Saturday, June 15, 2013

Hati

Wahai hati,
di saat kamu berduka, ingatlah selalu ada Allah yg sentiasa setia dengan mu.

Wahai hati,
kesedihan dan kekecewaan yg engkau lalui adalah ujian yg Allah hadiahkan buat mu.

Wahai hati,
bersabarlah.
Allah sayang kamu.
Allah rindu kamu.
Allah Cinta kamu.

Allah Allah..
janganlah kamu bersedih lagi.
janganlah kamu menangis lagi.

hapuskanlah air mata mu itu.
Pandang ke depan,lihatlah betapa alam ini akan tersenyum pdamu
Jika kamu turu tersenyum.

Wahai hati
Bangkitlah.
Bukan teruk sangat pun kan? :')

Allah Maha Mengetahui.
Jangan bersedih.
Percaya lah.
janji Allah itu pasti.

Allah sayang kamu :')

Sunday, March 24, 2013

Camping!!??

Assalamualaikum Wbt.
Tengok tajuk entri tu hahahahah excited je hahahhaa ehh byk pulak gelak hehe
Hmm 14-16 Mac haritu sekolah aku ade lah bikin camping punya aktiviti ni haa dkt Kem Pengakap Telaga Batin. hehe. Semua students form5 dengan form6 wajib join camping ni. Kecuali ada alasan yang kukuh lah,kalau ada surat sakit etc tu takpelah.

So far semua berjalan dengan lancar dan terbilang dan gemilangnya!!
3 hari 2 malam oo mana cukup. Kalau buat 30 hari 29 malam pun belum pasti cukup,heheh lebih2 lah pulak.
Serius aku rasa setakat ni camping ni lah the best memory aku hihi.
Bertolak dari sekolah hari khamis,lebih kurang pukul 10 pagi macam tu ar.
Nama aku tersenarai dalam bas nom 4, so nak taknak aku kena duduk dalam bas tu jugak.
Aisey tak kisah lah asal ada kawan.
hehe
Perancangan Allah semua unexpected.
Nak tahu kenapa aku cakap macam tu?
hehe rahsia, kahkahkah
tapi mmg betul kan? angguk sekarang! hahaha

Hmm sesampainya di tapak camp tu,dirikan khemah,buat apa yang ptut, bersihkan diri, Zuhur berjemaah,makan,lepas tu get ready utk ke kem askar utk jalani aktiviti MEREMPUH HALANGAN.
Omg aktiviti apakah itu? masa tgok dalam jdual aktiviti aku just mcm "Hek Elleh mesti boleh buat ni" hahaha cakap besar, Ya Allah T.T

masuk je kem askar tu terus kecut perut.
Darah dah menyerbu muka sebab takut + cuak sangat2.
Kalau tk silap aku ada 11 halangan yang mesti dirempuh.
Hello, 11 halangan tu bukan macm kt playground tu.
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii macam askar kena buatlah.
Allah masa tu hehh rasa menyesal dtg sini,uuuuuuuuu
tapi aku rasa yg aku berjaya 'merempuh' cuma 5/11 je,takpun 4/11 hehe sebab aku lari dari tempat tu hehehe

yang paling dahsyat bagi aku,yg ni lah. gambar ni ihsan dari cik Google ye.

nampak mcm senang je kan? tapi serius kawat duri tu makin lama makin rendah menghampiri bahagian belakang. senang cerita,salah skill sikit boleh terkoyak tudung aku. HUH.
masa merempuh benda ni dada rasa sempit semacam je, rasa mcm erghhhhhhhhhh tak tahan dah :'(

bawah ni ada air ok. air yang memang semua sedia maklum,air kotor.
sudah pasti ada keluarga katak dlm air ni euww.

giliran kene buat bende ni selapas merempuh kawat duri tu. bayangkan perasaan aku,masa tu tengah panas pulak tu. diberikan 2 pilihan, nak try lps tu jatuh kee, nak serah diri terus,masuk dlm air, harung je air tu. mula2 aku try buat sekali,lpstu jatuh. aku terus ptus asa. ape nk jd,jdi lah,aku harung je air tu huhhh.
dan luckily kawan2 aku setia di samping aku hahaha.

lepas je siap buat bende ni, air mata aku rasa mcm tggu msa je nak tumpah.
n tuupppppp terus kluar dgn lajunya.
Malu. rasa mcm manja gila je, tapi aku rasa terhina sebenarnya :'(
hahaha satu lagi sebab aku jatuh time buat halangan nom 2. sakit lutut hahah ==''

Hmm pastu malam kebudayaan tu okey lah my class juara okay! hihi
Alhamdulillah, Silent Comedy berjayaaaaa and unxpected lagi,
Kelas 5 efektif turut jd juara bg pertndingn masakan rimba, naib juara trekking, dan macam2 lagi lah acara yang kelas aku dapat top 3.
dan yang paling penting,,dpt anugerah kelas terbaik spnjg camping!! hihi Alhamdulillah!
byak jugak duit dpt o hehe

gambar ihsan cik Farah Aliaa.
'curi' dari twitter dia sebenarnya haha.
masa ni pertandingan masakan rimba. :)


hmm ape lagi erk?
rasanya aku dah kongsi smua yg aku nak kongsi.
tapi percayalah, 
camping ni mmg best!! cuma tndas je macam euw sikit . 

