Monday, July 23, 2012

Untunglahhh :'D

Assalamualaikum wbt.. Selamat berbuka puasa ya korang. hehe aku nak cakap sikit jee ni,pasal Video ni jelah. Seriously mula2 tengok tu aku macam tak percaya ! Biar betuuul kecik cinonet lagi ,tapi dah kahwin. Si pengantin lelaki tu pulak sebaya dengan aku. Haishh,bertuahla korang kan.hahaha :'P

Apa apa pun,kahwin di usia muda ni sangatlah bagus. Syaitan pun menangis.


Friday, July 20, 2012

Dia Dah Datang :')

Assalamualaikum Wbt. Pada saat aku sedang menaip untuk hari ini,azam Magrib baru sahaja berkumandang. Alhamdulillah, RAMADHAN telah pun membuka tirainya. Ya Allah Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menikmati Ramadhan pertama ini. Semoga hari esok dan seterusnya masih ada buat ku. insyaAllah.

Pada bulan ini,syaitan syaitan pun dibelenggu, yang tinggal hanyalah nafsu dalam diri. Kita yang mengawal nafsu itu,jadi ,cubalah kawal dengan hati,dengan akal yang diberiNya. Bukn berdasarkan keiinginan dan perasaan semata mata. Pada bulan yang mulia ini,marilah kita sama sama menjadi salah seorang hambaNya yang sentiasa berlumba lumba untuk menuju padaNya dan berluma lumba untuk syurgaNya. InsyaAllah :')

Bulan ni,kene limitkan tau benda benda yang tak berfaedah. Dan lebihkan benda yang berfaedah. Contohnya mengaji, berzikir, mendalami ilmu agama , dan lain lain lagi. Dan kalau boleh tu,usahalah supaya tak miss Terawih sehari pun. hehe. Aku bukannya orang yang baik,tapi aku nak jadi lebih baik. insyaAllah!


New moon..hahaha

Jom kita sama sama jadi baik! Allah kan Maha Pengampun.. :D
Sehingga bertemu kembali, niat puasa jangan lupa tahuuuu. Ohh,esok klau sahur lewat lewatkannya ya. Sunat tu. 

p/s: tadi tgok Movie Ketika Cinta bertasbih dengan Naskhah cinta Rasulullah. Memang banyaklah air mata aku menitis :') sangat best! haha Salam Alaykum!

Thursday, July 19, 2012

[Film] Naskhah Cinta Rasulullah - IPG's First Box Office Film



A very good movie for Us. For Teenagers. Sungguh movie ni sangat bagus untuk kita semua. :')  Words can't describe how I feel when I watched this film. Terima kasih sbb buat filem mcm ni. May Allah bless all of you always. Aamiin. 

Mina ...............

Assalamualaikum. Selamat malam korang :)

Tengah tengah malam ni, angin malam dah datang serbu aku dah. Tahu apa maksudnya? Hahaha. Angin malam bermaksud di mana sikap anda yang agak 'gatal' datang menyerpa. Ooppsss, bukan 'gatal' sangat ok. Gatal sikit sikit je. Hahaha actually takde menda sangat pun. Tadi duk terjah blog blog orang,tetiba terbaca la satu page akak ni, umur dia 19,tapi dia macam tak sabar sangat nak berkahwin. hahaha banyak jugaklah entri dalam blog dia pasal nikah kawen ni. Aku apa lagi, mestilah jadii excited nak baca kan :P

Kalau boleh nak kawen sekarang jugak hahhhh. Umur dah nak masuk 16 dah ni hah. Dah besar dah pun. Hahaha seee? Angin malam aku tuuu. Nak jugak bermanja dengan suami sendiri kan :') Kite taknak bermanje dengan boyfren, lagipun kite takde boyfren. Kalau manje2 dengan boyfren dapat Dosa, kalau manje2 dengan suami dapat pahala kan. Heeeee stopppp mina. Spm pun tak lepas -_-

Pengantin ni umur berapa la agaknye -_-
Hermmm muda nya diorang kan,untunglah...
Sweet pulak tuuuuu

Yes! SO TRUE.

Alahai cik Mina...muda muda dah fikir kawen dah..hahaha ape la nak jadi ko ni 10 tahu akan datang ye.. entah entah dah beranak 6 time tuuu. hahaha okey je pon :P

Sebelum aku merapu dengan lebih parah,lebih baik aku pergi masuk tidoq dulu. Bantal busuk aku tu dah terbayang bayang di ruang mata. Hehehe Salam Alaykum. Entri kalini memain sahaja ya! Aku nk study,capai cita2 dulu la..tapi kalau dah ditakrdirkan aku nikah awal ke, manatahu kan? hahahah Only Allah knows. Hehehe hahahaha just pray for the best! Allahuakbar! 

