Friday, December 2, 2011

Hello ^^

Assalamualaikum. Seperti yang dijanjikan, yeahh aku akan cerita lah serba sedikit mengenai diri aku sepanjang hari2 aku menyepikan diri, hee. Cuti dah nak masuk 3 minggu. sepanjang cuti nih, memang macam2 jugak lah kot yang terjadi kat diri aku. Kita mula dengan kisah aku sewaktu mula-2 cuti ekh? hehehe xD

1. Fall In Love.

Actually aku tak suka cerita hal peribadi aku kat sini. Tapi its sokayy lah. aku dh anggap Blog aku mcm diari aku, tapi AWAS. bukan semua aku cerita okay? hanya berkias-2 je lah. kih3 :p
So, mula2 cuti aku ermm ada lah jatuh suka kat seorang makhluk Allah ni. hahaha :') actually bukan mula-2 cuti pun, tapi sejak hari last Pmr, i guess. Masa hari nak hntar buku teks haritu aku bukan main, lalu depan kelas dia semata2 nak tgok dia. padahal selama ni tak pernah2 aku lalu. dan tak teringin lgsung aku nak lalu, hehehe. Tapi dia takde pun ==' its okay lah, aku bukan nak sangat pun tgk. Konon lah. Okay dah. tu je boleh cakap =='

2. Ermm aku nak diet

Dulu2 sebelum Pmr selalu bincang dengan kawan plan lepas Pmr. kata nak diet lah, jogging hari-2 lah, lepas tu taknak makan nasik seminggu lah. err macam2. last2, cuti ni nafsu makan aku semakin meledak. tadi aku makan mee 4 kali tambah. Mengapakah? kata nak body Slim mcm Sandara park 2ne1, lepas tu S line mcm Soo Young. tapi skrg aku rasa, aku otw nak jadi macam Shin Bongsun. ==' kuang3. takpelah. walau camne pun, skrg aku betul2 nak usaha. at least jgn la makin naik. mati lah aku semua jeans ketat =='

3. Baca Novel.

I`m on my way nak habiskan Novel Eclipse hasil nukilan Stephenie Meyer. ermm sedap2. Kat kawan aku yang pinjamkan kat aku tuh, maybe saya pulang lewat sikit sebab busy sikit skrg, heheh aku harap dia baca blog aku ni, lol ^^

4. Thailand? Sawadikarp u, Ba !

Haritu kawan baik aku seorang ni ada bertanya kat aku. 'Mina, minat cite thailand tak?' aku jawab. 'Minat ah beb. dulu2 selalu tgok dengan mak dan nenek sesama kat tv3' dia kata kat aku, ' dah nak tgok tak sekarang?' ( i guess lah, aku pun tk berapa ingat) aku jawab lagi ' ermm cite mende. dok tahu doh leni' dia pu n bagi aku bermacam2 link cite Thailand. ada lah bbrp yang aku berkenan, tapi cerita lama2, so aku mcm malas kot nak tgok. lepas tu aku giliran aku pulaks bagi dia link mcm2 cerita thai yg pernah jadi feveret aku dulu. kih3. beberapa hari kemudia, dtg lah sepupu aku yang amat aku sayangi kat umah aku. dia bukak 8tv, dan sedang menonton satu cerita yang aku snga cerita thailand. so, dari jauh aku jerit 'eh!? cite thailand ke!!??' dan terus berlari-2 anak ke arah tv. sepupu aku tuh gelak2. dia ckp. bukan lah. cerita cina. 

Aku pun. ohh. lepas tu blah. dia tanya aku ' Mina suka cerita thai keww?' aku jwb ah 'suka lah' dia pun kata, pernah tgok tak cerita (tajuk dirahsiakan, so kita guna cerita A lah yer :p ) . okay sambung. 'mina pernah tgk tak cite A?' aku pun tba2 separuh menjerit. ' eh cite A !! macam pernah ku seacrh dulu2, sebelum pmr lagi' . aku pun terus seacrh balik. Mak aihh. memang aku dh psg niat pun nak tgok cite tuh dari dulu, cuma aku tak ingat! mujur lah sepupu aku ingatkan..siap dgn hero dia lgi aku dah kenal, hasil aku seacrh dari dulu.. he3..

