Monday, January 28, 2013

English Drama Competition!!

Assalamualaikum.

Selamat Ber-Maghrib ya semua :D
hari yang cukup leteh~
Sejak kebelakangan ni selalu balik sekolah lambat,sebab kena stayback untuk practice drama. yes, Drama bahasa Inggeris peringkat sekolah jer, means setiap kelas utk form5 WAJIB sertai!

Drama kelas aku takdelah Gah sangat tapi Alhamdulillah okay lah,sepanjang practice okay je setakat ni.
Harap harap masa hari sebenar nanti okay jugak lah. Aku cuma jadi student yang pendiam jer,tapi last2 tu ada satu part aku kena nasihat kawan2 aku. haha. Padahal bukan nasihat sangat pun,heeeeeeeee :p

Aku bimbang jugak takut2 nanti datang rasa gugup ke,apa ke kan.haha. dahlah ramai penonton kan?
tapi Alhamdulillah sangat sebab kelas 'budak' tu takboleh tengok kelas aku punya persembahan!
hahahahaha kalau 'budak' tu boleh tengok,harus aku gugup terus atas pentas kan? hehe

K,bye
Assalamualaikum Warrahmatullah <3

I Love You All For The Sake Of Allah SWT.




Sunday, January 27, 2013

Puh~

Assalamuaalaikum.

Sedikit sedih.
Hmm.
Apakah apakah...... :'(
Bye, take care.
May Allah Bless U Always <3 :'(


Friday, January 25, 2013

Eleleh :3



Assalamualaikum.
Post yang kedua. haha. Tak dapat tidur sebenarnya. Fikiran dah jauh melayang merentas Pantai Pandak, Chendering nuhhh haaaaaa. Hahha -_-

Pernah tak?
Memendam perasaan?

Tak kira lah perasaan apa. Marah kat seseorang ke? tapi taknak bitau orang tu. pernah tak?
Ataupun suka kat seseorang ke? Tapi taknak orang tu tahu? Haha.
Mesti pernah kan? Eh tapi pasal marah kat seseorang tu,baik diluahkan saja pada orang tu.
Maksud saya, eh tetiba saya je. haha maksud aku, kalau korang terus memendam perasaan,bimbang lama lama luka tu jadi makin parah dan berdarah. Bila dah berdarah,susah tahu nak cover balik? Sebab,perasaan kita manada platelet nak prevent from blood loss. haha termasuk Biology pulakkkk xD
tapi,kalau nak luahkan pada orang tu yang kita ada marah,atau terasa hati kt dia ke, jangn lah cakap kasar2 contohnya

budak A: eh bangang,aku benci lah mu ni, mu selalu wat aku terasa hati tahu?!

kalau korang cakap camtu sapa tak sedih+marah weh.
lain kali,cakap macam ni

budak B: Herm aku ada something nk luahkan ni...sebenarnya aku ada lah terasa sikit dengan kau..bukan apa,aku tahu kau tak sengajakan,tapi...blablabla

Kalau cakap lembut macam ni,mungkin orang tu akan jadi lembut lah sikit hatinya. kan?
Nak buat sesuatu,mesti lembut,sopan2 tahu? Ikut Rasulullah SAW. Rasulullah SAW kan lembut dan sopan orangnya :)

Haha okay,itu untuk orang yang memendam feel tak puas hati.
tapi untuk orang yang memendam perasaan suka ni camana yeeee? :D

dah start jiwang jiwang dia dah....

Semasa kita dalam proses pembesaran ni lah kan, perasaan tgh memberontak,jiwa rasa nak enjoy jer,
mesti dan pasti kan,, kita ada TERminat orang ke..TERsuka orang atau pon TERjatuh cinta kt orang ker,kan kan?

Tapi Iman kata,nanti dulu,jangan cepat sngat layan perasaan tu,tak baik,lama lama boleh jadi zina hati!
Tapi,salah ke perasaan tu? Perasaan halus itu? Salah ker? Jika salah,masakan Allah menciptakan perasaan itu utk hamba hambaNya? perasaan yang memang dah jdi fitrah manusia. Jadi,pasti dah ada jalan yg Allah aturkan utk mengawal perasaan yang halus itu..

