Saturday, June 15, 2013

Hati

Wahai hati,
di saat kamu berduka, ingatlah selalu ada Allah yg sentiasa setia dengan mu.

Wahai hati,
kesedihan dan kekecewaan yg engkau lalui adalah ujian yg Allah hadiahkan buat mu.

Wahai hati,
bersabarlah.
Allah sayang kamu.
Allah rindu kamu.
Allah Cinta kamu.

Allah Allah..
janganlah kamu bersedih lagi.
janganlah kamu menangis lagi.

hapuskanlah air mata mu itu.
Pandang ke depan,lihatlah betapa alam ini akan tersenyum pdamu
Jika kamu turu tersenyum.

Wahai hati
Bangkitlah.
Bukan teruk sangat pun kan? :')

Allah Maha Mengetahui.
Jangan bersedih.
Percaya lah.
janji Allah itu pasti.

Allah sayang kamu :')

Sunday, March 24, 2013

Camping!!??

Assalamualaikum Wbt.
Tengok tajuk entri tu hahahahah excited je hahahhaa ehh byk pulak gelak hehe
Hmm 14-16 Mac haritu sekolah aku ade lah bikin camping punya aktiviti ni haa dkt Kem Pengakap Telaga Batin. hehe. Semua students form5 dengan form6 wajib join camping ni. Kecuali ada alasan yang kukuh lah,kalau ada surat sakit etc tu takpelah.

So far semua berjalan dengan lancar dan terbilang dan gemilangnya!!
3 hari 2 malam oo mana cukup. Kalau buat 30 hari 29 malam pun belum pasti cukup,heheh lebih2 lah pulak.
Serius aku rasa setakat ni camping ni lah the best memory aku hihi.
Bertolak dari sekolah hari khamis,lebih kurang pukul 10 pagi macam tu ar.
Nama aku tersenarai dalam bas nom 4, so nak taknak aku kena duduk dalam bas tu jugak.
Aisey tak kisah lah asal ada kawan.
hehe
Perancangan Allah semua unexpected.
Nak tahu kenapa aku cakap macam tu?
hehe rahsia, kahkahkah
tapi mmg betul kan? angguk sekarang! hahaha

Hmm sesampainya di tapak camp tu,dirikan khemah,buat apa yang ptut, bersihkan diri, Zuhur berjemaah,makan,lepas tu get ready utk ke kem askar utk jalani aktiviti MEREMPUH HALANGAN.
Omg aktiviti apakah itu? masa tgok dalam jdual aktiviti aku just mcm "Hek Elleh mesti boleh buat ni" hahaha cakap besar, Ya Allah T.T

masuk je kem askar tu terus kecut perut.
Darah dah menyerbu muka sebab takut + cuak sangat2.
Kalau tk silap aku ada 11 halangan yang mesti dirempuh.
Hello, 11 halangan tu bukan macm kt playground tu.
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii macam askar kena buatlah.
Allah masa tu hehh rasa menyesal dtg sini,uuuuuuuuu
tapi aku rasa yg aku berjaya 'merempuh' cuma 5/11 je,takpun 4/11 hehe sebab aku lari dari tempat tu hehehe

yang paling dahsyat bagi aku,yg ni lah. gambar ni ihsan dari cik Google ye.

nampak mcm senang je kan? tapi serius kawat duri tu makin lama makin rendah menghampiri bahagian belakang. senang cerita,salah skill sikit boleh terkoyak tudung aku. HUH.
masa merempuh benda ni dada rasa sempit semacam je, rasa mcm erghhhhhhhhhh tak tahan dah :'(

bawah ni ada air ok. air yang memang semua sedia maklum,air kotor.
sudah pasti ada keluarga katak dlm air ni euww.

giliran kene buat bende ni selapas merempuh kawat duri tu. bayangkan perasaan aku,masa tu tengah panas pulak tu. diberikan 2 pilihan, nak try lps tu jatuh kee, nak serah diri terus,masuk dlm air, harung je air tu. mula2 aku try buat sekali,lpstu jatuh. aku terus ptus asa. ape nk jd,jdi lah,aku harung je air tu huhhh.
dan luckily kawan2 aku setia di samping aku hahaha.

lepas je siap buat bende ni, air mata aku rasa mcm tggu msa je nak tumpah.
n tuupppppp terus kluar dgn lajunya.
Malu. rasa mcm manja gila je, tapi aku rasa terhina sebenarnya :'(
hahaha satu lagi sebab aku jatuh time buat halangan nom 2. sakit lutut hahah ==''