Lepas tu aku pun tengok lah trailer dia.. fuh.. tgok trailer pun mcm dah giler aku jadik.. cerita tntang remaja.. remaja punya first Love ah konon. aku yang mmg tgh in Love lagi lah suke kan ^_^ hehehe. dah lah hero handsome gila.. aku rasa hero ni lagi layak jadi edward cullen, daripada Si Robbert Pattinson tuh. hahahaha. cerita nih tentang seorang gadis hodoh gile, yang jatuh cinta kat senior dia yang handsome gila. hahaha best best xD 

see? dont ask me more. I cant Answer. i`m just So In Love :p


 So, lepas aku tgok trailer semua perasaan aku semakin menggila. wtf guy ni handsome sangat?! yeah, ciptaan Allah. lepas tu aku search dia kat tumblr semua, dan aku tergelak sengsorang bila aku tgok satu gmbar ni, captionnya berbunyi ' Indahnya ciptaan Allah ni..' hahaha pertama aku gelak sebab, fikiran penulis caption tu secara kebetulannya sama dgn aku dan nombor 2, baau first time jumpa caption kat tumblr yang tertulis dalam bahasa melayu! wakakakak xD 

Okay, lepas tu aku terus tgok cerita dia secara ONLINE. baru FIRST TIME dalam seumur hidup aku , aku berjaya habiskan satu movie dgn menonton secara online. selama ni langsung tak pernah sebab aku ni jenis paling paling malas nak tunggu loading untuk tgok movie. Kalau MV-2 korea takpe. hehehe. Oleh sebab aku tgh mood liar nak tgok sgt, aku sanggup tunggu :')

btw, waktu aku tgok trailer tuh, aku dah siap mesej segala kaf bestfren aku yang pernah tanya aku pasal suka tak cerita thailand tuh. hi3 dia pun dah terkena tempias . kiranya, dia dah jadi 'madu' aku lah ==' 
sejak haritu, aku dh berjaya tonton 5 ke 4 cerita ntah yang Guy ni berlakon. tu tak campur lagi movie lain. btw, aku dh kenall and minaaat ramaaai sangat org thailand sekarang,tapi dlm entri ni aku cerita pasl guy ni je lah yer, cause dia org first <3 wahahahaha.

5. Aku masih Kpop fan ke? =='

Uhuhuhu. title yang agat rumit lah . hehehe. Sejak aku semakin menjadi-2 dengan thailand nih aku macam tak berapa hirau sikit kot kpop. Yelah,lama jugak ah aku tak usha twitter kekasih2 aku kat korea tuh, lepas tu aku dah tak brp ambil kisah mana ah. Sebelum ni PANTANG aku tgok ada gambar baru diorang kat twitter ke,mana2 sidang akhbar ke, aktiviti apa2 je ah , terus aku save, blutuh dlm fon siap. hehehe tapi sejak aku suka thai, terus tak Hirau. Like pun tak. ototo Malu saya >_< tapi kan awak.. wakakaka. aku ingat darah korea aku, eh mksud aku Virus korea aku sudah takde.. rupanya,masih bersisa. ermm 28 nov baru nih, ada Mnet Asian Music Awards,live in Singapore. aku dah tahu lama dah. siap Vote lagi,sebulan sebelum tu. So, untuk menonton MAMA tuh, ada 2 cara. first, kalau nak tgok LIVE, kena tgk online ah. dekat Mnet acc. I mean, Mnet punya Youtube ah. free je pun, tak perlu dftar. tapi agak rumit ah, nama pun live kan, mesti ah lmbat sikit, main guna satelit kot. dah la aku ni jenis malas nak tggu. ape kejadah aku nak tggu lama2 mcm org gile kan?

Cara kedua, senang gila. ada ditayangkan kat 8tv, pukul 9.30 malam smpai 1.30 pagi. so easy lorh. kau bukak je tv malam tu. cuma lambat sikit ah habis. so what? aku mmg tidur lambat sokmo pun. HAHAHA err. jadi aku pun terus pilih cara kedua. So easy lorh. aku taknak tgok live, malas nak loading. Keesokan hari tu, mksd aku hari MAMA tu berlangsung ah, dalam pukul 4 petang, aku online. bukak2 Home, berderet dari ats smpai bawah official2 page duk promote MAMA tu. rupan2nya dah start wehh. sedang berlangsung secara live dari singapore. cuma aku kena tekan button nak tgok je. xD tiba2 aku jadi gelabah. wakakak. terus aku bukak, n then huhhhhuhhuhu mmg sedang berlangsung. masa tu, kat karpet merah. artis2 sume tgh berjalan dan sedang dinterviu. hehehe tba2 aku jadi excited. aku dah kembali 'menggila'.