Nak tidoq, Assalamualaikum Warahmatullah :)
take care.
jaga hati,jaga iman!
Bye~~~







Monday, March 18, 2013

hati manusia

Assalamualaikum

Hmm
Hati manusia ni,Allah yg pegang.
Allah yang menggerakkan hti manusia.
Kan?

Hati manusia ni,mmg kita tak mampu nak jaga kesemuanya.
contohnya jika terdapat 50 orang pelajar dalam satu kelas ,mampu kah kita utk puaskan  kesemua hati tersebut. mampu ke?

Seboleh bolehnya kita kena berusaha.
utk jaga hati manusia, utk puaskan hati manusia sekeliling kita supaya hati kita sendiri yang tenang.
supaya hidup kita tenang. kan?
tapi. lumrah manusia. lumrah alam.
mesti ada,pasti ada yang terluka gara gara kita.
gara gara mulut kita, tingkah laku kita.
Pasti ada.
sebab apa?
kita tidak sempurna.
kadang kadang gurauan kita,yg kita anggap gurauan semata mata pun
boleh menyebabkan ada hati yang terguris,menangis.
betul tak?

Oleh itu.jaga lah mulut anda.
daripada bercakap benda yang tk berfaedah,baik diam.
jika dgn berkata2 tu boleh menyebabkan banyak hati terguris,lebih baik kita diam.

Tapi still kita kene berusaha utk jaga hati smua manusia sekeliling kita.
kalau kita sakitkan hati orang, kita yang berdosa kan?
yeah hidup ini memang byak cabaran utk menguatkan kita lagi.

Apa apa pun aku nak mintak maaf kat korang smua.
aku tahu psti ada hati hati yang berduka gara gara aku dalam keadaan aku sedar atau tidak .
Maaf.

Jaga lah mulut anda.
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
hehh. peribahasa makan dalam tuh.
Ingat. Jaga hubungan dgn Allah, jaga hubungan kita dgn manusia jugak.
baru lah hidup pun indah.

Hati manusia Allah yg pegang.
berdoalah supaya hati hati itu sentiasa dalam keadaaan yang aman damai.
insyaAllah.
Aamiin

hati yang terluka.
jgn bimbang,ada ayat dlm Al Quran yang mampu menenangkan hati kita :')
bukan lagu okay?

La Tahzan.
Allah kan ada.

Friday, March 15, 2013

Change?

Assalamualaikum.

Mungkin dia berbeza sekarang.
tapi aku yakin.
dia masih punyai hati yang seperti dahulu.
Yang membuatkan aku semakin kagum dengannya.

Redup pandangannya..

Dia masih dia yang dahulu.
namun dia sekarang adalah dia yang lebih matang.
Barangkali betul.
Barangkali salah.

Semoga Allah SWT sentiasa menyayanginya.
InsyaAllah.

Sunday, March 3, 2013

STUDY :3

Asslamualaikum Warrahmtullah.
para pelajar sekalian. perhatian!




Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.
TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
 Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
.............................................................
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T.Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

Hmm
Semoga Allah meredhai kita smua ya.
vrrommmm to success!!!
SPM!! fighting!!! 

Asslamualaikum.selamat beramal! :)







^_^

Thursday, February 28, 2013

heart


Mahar Cinta
By Devotees

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya...


Hmm.
Perasaan halus yang lahir dari hati seseorang.
takda sapa bleh lawan kan?
kalau Allah mmg dh tetapkan begitu.
begitu lh jadinya.

Just keep praying :')


Rindu.
benamkan jauh ke dalam hati.
bukan masanya lagi.
Hmm

Allah.


Wednesday, February 27, 2013

27022013

Assalamualaikum Warahmatullah.

Hmm.
Cuaca hari ini masih seperti semalam.
tenang...redup...sejuk...nyaman...
Dan juga mendung.
Sekejap hujan..pastu berhenti..pastu hujan balik...
Allah..
Besar kekuasaan-Mu Ya Allah..

Dengan kasih sayang Allah...jiwa ini rasa nyaman,redup jer...
Ahh Alhamdulillah :)

Pagi tadi,pergi sekolah macm biasa.
Sampai sekolah lbih kurang 7.15 pagi.
masuk kelas,letak bag. pergi singgah kelas 5 bestari kejap,jumpa kawan.
sembang kosong,pastu ajak kawan teman pergi turun bawah.

Pukul 7.30, waktu utk bertilawah.
masuk kelas balik. kawan pun masuk kls dia sendiri.
bukak Al-Quran,baca.

waktu pembelajaran masuk. Waktu pertama - Pendidikan Agama Islam.
belajar tajuk adab berjihad dengan adab pemimpin harini.
Alhamdulillah,semua okay.

lebih kurang jam 8.40 pagi.dapat pengumuman. Semua student form4,form5 dan form6 diminta ke Dewan Gemilang utk tazkirah sekarang.
dalam hati "tazkirah dari sapa? tazkirah ttg apa?"
ambik kertas,pen letak dalam kocek.
pergi cari kawan2 baik,utk pergi sama sama.
tiba2 ada kawan aku tegur  "eh Mina, Ustaz Don mari harini " aku ingat dia main2 je. terkejut jugaklah tapi tak simpan dalam hati. tak percaya langsung.

