Assalamualaikum WBT. Selamat Malam. Sanah Helwah to myself. Alhamdulillah,dah masuk 16 tahun 2 hari dah aku sekarang. Usia tak melambangkan kematangan seseorang tu kan? Atas diri masing masing lah. Bagi aku,aku tetap macam dulu. Tidak Mature. haha.
Ramadhan dah habis.
Syawal pun dah habis. :'(
Dah lama aku tak update blog. sampai dah terlupa cara cara nak menaip. idea dah kosong. haha.
tapi takpe, aku nak cerita sikit jer dalam entri ni. Alhamdulillah, 2012 ni merupakan tahun yang sangat mencabar bagi aku. Bermulanya episod fasa kematangan diri berlangsung dalam hidup aku,dalam keadaan sedar dan tidak sedar. Tahun ni jugak aku banyak sangat belajar benda baru.
Belajar untuk meletakkan ALLAH SWT sebagai SATU SATUNYA SANDARAN utama ku, belajar untuk tidak berharap pada manusia,belajar berkasih sayang,dan yang paling penting,belajar mendalami ilmu Agama. Ya,manusia kan bermula dengan sifat kejahilan. Ohh ada lagi,belajar untuk menyukai Chemistry :')
Belajar berkawan,belajar untuk menjadi anak,kakak,cucu yang lebih baik,belajar utk menjadi rakan yang baik,dan macam macam lagi lah..
Memang dalam tempoh 'proses pembelajaran' itu,banyak sangat air mata aku keluar. Hati perempuan kan rapuh :') Walaupun perit,aku cuba mencari "kunci" kekuatan itu,dan Alhamdulillah,aku berjaya jumpa. Allah lah kunci kebahagiaan aku sekarang. aku dah semakin pulih,dah semakin bangkit,aku yakin, semua ujian itu adalan kerana Allah rindu pada aku.. MasyaAllah .. :')
Something yang pahit pada awalnya itu,akan jadi manis jik kepahitan itu lebih mendekatkan kamu kepada Allah... Allahukabar!!
Okay.. itu sahaja kut untuk entri ini.. Ohh btw.. aku berniat..selepas ini aku nak berhijrah..untuk memakai jilbab labuh.. doakan aku okey? Aku hanyalah insan kerdil..yang lemah.. aku harap korang boleh doakan aku okay? Terimakasih.. semoga Allah memberkati hidup anda semua. Aamiin ~
#final exam lagi seminggu lebih. Doakan aku sukses! :D