Cinta manusia yang menyakitkan.
Antara dua cinta.
Allah Pemberi cinta,namun mengapa memilih utk mencintai hambaNya lebih daripada Pemberi Cinta?

Tetapkan dalam hati,jadikan Allah Swt SATU SATUNYA sandaran utk kita.
Sabar dulu. Jatuh cinta takpa,tapi pastikan mengikut aliran yang betul.
Bukan bermaksud hah boleh couple. No. bukan tu maksud aku.
Doakan dia. Yes. doakan org yg kita suka tu semoga sentiasa di bawah rahmatNya dan macam2 lagi lah yang korang rasa terbaik buat dia.

Tapi,mesti rasa rindu kat dia kan?
Ya. Rindu tu memang. Bgitahu Allah. Allah thu yang terbaik untuk kita.
Jangan lupa, hati manusia ni milik Allah. Bila bila je Allah boleh ubah hati manusia,perasaan manusia.
Jadi,tak salahkan berdoa pada Allah agar Allah sampaikan rasa rindu kita pda dia. Eh?

Banyak sebenarnya kisah cinta yang dipendam ni. 
Biarlah pendam kan.haha.

Engkau pemuda soleh disanjungi dan dihormati ramai..
Tapi aku?
Gadis berduka,solehahku tidak pasti..... :'(

Cukup cintai ia dalam diam...
bukan karena membenci hadirnya.. .tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia... tapi meraih surga-Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya.. .tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan...
memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan...

"...boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (QS. AlBaqarah:216) 

Sekian terimakasih.
haha. macam2 aku ni kan...
biarlah rahsia dulu..
Tengok dari jauh pun cukuplah .
Biar Allah sahaja yang aturkan :)

'Jaga diri. Jaga Iman. Jaga hati.'

Assalamualaikum!!
Laila Sa'eda <3



http://www.flexmedia.co.id/tiga-menit-di-malam-panjang/ (click kalau berminat nk baca ) :D








Water Eye. eh?

Assalamualaikum Wbt.

Pernah saya terbaca di blog milik seorang gadis ini..(dirahsiakan)
katanya,
'Jika Allah ingin membuat jiwa seseorang itu benar2 kental, Allah akan hantarkan ujian yang bukan calang calangnya pada dia'

Dengan sepotong ayat ini,
jiwa seseorang yang dalam kesedihan atau kekecewaan itu dapat diubati.
InsyaAllah. Sekiranya dia benar benar percaya. dan yakin bahawa ini adalah jalan yg terbaik buat nya dan merupakan ujian yang pasti mempunyai hikmah yang sangat besar dalam hidupnya.
InsyaAllah.

Menangis.
Tangisan itu mempunyai seribu satu erti.
tangisan kegembiraan,kesedihan,kesakitan dan macam macam lagi.
telah Allah SWT ciptakan air mata buat kita, Kaum Hawa untuk membantu kita dalam mencari kekuatan yang baharu. Untuk membantu kita utk bangkit semula.
Tangisan itu bukan bermakna kita lemah.

Tidak. Tangisan itu membuktikan kita sebenarnya kuat.
Dengan menangis,
jiwa kita seolah olah diisi dgn semangat baharu.
Menangislah sepuas puas hati mu.
Menangislah.
Jangan ditahan perasaan itu.
Jangan :')

"Ketika Tuhan menciptakan seorang wanita, ia dicipta untuk menjadi seorang yang istimewa. Tuhan menjadikan bahunya cukup kuat untuk menampung dunia.., namun, harus cukup lembut untuk memberikan kedamaian didalamnya.."

"Tuhan memberikan wanita kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang juga seringkali datang dari anak-anaknya.."