Masuk dewan,tgok barisan depan takde org duduk. ajak kawan2 duduk depan sekali.
tak sampai 1 minit duduk tiba2 ada org ckp tu tmpt cikgu. Ohh. *sigh*
terpaksa cari tmpt lain,bangun.
tiba2 kelibat dia dah sampai.
MasyaAllah. Allahuakbar.
nak nanges.

Ustaz Don depan aku sekarang.
*tak dpt digmbrkan dgn kata kata*

Gelabah. nak duduk kt depan sekalii tpi tu tempat cikgu.
pusing belakang tmpt mcam dah penuhh.
Ahhh taknak duduk belakang sekali.
lutut dh menggeletar.

Kawan pegang tangan aku erat2.ajak cari tempat depan sikit.
Alhamdulillah ade lagi kosong kat barisan depan.
tapi tak depan sangat. tengah2 kot.
hmm bersyukur jelah..
Alhamdulillah :')

Cg Shafi'ai (cg bm aku) memulakan majlis.
memperkenalkan Ustaz Don kpd kami.
hmm.
giliran ustaz pulak.
ahhh. tahan je perasaan.
dibacanya doa utk memulakan majlis.
dah start meleleh.
kawan tepuk tangan aku.
perasaan tu macam......entah.
kat luar hujan renyai2.angin lembut je menyapa ke dalam dewan.
suasana yang amat amat amat menenangkan. Ahhhhh aku bermimpikah ini!?

ustaz memulakan tazkirah nya.
ayat first sekali,tak silap aku la.
"saya ni org pulau pinang. takpa ke saya bercakap mcm ni?"
haha. Kami faham je ustaz :')
ustaz cerita latar belakang dia sikit.
dari zaman sekolah rendah till sekarang.

Hmm.
semua mata khusyuk tajam menikam susuk ustaz Don.

tiba tiba....
dah nak balik dah. aik?
baru 30 minit ustaz... :'(
hmm terlupa.
mmg rancangan ustaz 30 minit je kan.
30 minit bersama Ustaz Don.
haihh.
kata ustaz pasni dia nak p kerteh pulak. dijemput oleh petronas utk ceramah kat sana.
ehh kata ustaz ke kata cikgu ni?
entah.aku lupa dah :'(

pelajar dan cikgu muslimin salam dgn ustaz.
ada yang peluk.
air mata meleleh lagi. rasa terharu ,sedih bercampur baur.
Semoga Allah sentiasa memberkati ustaz Don dan isterinya, Husna :')
Aamiin...

kelibatnya pun menghilang.
hmm.
duduk balik atas kerusi.
oh lupa nk btau tadi lambai2 kat ustaz time dia nak balik
 ustaz pkai shade coklat wktu dalam kereta tadi.
hensem, MasyaAllah. :')

suasana hingar bingar dalam dewan.
semua excited.
aku termenung je.
entah. memikirkan sesuatu yg jauh....
tiba2 dpt pengumuman.
9,10,11,12 mac ni form5 ada ujian selaras.
OHHHHH. Okay. =_= hmm.

apa2 pun mmg aku tak pernah expect harini aku dpt jumpa ustaz Don secara live.
perancangan Allah Swt.
takda sapa pun dpt sangka kan?
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah sangat2 :')

tulis bende ni time dalam dewan. -_-


kat dewan tadi. 

kenangan yang terindah.
takkan pernah ku lupa.
utk berjumpa dgn seorang ustaz muda dari Pulau Pinang di sekolah aku sendiri.
ahh tak pernah walau sekali pun terlintas di benak fikiran ku ini.
Tapi,
kerana mmg perancangan Allah.
TIADA YG MUSTAHIL.
Allahuakbar!

Semoga Allah Swt memberkati kalian berdua selalu.
Aamiin :')

k. nak siap2 p tusyen lak malam ni.
doakan saya utk ujian selaras nanti k?
bye2, saya sayang kalian semua :)

Assalamualaikum


Friday, February 22, 2013

MATI



Assalamualaikum.
Malas lagi nak tidur.haha. Meh kita sambung berceloteh kat sini. Tajuk skrg ialah MATI.
Hurmm aku nak kongsi sikit kat korang semua apa yg cikgu Bm aku kongsi dgn kelas aku semalam.

Bismillahirrahmanirrahim.
Tarik nafas dalam2. korang semua sila ikut ye,kalau rajin lah :p
Hmm
cuba bayangkan keadaan kita,bila kita dah smpai 'waktu' tu nanti.
Bila kita dah nazak.
Bila kita dah tak berdaya utk melakukan apa2 pun kecuali fikirkan kematian yang semakin menghampiri kita.
Allah..