Nampaknya virus kpop memang msih ada dalam diri aku. lepas tu beast pulak ats karpet merah. ok, kita pause kat sini. aku malas nak cerita reaksi aku xD sedar tak sedar,nmpknye aku kalah jugak. aku dah lupa aku ni jenis malas loading, tpi tiba2 aku jadi rajin gile nak tgu. wahaha tapi dalam 6.30 petang tu aku berhenti dulu, sebab aku puasa, so nak pergi break the fast dulu lah. dlm dekat2 pukul 8 malam aku sambung lagi. mse tu ah aku jadi lagi wild. masa tu kan dah ada award kan. omg.. Beast menang the best male dancer. 2ne1 the best vocal, miss A the best female dancer. time tu , song of the year , artist of the year, dengan Album of the year belum tahu lagi. 3 tu ah yang pnting kan. dan aku harap sgt ketige2 tu Suju,beast dan snsd boleh pegang. Aku harap song of the year Fiction!! siap updte status lagi. harap sangat ==' tapi nampaknya bukan. it goes to 2ne1= NEGA CHIN CHALAGA (i`m the best) okay, aku tak kecewa mana ah,sebab lagu tu mmg gempak. tapi kesian kat beast, takkan mng yg dance je kot T_T

lepas tu, the best male group, of course ah super junior, dan best female, snsd. hehehe aku suka (Y)
Artist of the year, SNSD. sekali lagi aku kecewa. bukan aku tak suka snsd, i`m a sone okayy. tapi aku harap suju ah menang yang tu,sebab,,yelah.. tahun depan lee teuk dan yesung dah takde. jadi aku harap ah diorg boleh happy2 dulu skrg. just give them A Chance, please T_T Album of the year, MR Simple!! Yeahh!! keh3 xD . mlm tu mmg berlambak stts aku buat . tapi ade org marah kat aku. huhh :'(
nvm..

Btw, last2 aku tgok dua2 . live pun aku tgok, kat tv pun aku tgok. masa tgok kat tv tuh, hehehe aku pun tak sangka reaksi aku seteruk tu. adik dgn sepupu aku cakap,mcm nak sakit jantung tgok aku malam tu. he3 :p
dan skrg aku sedar, aku rindu sgt Kpop. aku rindu gile suju , beast, snsd, semua. sebab tu sejak semalam semalam aku dah aktf balik. wakakak. btw, smlm aku mimpi Beast. again, Yoseob in My Dream :')

nak aku cerita skrg ke? hahaha entri ni dah pnjg gila. kita smbung next time lah yer. Assalamualaikum! <3

i`m the b2ty of the b2st. hehehe :'P

I just miss this moment. Mse form 2. cara edit pun belum matured. hikhik :'>
sekejap je, dah nak masuk form 4.

Okay, Bye 








I am Back!

Hee Assalamualaikum semuaa xD nice to meet you alls again. So, memang lama ah tinggal blog. Sebulan lebih kot. Lebih lama dari time nak Pmr dulu. Hehehe. Kenapa tinggal lama? Sebab aku malas nak update lah! xD
Padahal hari-hari kot online Facebook berjam-2. Hehe tapi aku malas nak post cerita terbaru kat blog. Actually dah banyak dah pun yang masuk draft. Wakakaka :p

Jadi harini tiba-2 jadi rajin balik nak updte. Sebabnya dh ramai yang tanya kenapa lama tak updte ==' oh diorang rindu aku lah tu. takpelah, kali ni aku updte, so baca ah! Dijamin panjang berjela-jela kot xD
Mula-2 kita masuk topik Pmr dahulu. Harini 2 Disemeber. Omg, cepatnya masa berlalu.. 20 hari lagi result nak keluaq ! 22 Disember, please be nice to me ! Ya Allah semoga hamba dan rakan-2 dapat 8A ! Aamiin :')

aku harap, semua yang ada ni 8A ! Aamiin! *actually tak cukup semua nih geng2 aku. ada lagi tau.