"Tuhan memberinya hati yang kental dan tabah untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan Tuhan berikan kecekalan pada wanita untuk mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Tuhan juga memberinya rasa kasih untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya " 

"Malah Tuhan memberinya kekuatan untuk setia bersama suaminya dalam kesusahan dan melengkapi segala keperluan suaminya biarpun dia seringkala terpaksa memendam rasa "

"Tuhan memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadangkala Tuhan seringkali menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Tuhan memberikan wanita itu air mata untuk dititiskan. Anugerah itu adalah dicipta khusus miliknya untuk digunakan ketika ia memerlukan." 
Sumber: Encik Google :p

Sekian terimakasih.
Allah Maha Mengetahui.
Jika sedih,jgn risau, ada Allah tempat berbagi :)

Assalamualaikum

Wednesday, January 23, 2013

Maulidur Rasul.

Assalamualaikum!
Have a niceeee dayy everyonee! Senyum :)
Senyum tu kan sedeqah. hehe. Amacam cuti? Best tak?

hurmm. taknak cakap bnyak. lets Go to the Point terus.

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalahnabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
( sumber daripada Encik Google )

Banyakkan berselawat pd hari ni. yes. Kita mnusia biasa. we all need the Syafaat from him. Allah dah janji, sekali kita berselawat pd Rasullullah Saw, kita akan dpt 10 Rahmat dpdNya. Kalau tak silap lah, i take it from Hafiz Hamidun's . insyaAllah!

So,di sini aku nak kongsi sedikit Gambar Rajah yg insyaAllah akan dtgkan plbgai mnfaat kpd korang smua :)






Semoga kita semua sama2 mendapat syafaat dpd nya di akhirat kelak. 
InsyaAllah! :)

Teruskan berselawat......

Need to go.
Bye2, Assalamualaikum <3





Monday, January 21, 2013

Pelangi senja

Assalamualaikum wbt.
just nak pop out sikit jer. Seriusly letih sangat2 sbb tadi ade ltihan mrentas pantai. penat sangat :'(
tapi takpe,boleh kurus sikit.insyaAllah,hahahaha
Lepas ni nak buat homework! :D

Ganbatte Mina. ManjaddaWajadda. SIAPA BERUSAHA DIA DAPAT . insyaAllah!

Cantik sangat kan? Subhanallah. Mmng cantik,dpt berlari eh salah,aku berjalan je sebenarnye,lenggang kangkung gitu :p hehe. tgk langit,biru,lawa sangat2... tgk ombak...pun lawa sangat2.. ciptaan Allah ni .. tiada cacat celanya pun :') siap ada helang lagi bertebangan kt ats langit tuh.

Sebab tu kan, kalau kita tgok pemandangan yang meluas dpn mata, eh salah, tak tunggu pemandangan luas pun. tgok je apa2 dpn mata,cuba kaitkan 'benda' tu dgn kekuasaan Allah :) sambil2 jalan kt pntai tadi ada verangan sikit2 sambil ingat2 balik lagu pelangi senja.haha. sedap jer lagu tu kan.hahaha. whatever.


Nah. baca ni. at least ade jugak manfaat korang baca blog aku. sorry deh. Blog aku ni byk sgt2 kekurangan, :'( 

K dah. Homework memanggil... <3 <3 <3


I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use
The tools and gifts we got, yeah, we got a lot at stake
And in the end, you're still my friend at least we did intend
For us to work we didn't break, we didn't burn
We had to learn how to bend without the world caving in
I had to learn what I've got, and what I'm not, and who I am  :p


Assalamualaikum. ManJaddaWajjada. ingat! SIAPA BERUSAHA DIA DAPAT SO TERUSKAN USAHA ANDA!!  SPM!!

Sunday, January 20, 2013

Hmm

Assalamualaikum wbt.

Hari ahad yang memenatkan di sekolah. hmm. Takpelah. penat sikit jer. insyaAllah hasilnya manis sampai bila bila :') Aamiin!