K,masuk tidoq dulu..baca kursi,doa tido dan bermimpi lah kamu sehingga subuh...jangan terbabas subuh sudah ya!! Assalamualaikum wbt <3



Ramadhan.

Assalamualaikum. Good Evening semua :)
Pengakhiran petang yang agak indah pabila langit pun menandakan hujan bakal tiba,,,
Alhamdulillah, masih hidup pada harini. Ya, Allah masih beri aku peluang untuk hidup,peluang untuk terus mencari cari pahala kebaikan sebagai modal untuk akhirat kelak. Err. Ayat dramatis aku bagi ni hahhh. Hehehe

Hari demi hari,sejak bulan lepas lagi,korang mesti duk hitung tarikh nak start puasa kan? Hehe same goes to me :) Malam ni dah tengok anak bulan dah, kalau ada anak bulan,insyaAllah sabtu ni kite semua sebagai umat Islam,akan start berpuasa. Honestly tahun ni aku rasa paling beestttt dan tak sabar sekali nak sambut Ramadhan. Sebab ape erk? Haha mungkin sebab aku dah semakin dewasa, dah semakin rasa bertanggungjawab,dah semakin rasa aku ni dah besar sangat dah,dah boleh kawen dah pon,jadi aku mestilah kena ada cita cita untuk jadi salah seorang dari hamba Allah yang 'solehah' kan? Hehe insyaAllah.. Bulan ramadhan ni lah pintu syurga akan dibuka seluas luasnya,peluang untuk beribadah nii mestilah kene kejar tau! Kalau terlepas,rugi korang nanti. Ramadhan, i'll wait for you :')





jom tukar, tanda anda pelajar Universiti Ramadhan ^^ medan latihan buat kita utk menjadi lebih baik :’)

Sehingga bertemu lagi yaaa! Salam Alaykum :D

Monday, July 16, 2012

Sometimes,silent is the best action

Assalamualaikum dan Good Evening to youuuuuuuuuuu :P
How are you? I`m not really fine here. kadang2 okay,kadang2 tak okay. Because of what? Because of YOU lah! Hah. Gurau je. Aku sihat walafiat je, Alhamdulillah aku masih hidup pada harini.

Harini aku nak cakap pasal benda yang agak sensitif ni sikit.
about..
HOW TO HANDLE HATERS!!!?? Atau untuk mudah difahami untuk mengawal orang2 yang benci/tak suka/kuat kutuk kita lah...hah....sensitif tak? 


Actually SETAHU aku lah,rata rata orang yang suka kutuk kita ni, tak berani nak kutuk kita depan depan. Diorang semua ni kutuk dari belakang jerkk, sebab diorang takut kita kan? Tapi kan kan kenapa ko tak kutuk depan depan terus je kalau ko nak kutuk sangat kan? Kenapa mesti ko cite kat orang lain? Kenape!? Ko pengecut eyhhh... ( cakap kt diri sendiri je ni)

Hahaha aku saja je nih nak cakap pasal benda ni. sebab sejak kebelakangan ni aku dah jumpa beberapa orang yang mempunyai talam yang banyak di atas mukanya. Haha kasihan kan sape yang ada kawan cenggitu. Hishh. Sebagai orang islam, kita sepatutnya TAK BOLEH CAKAP KESALAHAN ORANG DEKAT ORANG LAIN! Ibnu Abbas ada menyebutnya di dalam hadis. Mungkin sama lah kot hukum nya dengan menyebarkan aib orang. Betul ke? hermm aku pon musykil, kalau buat hukum sendiri nanti berdosa pulak kan. tapi memang betul ada dalam hadis ni .



Hadith - Bukhari's Book of Manners #329
... Ibn 'Abbas said, "If you wish to mention the faults of your friend, mention your own faults first."


Ya Allah Ya Allah.. walaupun kita dah tahu benda ni,kita tetap buat kan? kan? Kenapa manusia macam ni ya? Selalu lupa.. Astaghfirullah hal azim.. Semoga kita dapat berubah menjadi lebih baik dari semasa ke semasa..insyaAllah..

So here! Back to the topic! Kepada yang berpengalaman mempunyai haters, atau berpengalaman kena kutuk, You all just buat donno je lah. Bersabar. Jangan lawan dan jangan kutuk diorang balik. Bersabar. yes, be patient and just pray to Allah supaya terus diberi kekuatan supaya dapat bersabar. Korang pikir la,kalau kita bersabar, Kita dapat PAHALA dan yang kutuk kita tu dapat apa? Mestila dapat dosa kan? So terang tang tang lah,kita bersabar jelah yer..biarla diorang nak kutuk ape pon, kita diam jelah. :')

“Don’t get upset with people or situation. Both are powerless without your reaction.”




