semula. cari semula Hati kamu yg mungkin hilang itu. kaji semula,muhasabah diri mengapakah iman kita semakin menurun.

Allahu.
hari ini. 110113. Aku merasakan seperti..langit yang muram ini seakan akan mengerti perasaan aku ini.. Allah..kecewa rasanya pabila mula sedar kekhilafan diri ini.
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
sebelum aku terus melencong terlbih jauh,akhirnya Allah Swt telah 'menghantar sesuatu' buatku..
Allah..
Semoga wajahku ini sentiasa di pandang dengan Kasih sayangMu..


Berharap pada sesuatu yang belum pasti.
ini bukan cinta sesama manusia. tetapi ini adalah luahan seorang manusia tentang perasaanya yang berkecamuk.
Sememangnya semua orang pun berharap utk mendapat kejayaan dunia dan akhirat.
Allah. Bantu lah aku utk mencapai kejayaan itu. walaupun payah ,bantulah aku utk terus mencari kekuatan dan kesabaran.

Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. mungkin 7 bulan lagi :'(
persediaan masih belum cukup! utk berfikir tentangnya sahaja sudah membuatkan hati ini begitu sesak berfikir mengenainya.

Berusaha dan berdoa lah.
Berusaha dan berdoa lah.
Berusaha dan berdoa lah.
dan setelah berusaha, bertawaqqal lah engkau.

Study kerana Allah......
betulkan niat.
Niat yang berlandaskan Allah swt semata mata.
Aku ingin berjaya dunia dan akhirat.. insyaAllah.



aku bukan lah gadis yang baik baik. hanya lah gadis yang masih mencari erti solehah dan ingin menjadi baik .

Sehingga bertemu kembali.
Jaga hati, Jaga Mata, Jaga Iman!


Monday, October 1, 2012

Step by step

Assalamualaikum.

Nak jadi muslimah itu susah.
Nak jadi mujahidah itu Super Susah.
Nak istiqamah lagi lah susah.
Namun,takkan ku gentar. Takkan ku rebah. insyaAllah.
Kerana ku tahu,
Akhirnya itu Menang Atau Jannah :)

Semuanya KeranaMu Ya Allah..
Semoga hamba ikhlas..
Hanya untukmu Ya Allah..
Ya Allah.. Engkau lah yang membolak balikkan hati ini...
Semoga hati ini teru di landasan yang sebenar benarnya Ya Allah..
Aamiin................:')

(gambar hiasan)

Doakan aku ya,supaya boleh jd mcm ni suatu hari nanti. insyaAllah.
Bersihkan hati,jaga hati,jaga iman~! 



Saturday, September 29, 2012

Tra lala~

Assalamualaikum WBT. Selamat Malam. Sanah Helwah to myself. Alhamdulillah,dah masuk 16 tahun 2 hari dah aku sekarang. Usia tak melambangkan kematangan seseorang tu kan? Atas diri masing masing lah. Bagi aku,aku tetap macam dulu. Tidak Mature. haha.

Ramadhan dah habis.
Syawal pun dah habis. :'(

Dah lama aku tak update blog. sampai dah terlupa cara cara nak menaip. idea dah kosong. haha.
tapi takpe, aku nak cerita sikit jer dalam entri ni. Alhamdulillah, 2012 ni merupakan tahun yang sangat mencabar bagi aku. Bermulanya episod fasa kematangan diri berlangsung dalam hidup aku,dalam keadaan sedar dan tidak sedar. Tahun ni jugak aku banyak sangat belajar benda baru.

Belajar untuk meletakkan ALLAH SWT sebagai SATU SATUNYA SANDARAN utama ku, belajar untuk tidak berharap pada manusia,belajar berkasih sayang,dan yang paling penting,belajar mendalami ilmu Agama. Ya,manusia kan bermula dengan sifat kejahilan. Ohh ada lagi,belajar untuk menyukai Chemistry :')
Belajar berkawan,belajar untuk menjadi anak,kakak,cucu yang lebih baik,belajar utk menjadi rakan yang baik,dan macam macam lagi lah..

Memang dalam tempoh 'proses pembelajaran' itu,banyak sangat air mata aku keluar. Hati perempuan kan rapuh :') Walaupun perit,aku cuba mencari "kunci" kekuatan itu,dan Alhamdulillah,aku berjaya jumpa. Allah lah kunci kebahagiaan aku sekarang. aku dah semakin pulih,dah semakin bangkit,aku yakin, semua ujian itu adalan kerana Allah rindu pada aku.. MasyaAllah .. :')

Something yang pahit pada awalnya itu,akan jadi manis jik kepahitan itu lebih mendekatkan kamu kepada Allah... Allahukabar!!

Okay.. itu sahaja kut untuk entri ini.. Ohh btw.. aku berniat..selepas ini aku nak berhijrah..untuk memakai jilbab labuh.. doakan aku okey? Aku hanyalah insan kerdil..yang lemah.. aku harap korang boleh doakan aku okay? Terimakasih.. semoga Allah memberkati hidup anda semua. Aamiin ~

#final exam lagi seminggu lebih. Doakan aku sukses! :D