Tiba tiba terbit rasa nak berkongsi sedikit pengalaman saya kat sini. Eceh. tetiba je dapat impulse dari otak suruh tulis blog hari ni. Sekarang pkul 5.00 ptg. Balik dri sekolah around pkul 3.45 ptg,lepas tu pergi rumah nenek jap,makan tengah hari. dalam kul 4 lebih jugak lah balik rumah sendiri.

Penat. Yes, penat sangat. nak buat homework tapi otak kata dia nk rehat dulu. Jadi sekarang aku di sini,menaip sesuatu utk dikongsi setelah dpt arahan dpd otak kanan.

Hurm.
Macam ni.

Pernah tak korang? Meet some guys yang berjubah,berkopiah,lepas tu ada janggut sikit2 ke?
pernah tak? apa pendapat korang bila lihat laki laki gaya cenggitu? hermm pastu tambah2 diorg pakai spek. Korang rasa acane tu?

Actually dah jdi lumrah bgi aku dan sahabat aku yang sorang ni (nama dirahsiakan). Bila terserempak laki laki macam tuh, mesti dalam hati ni terbit sikit rasa mcm 'aduh....segan nak tgok die, nampak mcm suci gila'
Yes. bila jumpa laki laki sebegitu, serius rasa mcm tak lyak terus nak tgok diorang. Entah kenapa.

Memang betul. untuk judge manusia, kita x boleh tgok dari luaran. Thats right. Siapa kita nak terus hukum manusia sedangkan hati manusia, Allah saja yang tahu kan? Aku pun setuju . Aku rasa,amatlah tidak patut cntohnya bila kita anggap,hanya lelaki berkopiah sahaja solat cukup lima waktu. No!
Siapa kita nak judge manusia? tidakkah ini namanya kejam? menghukum sebelum mnyiasat. Ingat. Hati manusia Allah sahaja yg tahu ! :)

Okay back to the topic.
Pernah seketika aku terfikir. 'acane eyh nak dapat laki macam tu?'
Aku fikir balik tentang diri aku. Dalaman,luaran aku. Aku kaji semula. No no. Tak layak langsung.
Ketawa pun tak reti nak cover . Sembang dgn kawan2,anggap macam berbisik tapi hakikatnya satu kelas dngar. Suara aku memang jd kuat bila excited. Bertepuk tampar kawan. Kawan jadi mangsa. Layakkah aku ni? Ahh pedihhhh.........

Aku pernah terbaca.
Jika mahu mendapatkan yang soleh,kurangkan agenda mencari si soleh. tapi cuba utk jadi yg solehah dulu. terbatukkkkkkkk uhukkkkkk. Sapelah aku ni. Tapi ingat. Niat sebab Allah!

Cakap pasal laki laki tadi.
sebenarnya, aku bercakap ni bukan dari persepsi aku sorang,tapi aku rasa kbyakkan orang pun macam aku. Bila kita tgok lelaki macam tu, automatik dlm diri kita rasa mcm waaa diorang mesti baik kan.
yes. dari penampilan diorang tu la.

pernah jugak berlaku situasi macam ni.

Senah A : Mina ,tadi aku nampak sorang laki ni, pkai jubah, paras die biase2 saje tp bila tgok dia, hati aku rasa mcm tenang jer...

Senah B: Mina,laki tuh saya rsa mgkin baya umur kita, dhla handsome pastu mcm ustaz je.........


Hmm.
Perempuan.
Perempuan dan lelaki.
Allah dh ciptakan berpasan pasangan.
Dari surah An Nur, Allah dah berfirman (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik

Jadi kalau nak yang baik,cuba utk,jdi baik.
Jaga hbgn dgn Allah, dan juga dgn manusia.
letakkan niat kerana Allah SWT semata mata. jagn sebab manusia kita brubah. Jangan! itu semua tidak akan kekal melainkan hanya kerana Allah sahaja. Masih belum terlambat untuk ubah niat kita tu :)

Post yang ala2 nak kahwin dah. Berminat nak kahwin awal ke? eh mane ade :p
kejar cita2 dulu, hahha tapi kan,kahwin awal kan sunnah Rasulullah. tak salah kan? :p hahaha.