Amekkaw. sbgai balasan lama tk updte. aku nak post berlambak gituww gmbar. WAKAKA xD

Chubby Cheek O_o

 Aku syg mu, fatima <3

Okay, last Picture, not last memory :'>


In conclusion, aku sayang semuaaaa kawan aku. tak kiralah siapa pun,asalkan dia kawan aku, dan aku pun anggap dia sebagai kawan. Aku harap sangat, pada tarikh 22 Disember tuh, aku dgn kawan2 aku happy, kalau menangis pun, sebab rasa Syukur! Aamiin! :') (aku mmg mudh nangis. mustahil aku tak nangis time ambk result nanti) 

Btw, aku nak tutup dulu entri ni. oleh sebab atas tuh dah nampak mcm pnjang sgt sebab byak gmbar, aku smbung entri yang baru. Assalamualaikum! :p

Saturday, October 29, 2011

:)

Assalamualaikum dan salah sejahtera buat semua peminat I yang duk leka ni korek Blog I. hihihi :p
ohh harini amat bosan dan berjalan seperti yang aku tidah harapkan. btw Harini aku ponteng sekolah lagi,mungkin untk kali ke 30. haiz hahahaha. sebenarnya bukan aku sengaja pun untk harini . aku tidak sengaja lah, semalam tidur pukul 4 pagi, lepastu pukul 6 lbh tadi bangun,mata mcm tkknak bukak langsung lepastu terus tarik selimut semula,tutup lampu dan sambung tidur balik . sedar tak sedar dah pukul 10 pagi o.

Semalam mentang-2 Bola terengganu lwn Negeri 9,semua dah set dlm kepala ahad,iaitu hari ah cuti. haiz last2 kalah --' serius mcm kecewa dan sedih gila kot. ayah aku smpai tk boleh nak kawal diri semalam sebab terlampau GERAM lah. aku tgok pun smpai rasa mcm nak nangis. tapi actually aku tk tgok dari awal pun. hihi sebelum tu aku tgh menghadap laptop. bila aku dgr ayah aku jerit negeri 9 dapat 2 !! baru lah aku mcm terkejut gila lepastu turut join sama tgk. tak sngka laa weyh :O hmm takpelah. nak buat cmne. takde rezeki lagi untk tahun ini. takpe,tahun depan ade lagi :')

ohh semalam aku tidur pukul 4 pagi sebab duk baca Novel Twilight. yang ni ulangtayang semula je,sebab dah bosan sangat,tk tahu nak buat pe. masa first first baca tahun lepas, Demi Allah aku rasa novel ni bosan gila. tak interesting sama sekali smpai aku kutuk segala lah bila seorang Bestfren aku memang tengah Demam Twilight sekarang ni. dia dah tamat smpai siri Breaking Dawn. Wow hebat tak? :') aku pulak duk terkebil2 lagi nak ulang semula.hahahahah lepas tu baca new moon, new moon aku tak baca lagi. Hmm untuk kali ke 2 ni, aku mengaku cerita ni mmg sedap gile , cara dia describe Edward tu MasyaAllah aku tak boleh nak byangkan. tapi sokayy lah! yang aku tahu, aku nak bce saja2 je ni, dan tgh berusaha seboleh2nye untk tak obses mcm aku obses Harrypotter dulu ^^ agak menakutkan. tapi bagi aku Harrypotter masih yang terbaik. :D
kepada kawan aku yang minat twilight tu,kalau dia baca ni,hehe jgn marah erk. I`ll never rampas edward cullen you, hahaha tapi tak dinafikan dia mmg handsome gile o. and sorry sebab kutuk selama ni,kah3 sorry sorry mmg sedap ah,tapi harrypotter lebih interesting! :p

jadi sekarang aku nak blah dulu, nak mandi dan lepastu teman nenek kesayangan aku pergi hospital.
Bye,salam!