Alhamdulillah for my eyes, Alhamdulillah for my hands, Alhamdulillah for my mouth, Alhamdulillah for my heart. If Allah didn’t love us, why is He still keeping us alive? If Allah didn’t like us, why is He giving us sustenance to every minute that we are alive. If Allah didn’t love us, why are we here today?


Ingat,Allah SWT sentiasa ada dengan kita,. terlalu dekat,terlalu hampir, Dia ada di sini. di hati kita. jantung kita berdegup keranaNya. Allahuakbar. Jangan duk pikir sangat pasal manusia kat sekeliling kita . biarlah. biarkan mereka sahaja. Setiap kali berasa sedih,kecewa, ingatlah, KITA ADA ALLAH yang takkan pernah tinggal kita,melainkan kita yang tinggal Dia. Allahuakbar. 



Entri yang agak emotional..hahaha :'D i`m just trying to motivate myself and of course untuk korang jugak. Akhir kata, Salam Alaykum. semoga bertemu kembali di lain harriiiii~~



Monday, July 9, 2012

Minaa Potter since Fourteen.

Assalamualaikum to all readers! Its 12.00 am, and dah masuk 10.7.2012 dah. Currently sakit perut sikit sebab baru lepas telan mi hun sup yang pedas lagi banyak. Ni semua silap abah sebab bungkus banyak sangat untuk aku. Tengok tuu! tetap nak salahkan orang lain walaupun diri sendiri yang salah sebab tamak nak makan banyak banyak -_-

Ohh sebelum tu, Happy Birthday to my beloved oppa from Super Junior. Tak lain dan tak bukan, tentulah Kim Heechul!!! Happy 29th birthday :') Miss you oppa,long time no see sejak you masuk miliatary tahun lepas. sobsobsob untunglah aku masih sayang lagi Heechul aku :')

Pagi esok parents aku bertolak ke Kl, sebab ibu aku ada konvokesyen kat Putrajaya this Wednesday. Alhamdulillah setelah 4 tahun ibu aku habis habisan belejar, akhirnya tamat jugak. Congrates to my mum. You alls sila tepuk tangan!! Hehe. Ikut plan asal memang aku nak ikot, tapi bila fikir semula, aku rasa macam rugi pulak kalau tinggal sekolah. yelah,3 hari kot skip sekolah. Siapa nak tolong kalau aku terlepas tajuk baru addmath ke, chemy ke, siapa nak tolong bertanggungjawab!? Tuisyen? ohhh bagi aku cikgu tuisyen dengan sekolah lain lah. masing2 ada kelebihan dan kekurangannya. Jadi aku ubah plan,aku tak jadik ikot ibu aku. Sorry. hermmm.

Lepas solat magrib tadi family aku keluar, pergi makan makan and then pergi jalan2 kat Giant kot, cari barang sikit. aku memang nak ikot, tapi nasib aku malang,aku kena tinggal sebab lambat sangat bersiap. hermm its okay lah. So, aku decided untk sambung buat nota pai. Dahla duk sorang2, cuak jugak tadi. tiba2 terpandang Cd Harry Potter And The Goblet Of Fire kat atas rak buku. and jeng jeng *angkat kening*. ,Guess what? hahaha. Kepala duk ligat berfikir. Dah lama gak ni aku tinggal terus HP. Apa kata kalau ulang tayang balik? kih3.

And finally aku berjaya habiskan cd tu malam ni!! Tepuk tangan semua! Hahahaha. Kalau dah memang gila tu,tetap gila jugak lah. Feeling habisan aku tadi sampai meleleh air mata I you alls! hahahaha rindu sangat sangat :') Teringat zaman form2 dulu, duk struggle nak habiskan ketujuh tujuh buah novel Harry Potter tu. Hahahaha lepas tuu kalau kawan yang minat jugak Hp ni nak pinjam cd,taknak kasi laa sebab jealous :P 'mana boleh rampas hak orang!' dulu2 la.hahahah. sekarang mature dah sikit,heheheheh malu i you alls. And honestly speaking memang takde Novel/Movie punya yang dapat lawan Harry Potter ni. Harry Potter memang THE BEST lah! Kepala J.K Rowling memang banyak channel la kot. Hehehe

Okay i adore you very much much much much Mr Daniel Raddclife AKA Harry Potter! :')

The world can be a crazy place at times. We all need things to talk about, think about and most important of all – laugh about. That’s what we do.


Okay itu sahaja untuk malam ini. Sehingga bertemu kembali, Salam alaykum and Good night!
*mintak2 la dapat mimpi jadi bini Harry ke. Muahahaha link blog pon ada Potter tuuuwwww