Waktu tu.. nyawa kita ni ditarik dari bawah. dari kaki,
perlahan lahan..
naik ke atas..dan semakin atas.. atas lagi..
Okay dah dekat..
Innalillah......

Nyawa kita ni dimasukkan melalui ubun ubun.
Keluar pun dari ubun ubun.
Pernah tak pegang kepala baby yang baru lahir? Kat tengah2 ubun ubun baby yang baru lahir lembut sikit kan?
naaahhh kat situ lah nyawa kita dimasukkan,dan juga dikeluarkan.
Hebat kan kuasa Allah? Allahuakbar!

Cikgu aku cakap, biasanya orang yang dh nak smpai ajal ni,dalam 2,3 hari sebelum tu dia akan mintak makanan yang sedap2 sikit. Hmm Wallahualam.
Lepas tu,perubahan dia sebenarnya kita dpt lihat dari 100 hari sebelum sampai waktu.

Hmm.
Cuba fikir.
Fikir balik. Kita semua ni sebenarnya BAKAL JENAZAH. Ingat. hari2 kita kena ingat sebenarnya yang kubur memang selalu seru nama kita.
Dari tanah kita diciptakan,dan kepada tanah juga kita dikembalikan .

Tapi adakah kita tahu bila ajal kita? dekat mana? Kita tahu ke?
Mstilah tak tahu kan.
korang dah prepare cukup2?
Tepuk dada,tanya iman.
Allahuakbar.

marilah kita sama2 Beribadat kpd Allah swt seakan akan esok kita akan meninggal. tak tunggu esok pun,sesaat lagi pun boleh kalau Allah mmg dh atur macam tu.
Allahuakbar :'(


Assalamualaikum.
semoga bermanfaat . <3

..

Assalamualaikum Warrahmatullah.
Dah lame tak update blog.haha. dan sepanjang masa sy tak update blog tu jugaklah macam2 benda dah berlaku kt saya. Eh,aku. haha. Sebenarnya hampir setiap hari kot ada idea nak cerita kt blog,tapi tak sempat. Busy dengan sekolah,tuisyen,homework,study,etc. Yelah,form5 lah katekan. Ni pun baru balik dari tuisyen Biologi ni. Hari ni pagi petang malam aku tuisyen. Pagi Chemistry,petang modern Math. Malam biologi. hari Jumaat yang memenatkan.haha ==' takpe takpe,berkorban mina! :')

Btw,aku ada benda nak cerita skrg ni.hahhaa.
haritu,9 Feb 2013, aku telah melibatkan diri dalam Streetdkwah anjuran #team hijrah Terengganu.
Alhamdulillah,semua benda berjalan dgn lancar :)
Kira2 hampir 200 org jugaklah yang menyertai kempen itu. Kitorang buat kat area Shahbandar. Group aku kena edarkan flyers dkt bhgian astaka. Tapi,oleh sebab kat area astaka tu tak ramai org,kitorang pindah ke area shah bandar. kat situ memang rmai orang. kebetulan masa tu ada Festival Thai.

Mula2 tu, aku takut+berdebar lah jugak. Ohh ya,lupa nak cerita. Group aku ni terdiri daripada 10 orang kalau tak silap aku. 7 muslimat dan 3 muslimin. Tapi ,muslimin ni tak bercampur dengan yg muslimat sebab Abang Fahim ( pengerusi #team hijrah Terengganu) dah aturkan,muslimin ni tugas diorang kena make sure yang muslimat ni selamat sepanjang kempen tu. diorang just ekori kitorang jelah,dan pastikan kami selamat. haha. tapi di samping tu,diorang pun turut edarkan flyers dan berdakwah kat kaum muslimin sekitar tu :)
Dan setiap group haritu terdiri dari 10 orang :) if i'm not mistaken lah. hihi.

Mula2 tu memang takut. nak bukak mulut nak bagi salam dkt orang yang lalu lalang pun takut. tapi dgn semangat yang ada,Alhamdulillah,kami semua dpt lakukan. Semoga Allah redha. :')
Makanan hari tu semua disediakan. Ukhuwah pun semakin erat. Daripada tak kenal,jadi kenal,lepas tu jadi rapat macam dah lama kenal. :')
Sekarang pun rasa rindu dkt kakak2,adik2 team Hijrah. :')

Hmm ni je kot yang aku nak kongsi. Gambar,sorry. aku tak dapat upload atas beberapa sebab :)

Assalamualaikum.
Semoga Allah meredhai kita semua.
Jgn lupa baca Ayat Kursi tau harini. Antara faedah mengamalkan kursi ni,
Jarak antara Syurga dgn kita kematian je,in Shaa Allah..
Kalau tak silap aku lah. So,amalkan selalu okay!