There`s a boy yg sama form dgn aku,sama tuisyen,haha,lagi same ape lg erk. herm rumah pun lebih kurg 1 area jugaklah, Cinaringgg tuh haaaaa :p Daripada main2 je boleh jd serius pulak aku ni. cehhh. jaga HATI Mina! Suka sikit2 tu takpelah.. jangn sampai tak fokus study sudah lah. =='

Mata dah rasa mcm nak pejam.
tgn dh penat.
otak pun dh penat cari idea.
Maaf atas isi yang kurg bernas. :'(

Bye2,
Asslamualaikum :p

i love you all for the sake of Allah Swt <3






Thursday, January 17, 2013

Busy

Assalamualaikum wbt.
Salam Jumaat :)

Hm. Kelas tuisyen tamat jam 10.45 pagi tadi. lepas tu pergi Pustaka Seri Intan sebab nak beli buku latihan addmath pastyear. Tapi dah habis. kecewa. frust. Tak dapat beli buku pergi beli pen. Lepas tu pergi tuisyen my sister,tungu dia habis kelas dalam setengah jam lagi. . Belek balik latihan chemy bab Rate of reaction sementara tunggu my sister. Bosan.

Lepas tu balik rumah. kemas rak buku yang dh mcm sarang tikus. letih. bosan lagi. belek modul Biologi yg sepupu bagi. hmm. rase mcm nak lemas. esok kene gi skolah, practice drama utk competition this 30 January. Malam ni tuisyen Biology. Aahhh!! the point is my life now is sooooooooooooooo BUSYY and stressful!! :'(

Kbye, Assalamualaikum.

Friday, January 11, 2013

Dream

Assalamualaikum wbt.
Salam Jumaat semua :)
apa khabar Iman anda? Masih seperti sediakala atau adakah sudah semakin meningkat? Atau barangkali sudah semakin menurun?
Usah risau. Usah rasa kecewa kerana iman manusia biasa itu memang ada turun dan naik.
Tetapi. itu adalah tanggungjawab kita utk memastikan Iman kita semakin naik dan jgn sesekali putus asa apabila merasakan iman kita semakin mundur. Jangan! Bangkitlah semula. cari semula Hati kamu yg mungkin hilang itu. kaji semula,muhasabah diri mengapakah iman kita semakin menurun.

Allahu.
hari ini. 110113. Aku merasakan seperti..langit yang muram ini seakan akan mengerti perasaan aku ini.. Allah..kecewa rasanya pabila mula sedar kekhilafan diri ini.
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
sebelum aku terus melencong terlbih jauh,akhirnya Allah Swt telah 'menghantar sesuatu' buatku..
Allah..
Semoga wajahku ini sentiasa di pandang dengan Kasih sayangMu..


Berharap pada sesuatu yang belum pasti.
ini bukan cinta sesama manusia. tetapi ini adalah luahan seorang manusia tentang perasaanya yang berkecamuk.
Sememangnya semua orang pun berharap utk mendapat kejayaan dunia dan akhirat.
Allah. Bantu lah aku utk mencapai kejayaan itu. walaupun payah ,bantulah aku utk terus mencari kekuatan dan kesabaran.

Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. mungkin 7 bulan lagi :'(
persediaan masih belum cukup! utk berfikir tentangnya sahaja sudah membuatkan hati ini begitu sesak berfikir mengenainya.

Berusaha dan berdoa lah.
Berusaha dan berdoa lah.
Berusaha dan berdoa lah.
dan setelah berusaha, bertawaqqal lah engkau.

Study kerana Allah......
betulkan niat.
Niat yang berlandaskan Allah swt semata mata.
Aku ingin berjaya dunia dan akhirat.. insyaAllah.



aku bukan lah gadis yang baik baik. hanya lah gadis yang masih mencari erti solehah dan ingin menjadi baik .

Sehingga bertemu kembali.
Jaga hati, Jaga Mata, Jaga Iman!