Hmm pastu malam kebudayaan tu okey lah my class juara okay! hihi
Alhamdulillah, Silent Comedy berjayaaaaa and unxpected lagi,
Kelas 5 efektif turut jd juara bg pertndingn masakan rimba, naib juara trekking, dan macam2 lagi lah acara yang kelas aku dapat top 3.
dan yang paling penting,,dpt anugerah kelas terbaik spnjg camping!! hihi Alhamdulillah!
byak jugak duit dpt o hehe

gambar ihsan cik Farah Aliaa.
'curi' dari twitter dia sebenarnya haha.
masa ni pertandingan masakan rimba. :)


hmm ape lagi erk?
rasanya aku dah kongsi smua yg aku nak kongsi.
tapi percayalah, 
camping ni mmg best!! cuma tndas je macam euw sikit . 

Nak tidoq, Assalamualaikum Warahmatullah :)
take care.
jaga hati,jaga iman!
Bye~~~







Monday, March 18, 2013

hati manusia

Assalamualaikum

Hmm
Hati manusia ni,Allah yg pegang.
Allah yang menggerakkan hti manusia.
Kan?

Hati manusia ni,mmg kita tak mampu nak jaga kesemuanya.
contohnya jika terdapat 50 orang pelajar dalam satu kelas ,mampu kah kita utk puaskan  kesemua hati tersebut. mampu ke?

Seboleh bolehnya kita kena berusaha.
utk jaga hati manusia, utk puaskan hati manusia sekeliling kita supaya hati kita sendiri yang tenang.
supaya hidup kita tenang. kan?
tapi. lumrah manusia. lumrah alam.
mesti ada,pasti ada yang terluka gara gara kita.
gara gara mulut kita, tingkah laku kita.
Pasti ada.
sebab apa?
kita tidak sempurna.
kadang kadang gurauan kita,yg kita anggap gurauan semata mata pun
boleh menyebabkan ada hati yang terguris,menangis.
betul tak?

Oleh itu.jaga lah mulut anda.
daripada bercakap benda yang tk berfaedah,baik diam.
jika dgn berkata2 tu boleh menyebabkan banyak hati terguris,lebih baik kita diam.

Tapi still kita kene berusaha utk jaga hati smua manusia sekeliling kita.
kalau kita sakitkan hati orang, kita yang berdosa kan?
yeah hidup ini memang byak cabaran utk menguatkan kita lagi.

Apa apa pun aku nak mintak maaf kat korang smua.
aku tahu psti ada hati hati yang berduka gara gara aku dalam keadaan aku sedar atau tidak .
Maaf.

Jaga lah mulut anda.
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
hehh. peribahasa makan dalam tuh.
Ingat. Jaga hubungan dgn Allah, jaga hubungan kita dgn manusia jugak.
baru lah hidup pun indah.

Hati manusia Allah yg pegang.
berdoalah supaya hati hati itu sentiasa dalam keadaaan yang aman damai.
insyaAllah.
Aamiin

hati yang terluka.
jgn bimbang,ada ayat dlm Al Quran yang mampu menenangkan hati kita :')
bukan lagu okay?

La Tahzan.
Allah kan ada.

Friday, March 15, 2013

Change?

Assalamualaikum.

Mungkin dia berbeza sekarang.
tapi aku yakin.
dia masih punyai hati yang seperti dahulu.
Yang membuatkan aku semakin kagum dengannya.

Redup pandangannya..

Dia masih dia yang dahulu.
namun dia sekarang adalah dia yang lebih matang.
Barangkali betul.
Barangkali salah.

Semoga Allah SWT sentiasa menyayanginya.
InsyaAllah.

Sunday, March 3, 2013

STUDY :3

Asslamualaikum Warrahmtullah.
para pelajar sekalian. perhatian!




Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.
TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
 Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
.............................................................
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T.Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

Hmm
Semoga Allah meredhai kita smua ya.
vrrommmm to success!!!
SPM!! fighting!!! 

Asslamualaikum.selamat beramal! :)







^_^

Thursday, February 28, 2013

heart


Mahar Cinta
By Devotees

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya...


Hmm.
Perasaan halus yang lahir dari hati seseorang.
takda sapa bleh lawan kan?
kalau Allah mmg dh tetapkan begitu.
begitu lh jadinya.

Just keep praying :')


Rindu.
benamkan jauh ke dalam hati.
bukan masanya lagi.
Hmm

Allah.