Gudnite! <3
Laila Sa'eda :p

klik utk besarkan okay! :)



Wednesday, February 6, 2013

Malu

Assalamualaikum

Malu.
Malu bila rasa diri ini dah cukup tabah dan kuat berbanding orang lain.
Malu.
Bila sedar lagi ramai orang kt luar sane tu dapat macam2 jenis ujian yang sangat sangat sangat sangat sangat sangat jauh lagi besar dari kita.
*sigh*


Untuk memiliki hati yang tabah itu,
ujian yang mesti ditempuhi juga bukan calang calangnya.
Semoga terus kuat kakak kuuuuuuuuuuuuuuuu :'(

Semoga kita dpt jumpa satu hari nanti.
untuk menatap wajahmu,
untuk bersua dgnmu wahai Seorang Khalifah Allah yang sangat sangat sangat tabah dan kuat :')

Semoga Allah sentiasa meredhaimu.
:')

Monday, January 28, 2013

English Drama Competition!!

Assalamualaikum.

Selamat Ber-Maghrib ya semua :D
hari yang cukup leteh~
Sejak kebelakangan ni selalu balik sekolah lambat,sebab kena stayback untuk practice drama. yes, Drama bahasa Inggeris peringkat sekolah jer, means setiap kelas utk form5 WAJIB sertai!

Drama kelas aku takdelah Gah sangat tapi Alhamdulillah okay lah,sepanjang practice okay je setakat ni.
Harap harap masa hari sebenar nanti okay jugak lah. Aku cuma jadi student yang pendiam jer,tapi last2 tu ada satu part aku kena nasihat kawan2 aku. haha. Padahal bukan nasihat sangat pun,heeeeeeeee :p

Aku bimbang jugak takut2 nanti datang rasa gugup ke,apa ke kan.haha. dahlah ramai penonton kan?
tapi Alhamdulillah sangat sebab kelas 'budak' tu takboleh tengok kelas aku punya persembahan!
hahahahaha kalau 'budak' tu boleh tengok,harus aku gugup terus atas pentas kan? hehe

K,bye
Assalamualaikum Warrahmatullah <3

I Love You All For The Sake Of Allah SWT.




Sunday, January 27, 2013

Puh~

Assalamuaalaikum.

Sedikit sedih.
Hmm.
Apakah apakah...... :'(
Bye, take care.
May Allah Bless U Always <3 :'(


Friday, January 25, 2013

Eleleh :3



Assalamualaikum.
Post yang kedua. haha. Tak dapat tidur sebenarnya. Fikiran dah jauh melayang merentas Pantai Pandak, Chendering nuhhh haaaaaa. Hahha -_-

Pernah tak?
Memendam perasaan?

Tak kira lah perasaan apa. Marah kat seseorang ke? tapi taknak bitau orang tu. pernah tak?
Ataupun suka kat seseorang ke? Tapi taknak orang tu tahu? Haha.
Mesti pernah kan? Eh tapi pasal marah kat seseorang tu,baik diluahkan saja pada orang tu.
Maksud saya, eh tetiba saya je. haha maksud aku, kalau korang terus memendam perasaan,bimbang lama lama luka tu jadi makin parah dan berdarah. Bila dah berdarah,susah tahu nak cover balik? Sebab,perasaan kita manada platelet nak prevent from blood loss. haha termasuk Biology pulakkkk xD
tapi,kalau nak luahkan pada orang tu yang kita ada marah,atau terasa hati kt dia ke, jangn lah cakap kasar2 contohnya

budak A: eh bangang,aku benci lah mu ni, mu selalu wat aku terasa hati tahu?!

kalau korang cakap camtu sapa tak sedih+marah weh.
lain kali,cakap macam ni

budak B: Herm aku ada something nk luahkan ni...sebenarnya aku ada lah terasa sikit dengan kau..bukan apa,aku tahu kau tak sengajakan,tapi...blablabla

Kalau cakap lembut macam ni,mungkin orang tu akan jadi lembut lah sikit hatinya. kan?
Nak buat sesuatu,mesti lembut,sopan2 tahu? Ikut Rasulullah SAW. Rasulullah SAW kan lembut dan sopan orangnya :)

Haha okay,itu untuk orang yang memendam feel tak puas hati.
tapi untuk orang yang memendam perasaan suka ni camana yeeee? :D

dah start jiwang jiwang dia dah....

Semasa kita dalam proses pembesaran ni lah kan, perasaan tgh memberontak,jiwa rasa nak enjoy jer,
mesti dan pasti kan,, kita ada TERminat orang ke..TERsuka orang atau pon TERjatuh cinta kt orang ker,kan kan?

Tapi Iman kata,nanti dulu,jangan cepat sngat layan perasaan tu,tak baik,lama lama boleh jadi zina hati!
Tapi,salah ke perasaan tu? Perasaan halus itu? Salah ker? Jika salah,masakan Allah menciptakan perasaan itu utk hamba hambaNya? perasaan yang memang dah jdi fitrah manusia. Jadi,pasti dah ada jalan yg Allah aturkan utk mengawal perasaan yang halus itu..

Cinta manusia yang menyakitkan.
Antara dua cinta.
Allah Pemberi cinta,namun mengapa memilih utk mencintai hambaNya lebih daripada Pemberi Cinta?