TAKDE TAJUK~

Assalamualaikum You Alls. Apa khabar semua? Harap2 semuanya baik belaka. Well mood aku pun dah mcm beransur pulih. Yeahh aku dah lega,Alhamdulillah :) Segala yang baik datang dari Allah, dan segala yang buruk tu dtg dari aku sendiri. Mungkin kadang2 aku terlalu mementingkan diri sendiri sehingga lupakan perasaan org lain. Tapi aku juga masih belum berapa nak berpuas hati lah. yelah, manusia tak pernah bersyukur. Astaghfirullah :O

Yang aku tahu,skrg aku dah mampu tersenyum riang dengan takde FAKE nya lah.hihihi aku happy :D
Tapi aku masih berasa janggal dengan sifat aku yang agak ego yg aku sendiri tk tahu nak ubah camne. lagipun dlm aku duk2 ego tu, aku yang tersiksa. aku yang menangis. aku yang .. aku yg semua lah. Betapa susahnya untuk aku lafazkan 'Aku mintak maaf ' terutamanya dengan org yang aku sayang. tidak kutahu mengapa. Sedangkan,aku yg terseksa sbb menahan diri dari melakukan perkara yang sepatutnya. Kiranya yang kali ni okay lah sebab cuma 2 hari je kot tak bertegur sapa. tapi kalini aku yg mintak maaf --' hurmm xpelah. dan mmg salah aku. aku yang buat salah. tapi aku tk sangka pulak jwapannya ' eh kenape ni? mina mana buat salah??? '

OHH YEKEWWWWWW . cuba kau bayang perasaan aku.hahahahahahahahahahahahahahahaha sia2 ke tak ni aku nangis  2 malam,smpai buat sttus macam2,luahkan mcm2 kat blog, padahal aku tak buat salah pun T_T
oh kan aku dah kata,manusia tak pernah bersyukur. Astaghfirullah. aku anggap mcm ni ah. aku mmg buat salah dan aku mmg ego,dan dia pun terasa dengan aku,cuma dia menafikannya :3 okay,aku harap mcm tu.

Dulu dengan kes sorang budak ni,betapa egonya lah aku ni kononnya smpai 2 Bulan tak tegur. Ya Allah brdosanya aku.bukan niat aku nak memutuskan silaturrahim,tapi .. ermm entahla, okay mmg salah aku lagi.
Last2,aku jugak yang pergi mintak maaf. Lepastu si budak ni pun jawab lagi 'eh kenape mintak maaf ni? bukan ade salah pun?? ' OHH MCM TU KEWWW , aku tk buat salah ker, kenapa kau tak tegur aku 2 bulan hah?

tapi aku taruh dalam hati je lah soalan tu. hmm takpelah. aku redha. persoalannya skrg kenapa manusia2 ni tak tegur2 aku harzz? diaorng pun ego macam aku jugak ke,ataupun aku je yang perasan diorng marahkan aku ataupun sebenarnya aku yang marahkan diorang?? oh bagi teori ni aku pilih yang nombor 3. YA,SEBENARNYA AKU YANG MRHKAN DIORANG DAN AKU YG TAKNAK TEGOR DIORNG SEBENARNYE :3 haiz pelik2. Ya, oleh sebab aku ni jenis sensitif gile, jadi sesuatu yang berkaitan feeling aku dan org2 lain merupakan satu benda yang amat rumit bagi aku. kdg2 aku rasa org marahkan aku,tapi sebenarnya aku yang marahkan diorang, aku yg tknak tergur diorang, tapi aku yang terlebeyh perasan ni berfikir diorang yang tknak tegur aku dan diorang yang marahkan aku !

ermmm dah dah. Wahai pembaca semua, maafkn aku kalau korang tak faham apa yang aku cuba nak smpaikan ni. haiz sekadar ingin meluahkan perasaan yang terbuku sahaja. :')
Yang aku pasti korang boleh faham. Ya. Demi Allah aku mmg sedang menyukai seseorang dan perasaan itu amat sukar ditafsirkan. kekadang aku berasa Happy,kdg2 sedih. kdg2 terseksa seperti yang aku rasai 2 hari yang lepas. Tapi aku takkan pernah bgtaukat dia, bhawa aku suka dia. Oh setakat ini sahaja. kan nanti semua benda aku cerita. dah tak jadi rahsia lagi :3 Yang penting selepas aku dah mintak maaf tadi,semuanya kira dah settle lah . aku dah okay, Ya Allah Alhamdulillah!!

Btw aku sedang mengulangtayang buku twilight aku. And OMG Aku berada dlm Team Jacob Black. pelik? HAHAHA aku memang pelik :'> BYE,salam!

Friday, October 28, 2011

take me away cause I cant take this pain

Ya Allah perasaan apakah ini.