Tetapkan dalam hati,jadikan Allah Swt SATU SATUNYA sandaran utk kita.
Sabar dulu. Jatuh cinta takpa,tapi pastikan mengikut aliran yang betul.
Bukan bermaksud hah boleh couple. No. bukan tu maksud aku.
Doakan dia. Yes. doakan org yg kita suka tu semoga sentiasa di bawah rahmatNya dan macam2 lagi lah yang korang rasa terbaik buat dia.

Tapi,mesti rasa rindu kat dia kan?
Ya. Rindu tu memang. Bgitahu Allah. Allah thu yang terbaik untuk kita.
Jangan lupa, hati manusia ni milik Allah. Bila bila je Allah boleh ubah hati manusia,perasaan manusia.
Jadi,tak salahkan berdoa pada Allah agar Allah sampaikan rasa rindu kita pda dia. Eh?

Banyak sebenarnya kisah cinta yang dipendam ni. 
Biarlah pendam kan.haha.

Engkau pemuda soleh disanjungi dan dihormati ramai..
Tapi aku?
Gadis berduka,solehahku tidak pasti..... :'(

Cukup cintai ia dalam diam...
bukan karena membenci hadirnya.. .tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia... tapi meraih surga-Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya.. .tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan...
memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan...

"...boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (QS. AlBaqarah:216) 

Sekian terimakasih.
haha. macam2 aku ni kan...
biarlah rahsia dulu..
Tengok dari jauh pun cukuplah .
Biar Allah sahaja yang aturkan :)

'Jaga diri. Jaga Iman. Jaga hati.'

Assalamualaikum!!
Laila Sa'eda <3



http://www.flexmedia.co.id/tiga-menit-di-malam-panjang/ (click kalau berminat nk baca ) :D








Water Eye. eh?

Assalamualaikum Wbt.

Pernah saya terbaca di blog milik seorang gadis ini..(dirahsiakan)
katanya,
'Jika Allah ingin membuat jiwa seseorang itu benar2 kental, Allah akan hantarkan ujian yang bukan calang calangnya pada dia'

Dengan sepotong ayat ini,
jiwa seseorang yang dalam kesedihan atau kekecewaan itu dapat diubati.
InsyaAllah. Sekiranya dia benar benar percaya. dan yakin bahawa ini adalah jalan yg terbaik buat nya dan merupakan ujian yang pasti mempunyai hikmah yang sangat besar dalam hidupnya.
InsyaAllah.

Menangis.
Tangisan itu mempunyai seribu satu erti.
tangisan kegembiraan,kesedihan,kesakitan dan macam macam lagi.
telah Allah SWT ciptakan air mata buat kita, Kaum Hawa untuk membantu kita dalam mencari kekuatan yang baharu. Untuk membantu kita utk bangkit semula.
Tangisan itu bukan bermakna kita lemah.

Tidak. Tangisan itu membuktikan kita sebenarnya kuat.
Dengan menangis,
jiwa kita seolah olah diisi dgn semangat baharu.
Menangislah sepuas puas hati mu.
Menangislah.
Jangan ditahan perasaan itu.
Jangan :')

"Ketika Tuhan menciptakan seorang wanita, ia dicipta untuk menjadi seorang yang istimewa. Tuhan menjadikan bahunya cukup kuat untuk menampung dunia.., namun, harus cukup lembut untuk memberikan kedamaian didalamnya.."

"Tuhan memberikan wanita kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang juga seringkali datang dari anak-anaknya.."

"Tuhan memberinya hati yang kental dan tabah untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan Tuhan berikan kecekalan pada wanita untuk mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Tuhan juga memberinya rasa kasih untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya " 

"Malah Tuhan memberinya kekuatan untuk setia bersama suaminya dalam kesusahan dan melengkapi segala keperluan suaminya biarpun dia seringkala terpaksa memendam rasa "

"Tuhan memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadangkala Tuhan seringkali menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Tuhan memberikan wanita itu air mata untuk dititiskan. Anugerah itu adalah dicipta khusus miliknya untuk digunakan ketika ia memerlukan." 
Sumber: Encik Google :p

Sekian terimakasih.
Allah Maha Mengetahui.
Jika sedih,jgn risau, ada Allah tempat berbagi :)

Assalamualaikum

Wednesday, January 23, 2013

Maulidur Rasul.

Assalamualaikum!
Have a niceeee dayy everyonee! Senyum :)
Senyum tu kan sedeqah. hehe. Amacam cuti? Best tak?

hurmm. taknak cakap bnyak. lets Go to the Point terus.

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalahnabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
( sumber daripada Encik Google )

Banyakkan berselawat pd hari ni. yes. Kita mnusia biasa. we all need the Syafaat from him. Allah dah janji, sekali kita berselawat pd Rasullullah Saw, kita akan dpt 10 Rahmat dpdNya. Kalau tak silap lah, i take it from Hafiz Hamidun's . insyaAllah!

So,di sini aku nak kongsi sedikit Gambar Rajah yg insyaAllah akan dtgkan plbgai mnfaat kpd korang smua :)






Semoga kita semua sama2 mendapat syafaat dpd nya di akhirat kelak. 
InsyaAllah! :)

Teruskan berselawat......

Need to go.
Bye2, Assalamualaikum <3





Monday, January 21, 2013

Pelangi senja

Assalamualaikum wbt.
just nak pop out sikit jer. Seriusly letih sangat2 sbb tadi ade ltihan mrentas pantai. penat sangat :'(
tapi takpe,boleh kurus sikit.insyaAllah,hahahaha
Lepas ni nak buat homework! :D

Ganbatte Mina. ManjaddaWajadda. SIAPA BERUSAHA DIA DAPAT . insyaAllah!

Cantik sangat kan? Subhanallah. Mmng cantik,dpt berlari eh salah,aku berjalan je sebenarnye,lenggang kangkung gitu :p hehe. tgk langit,biru,lawa sangat2... tgk ombak...pun lawa sangat2.. ciptaan Allah ni .. tiada cacat celanya pun :') siap ada helang lagi bertebangan kt ats langit tuh.

Sebab tu kan, kalau kita tgok pemandangan yang meluas dpn mata, eh salah, tak tunggu pemandangan luas pun. tgok je apa2 dpn mata,cuba kaitkan 'benda' tu dgn kekuasaan Allah :) sambil2 jalan kt pntai tadi ada verangan sikit2 sambil ingat2 balik lagu pelangi senja.haha. sedap jer lagu tu kan.hahaha. whatever.


Nah. baca ni. at least ade jugak manfaat korang baca blog aku. sorry deh. Blog aku ni byk sgt2 kekurangan, :'( 

K dah. Homework memanggil... <3 <3 <3


I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use
The tools and gifts we got, yeah, we got a lot at stake
And in the end, you're still my friend at least we did intend
For us to work we didn't break, we didn't burn
We had to learn how to bend without the world caving in
I had to learn what I've got, and what I'm not, and who I am  :p


Assalamualaikum. ManJaddaWajjada. ingat! SIAPA BERUSAHA DIA DAPAT SO TERUSKAN USAHA ANDA!!  SPM!!

Sunday, January 20, 2013

Hmm

Assalamualaikum wbt.

Hari ahad yang memenatkan di sekolah. hmm. Takpelah. penat sikit jer. insyaAllah hasilnya manis sampai bila bila :') Aamiin!

Tiba tiba terbit rasa nak berkongsi sedikit pengalaman saya kat sini. Eceh. tetiba je dapat impulse dari otak suruh tulis blog hari ni. Sekarang pkul 5.00 ptg. Balik dri sekolah around pkul 3.45 ptg,lepas tu pergi rumah nenek jap,makan tengah hari. dalam kul 4 lebih jugak lah balik rumah sendiri.

Penat. Yes, penat sangat. nak buat homework tapi otak kata dia nk rehat dulu. Jadi sekarang aku di sini,menaip sesuatu utk dikongsi setelah dpt arahan dpd otak kanan.

Hurm.
Macam ni.

Pernah tak korang? Meet some guys yang berjubah,berkopiah,lepas tu ada janggut sikit2 ke?
pernah tak? apa pendapat korang bila lihat laki laki gaya cenggitu? hermm pastu tambah2 diorg pakai spek. Korang rasa acane tu?

Actually dah jdi lumrah bgi aku dan sahabat aku yang sorang ni (nama dirahsiakan). Bila terserempak laki laki macam tuh, mesti dalam hati ni terbit sikit rasa mcm 'aduh....segan nak tgok die, nampak mcm suci gila'
Yes. bila jumpa laki laki sebegitu, serius rasa mcm tak lyak terus nak tgok diorang. Entah kenapa.

Memang betul. untuk judge manusia, kita x boleh tgok dari luaran. Thats right. Siapa kita nak terus hukum manusia sedangkan hati manusia, Allah saja yang tahu kan? Aku pun setuju . Aku rasa,amatlah tidak patut cntohnya bila kita anggap,hanya lelaki berkopiah sahaja solat cukup lima waktu. No!
Siapa kita nak judge manusia? tidakkah ini namanya kejam? menghukum sebelum mnyiasat. Ingat. Hati manusia Allah sahaja yg tahu ! :)

Okay back to the topic.
Pernah seketika aku terfikir. 'acane eyh nak dapat laki macam tu?'
Aku fikir balik tentang diri aku. Dalaman,luaran aku. Aku kaji semula. No no. Tak layak langsung.
Ketawa pun tak reti nak cover . Sembang dgn kawan2,anggap macam berbisik tapi hakikatnya satu kelas dngar. Suara aku memang jd kuat bila excited. Bertepuk tampar kawan. Kawan jadi mangsa. Layakkah aku ni? Ahh pedihhhh.........

Aku pernah terbaca.
Jika mahu mendapatkan yang soleh,kurangkan agenda mencari si soleh. tapi cuba utk jadi yg solehah dulu. terbatukkkkkkkk uhukkkkkk. Sapelah aku ni. Tapi ingat. Niat sebab Allah!

Cakap pasal laki laki tadi.
sebenarnya, aku bercakap ni bukan dari persepsi aku sorang,tapi aku rasa kbyakkan orang pun macam aku. Bila kita tgok lelaki macam tu, automatik dlm diri kita rasa mcm waaa diorang mesti baik kan.
yes. dari penampilan diorang tu la.

pernah jugak berlaku situasi macam ni.