Ya Allah perasaan apakah Ini..

Ya Allah hamba sungguh-sungguh berasa sedih.

Ya Allah adakah hamba terlalu mencintainya?

Ya ALLAH ! Aku hanya mahu menjadi hmbaMu yang hanya mencintaiMu.

Ya Allah ampunilah hambaMu yang tidak pernah bersyukur ini.

Ya Allah hamba yakin hamba masih kuat dlm menghadapi dugaan ini.

Ya Allah. Semoga setelah hamba terjaga dari tidur pada pagi esok,semoga perasaan ini hanya mimpi. Mimpi yang indah pada pemulaannya dan ngeri pada pengakhirannya.

Ya Allah hamba sungguh-2 menyayanginya.
Ya Allah Semoga hamba tetap tabah.............................

Thursday, October 27, 2011

Neomu neomu Bogoshipo :')

COME INTO MY HEART . COM


ID AND PASSWORD IS YOUR LOVE


OH BABYY I`M SO IN LOVE ^^

Wednesday, October 26, 2011

Take Me Away :')

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua. Korang semua apa khabar? Sihat? Alhamdulillah kalau semua sihat :') Aku? Yeahh aku sedang menghadapi kesulitan dalam melawan perasaan aku sendiri. Ya Allah perasaan ni bagaikan membunuh aku secara perlahan2. err macam ayat Twilight. Yelah, aku baru ulang semula novel Twilight bodoh aku,sekadar untuk mengisi masa lapang aku yg selama ni aku sia2 kan dengan bermesej2 :')

Korang semua. Kalau korang ni memang jenis pembaca setia blog 'hebat' aku ni, mesti korang tahu kan , aku ni boleh dikatakan Kpop Holic sangat kan? Semua benda aku tahu wtf heheheh err lebih kurang camtu laa kan? Dulu aku selalu cerita, kalau kita cinta2 secara fantasi lagi bagus kan dari cinta2 secara realiti? memang pun. Hati tak sakit. Mata tak bengkak. kalau rindu,pergi tengok balik vd2. kalau rindu lagi pergi buat mimpi seperti yang aku pernah cerita sebelum ni.

Masalahnya sekarang ni. Aku.. err susahnya aku nak cakap,ermm lebih kurang macam ni lah. Aku,dalam diam sekarang sedang mneyukai seseorang. --' dalam diam ke? dalam diam lah sebab orang tu tak tahu aku suka dia. aku agak terkejut dengan perubahan ketara aku sekarang,sebab aku ni jenis susah nak suka kat orang. worst lagi, aku suka orang yang jenis alim2 lepastu pemalu tahap gaban. erm ramai ke lelaki jenis mcm tu? tak ramai kan? harrzz mujur lah sekarang ni dah lepas pmr. kalau sebelum? mampos lah aku jwbnyerr T.T

Aku tak boleh nak cerita banyak kat sini. hehe tapi aku cuma boleh kongsi satu je. aku nak buang perasaan aku sekarang. its killing meyyy! aku tak suka. tak suka. tak suka lah! semalam aku belek2 balik gmbr pakwe fantasi aku sebelum ni. Adoii rindunya aku kat diorang T.T aku nak jadi mina yang dulu2. yang normal takde lah mata bengkak2 selalu kalau malam2. semalam ada kawan baik aku yang sorang ni call aku pukul 1.30 pagi,lepastu kiotang gayut smpai pukul 3.45 pagi. aku yang suruh dia call sebab aku ckp aku tak boleh tidoq. dia pun call je lah, sementara dia dapat kredit panggilan free :* aku cerita semua kat dia, lepastu dia cakap 'baguslah. ni satu petanda positif yang menunjukkan mina ni gadis normal' WT.. normal? aku mmg lah normal. hahaha.

Yang penting sekarang,aku takkan luahkan perasaan aku kat dia sebab aku bukan jenis mcm tu. mahal wehhhh,hehe . lagi satu aku pernah baca ni :


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.

Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkanlah pada Allah,

beritahu Allah.Allah Maha Tahu jodoh kita siapa.
Cintai dia dalam diam.
Dari kejauhan disulami kesederhanaan dan keikhlasan.

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah”



Betul kan? ha`ah.. aku akan buat mcm tu :)
so, Bye lah semua. aku chaoww dulu! salam !