Senah A : Mina ,tadi aku nampak sorang laki ni, pkai jubah, paras die biase2 saje tp bila tgok dia, hati aku rasa mcm tenang jer...

Senah B: Mina,laki tuh saya rsa mgkin baya umur kita, dhla handsome pastu mcm ustaz je.........


Hmm.
Perempuan.
Perempuan dan lelaki.
Allah dh ciptakan berpasan pasangan.
Dari surah An Nur, Allah dah berfirman (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik

Jadi kalau nak yang baik,cuba utk,jdi baik.
Jaga hbgn dgn Allah, dan juga dgn manusia.
letakkan niat kerana Allah SWT semata mata. jagn sebab manusia kita brubah. Jangan! itu semua tidak akan kekal melainkan hanya kerana Allah sahaja. Masih belum terlambat untuk ubah niat kita tu :)

Post yang ala2 nak kahwin dah. Berminat nak kahwin awal ke? eh mane ade :p
kejar cita2 dulu, hahha tapi kan,kahwin awal kan sunnah Rasulullah. tak salah kan? :p hahaha.

There`s a boy yg sama form dgn aku,sama tuisyen,haha,lagi same ape lg erk. herm rumah pun lebih kurg 1 area jugaklah, Cinaringgg tuh haaaaa :p Daripada main2 je boleh jd serius pulak aku ni. cehhh. jaga HATI Mina! Suka sikit2 tu takpelah.. jangn sampai tak fokus study sudah lah. =='

Mata dah rasa mcm nak pejam.
tgn dh penat.
otak pun dh penat cari idea.
Maaf atas isi yang kurg bernas. :'(

Bye2,
Asslamualaikum :p

i love you all for the sake of Allah Swt <3






Thursday, January 17, 2013

Busy

Assalamualaikum wbt.
Salam Jumaat :)

Hm. Kelas tuisyen tamat jam 10.45 pagi tadi. lepas tu pergi Pustaka Seri Intan sebab nak beli buku latihan addmath pastyear. Tapi dah habis. kecewa. frust. Tak dapat beli buku pergi beli pen. Lepas tu pergi tuisyen my sister,tungu dia habis kelas dalam setengah jam lagi. . Belek balik latihan chemy bab Rate of reaction sementara tunggu my sister. Bosan.

Lepas tu balik rumah. kemas rak buku yang dh mcm sarang tikus. letih. bosan lagi. belek modul Biologi yg sepupu bagi. hmm. rase mcm nak lemas. esok kene gi skolah, practice drama utk competition this 30 January. Malam ni tuisyen Biology. Aahhh!! the point is my life now is sooooooooooooooo BUSYY and stressful!! :'(

Kbye, Assalamualaikum.

Friday, January 11, 2013

Dream

Assalamualaikum wbt.
Salam Jumaat semua :)
apa khabar Iman anda? Masih seperti sediakala atau adakah sudah semakin meningkat? Atau barangkali sudah semakin menurun?
Usah risau. Usah rasa kecewa kerana iman manusia biasa itu memang ada turun dan naik.
Tetapi. itu adalah tanggungjawab kita utk memastikan Iman kita semakin naik dan jgn sesekali putus asa apabila merasakan iman kita semakin mundur. Jangan! Bangkitlah semula. cari semula Hati kamu yg mungkin hilang itu. kaji semula,muhasabah diri mengapakah iman kita semakin menurun.

Allahu.
hari ini. 110113. Aku merasakan seperti..langit yang muram ini seakan akan mengerti perasaan aku ini.. Allah..kecewa rasanya pabila mula sedar kekhilafan diri ini.
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
sebelum aku terus melencong terlbih jauh,akhirnya Allah Swt telah 'menghantar sesuatu' buatku..
Allah..
Semoga wajahku ini sentiasa di pandang dengan Kasih sayangMu..


Berharap pada sesuatu yang belum pasti.
ini bukan cinta sesama manusia. tetapi ini adalah luahan seorang manusia tentang perasaanya yang berkecamuk.
Sememangnya semua orang pun berharap utk mendapat kejayaan dunia dan akhirat.
Allah. Bantu lah aku utk mencapai kejayaan itu. walaupun payah ,bantulah aku utk terus mencari kekuatan dan kesabaran.

Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. mungkin 7 bulan lagi :'(
persediaan masih belum cukup! utk berfikir tentangnya sahaja sudah membuatkan hati ini begitu sesak berfikir mengenainya.

Berusaha dan berdoa lah.
Berusaha dan berdoa lah.
Berusaha dan berdoa lah.
dan setelah berusaha, bertawaqqal lah engkau.

Study kerana Allah......
betulkan niat.
Niat yang berlandaskan Allah swt semata mata.
Aku ingin berjaya dunia dan akhirat.. insyaAllah.



aku bukan lah gadis yang baik baik. hanya lah gadis yang masih mencari erti solehah dan ingin menjadi baik .

Sehingga bertemu kembali.
Jaga hati, Jaga Mata, Jaga Iman!